tekan jangan tak tekan!

Tuesday, February 15, 2011

12 Rabiu'ul Awal 1432..Salam Maulidur Rasul


Alhamdulillah, syukur syukur dan syukur masih di beri kesempatan oleh ALLAH S.W.T untuk bernafas dan hidup pada hari mulia ini.

Hari ini, 12 Rabiu'ul Awal 1432, hari kebesaran, hari kemuliaan dalam Islam kerana pada tarikh inilah Kekasih ALLAH S.W.T, Kekasih seluruh umat Islam dari zaman berzaman, di lahirkan. Lahirnya Baginda membawa sejuta rahmat dan cahaya. Islamnya seseorang adalah berdasarkan berimannya dia pada Allah dan Baginda Rasulullah. Tidak terbilang dan terhitung mulia sifat dan keperibadian Baginda. Maka, berbangga lah kita menjadi Umat Baginda Rasulullah. Siapa pun kita, besar mana pun dosa kita, banyak mana pun kekhilafan kita, kembalilah pada ajaran Baginda yang Mulia. 

Sekuat mana cinta kita pada Ibu Bapa, sedalam mana kasih kita pada kekekasih hati, apa maknanya hidup jika cinta pada Rasullullah tiada di hati. Sedang kita mengaku beriman kan Allah, beriman kan Rasullullah, tapi cinta padanya tidak diletakkan di tempat teratas. Apa maknanya? Hari ini moga2 Allah S.W.T membuka hijab di hati, untuk lebih menyintai Kekasih Allah S.W.T.

Berselawatlah ke atas Baginda Rasulullah, Rasul Teragung, MUHAMMAD bin ABDULLAH. Semoga kita mendapat syafaatnya kelak di akhirat.

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati