Wahh akhirnya. Berpeluang juga update blog setelah sekian lama terabai segala benda. Bukan setakat blog, tuan empunya blog pun sendiri terabai serabai bagai. Haha.
Bulan Februari ni rupanya sangat menduga. Dengan lambakan kerja yang super duper melimpah ruah, menuntut untuk di bereskan segera. Dari awal bulan lagi rasa macam dah tak terkejar. Bermula dengan persiapan untuk Annual Dinner, lepas tu lawatan ke Shah Alam dan KL, terus menerus dengan persiapan exam budak2 ni. Huh, semput nak bernafas. Kalau berkesempatan rehat pun, tak terdaya nak mengetuk2 key board untuk bercerita itu ini. Makanya, banyak cerita yang mahu di update, hanya tersimpan kemas dalam kepala otak. Bukan tu saja, macam2 planning nak buat itu ini, pun hanya tinggal planning. Tak terbuat. Hari ini pun baru siap satu kerja, tambah lagi satu kerja. Dan rasanya akan terus berterusan sampai masuk bulan Mac sebab students baru start Final Exam. Harus lah hamba gigih me-marking kertas2 exam itu dalam tiga minggu ini. Huhu. Relax lah, nama pun kerja. Amanah tu, kena buat seikhlas hati.
Kesibukan ini lah yang membataskan masa nak update blog segala. Rasa nak update, tapi bila fikir banyak benda lain nak lagi penting, terus kendur semangat. Buat dulu kerja lain. Tapi hari2 je buka blog, FB semua. Cuma untuk Blogwalk secara bersungguh itu tidak mungkin lah. Singgah sebentar2 kat blog2 yang wajib di terjah macam blog Kak Na, Hannah Johary, AisyahRAhim, Kak Bunga and a few more. Tu pun tak tinggal komen apa2, baca je entri2 best mereka. Sampai lah saya baca blog kak HANNAH, entry pasal famili photoshoot, saya tinggalkan satu komen sebab gile kentang punya comel lah gambar diaorang. Kak HAnnah reply balik cakap :
Hannah Johary said...
mieyza:
Lama tak comment. I miss you, you know! Thanks! :D
Apa perasaan? apa perasaan?? Sangattt terharuuu Okeh!! Hot Blogger rindukan saya! Macam tak percaya. Hahaha. Sibuk lah kak, sungguh tak mampu nak comment. Tapi hari2 saya menjenguk MYIESHA kat situ. huhu. Gambar2 photoshoot tu sumpah comel, sampai tengok berkali2 budak rambut kembang beraksi depan kamera. haha. Sweet sungguh gambar famili kak Hannah.:)
Lama tak comment. I miss you, you know! Thanks! :D
Apa perasaan? apa perasaan?? Sangattt terharuuu Okeh!! Hot Blogger rindukan saya! Macam tak percaya. Hahaha. Sibuk lah kak, sungguh tak mampu nak comment. Tapi hari2 saya menjenguk MYIESHA kat situ. huhu. Gambar2 photoshoot tu sumpah comel, sampai tengok berkali2 budak rambut kembang beraksi depan kamera. haha. Sweet sungguh gambar famili kak Hannah.:)
Banyak cerita nak update sebenarnya. Pasal dinner, pasal birthday RIFQY anak kak Na, pasal lawatan. Tapi kena tunggu reda dulu lah. Dah rileks2 nanti saya humban segala cerita dalam satu entri, biar saya muntah sorang2 kat sini. hehe