tekan jangan tak tekan!

Wednesday, February 2, 2011

Dah masuk Februari!!

Hari ni dah 2 Februari 2011. Dah sebulan berlalu dalam tahun 2011 ni. Cepatkan. Rasa macam terkejar2 oleh masa. Sampai nak update blog pun tak ada masa. Haha. Macam penting sangat je blog ni. Tapi memang penting pun bagi saya, untuk tatapan masa akan datang, tak gitu blogger2 sekalian. Ecececeh, bertanya umpama kau ada reader sampai ribu riban. haaakktuiii.


Lama dah rasa tak update. Bukan tak ada masa sebenarnya, cuma kemalasan melanda. Apa punya cliche alasan, dah tak boleh diterima ni. haha. Banyak sebenarnya yang berlaku semenjak dua menjak ni. Last Wednesday pergi ke Kelantan dan Perak untuk lawatan students yang LI kat hospital. Agak rushing juga sebab pergi secara tiba2. Even lawat 2 hospital je, tapi letihnya ya ampun. Teramat sangat. Yang jadi letihnya pasal melencong tinggi ke Cameron Highland. kihkihkih. Alang2 dah sehala, apa lagi. Ye lah, ambil peluang beli Strawberi yang sumpah sedap besar2 debab2 dan bunga2 yang sumpah cantik kalau tengok macam tak mahu turun ke tanah rata dah. Ecececeh, tak sedar diri ni. Duduk sana tak sampai sejam dah menggigil2 sejuk, ada hati tak nak turun. Kali ni pergi Cameron Highland sampai muntah2 sebab mabuk terpusing2. uweekkkk. Dah sampai Ipoh baru termuntah, punya lah lama tahan derita mual bagai. hahaha.

Tangan orang darat kampung Pok Pa HahAhA..Gile tebal kabus, rasa macam duk dalam awan gitu.
Bunga2 memenuhi kereta
Pilih2 bunga...Baekkkk punye murah!

Strawberi Debab on the way nak balik Teganu..yummy!
And last friday pulak pergi buang tebiat buruk dengan kak ros. Pergi belajar jahit manik Crumble bling2.  Crumble okeh, bukan bunga2 manik biasa tu. Ewahhh, hebat tak, hebat tak? Sangat buang tebiat kan. Tangan kaku kertu, ada hati tu nak menjahit bagai. Kihkihkih. Dah lama sebenarnya intai peluang nak belajar jahit manik crumble ni. Selalu je kalu BW kat blog2 yang suka tayang2 hasil jahitan crumble ni, mesti rasa jeles nak mati tengok orang pandai jahit benda2 rumit macam tu. Rasa tak mampu je nak buat. Tapi bila dapat tahu ada kelas yang dibuat kat Teganu jumaat lepas, terus register masuk. Mula2 tu macam tak yakin lah nak jahit2 benda alah yang secoit kecik tu, tapi memandangkan telah memasang impian setinggi langit ke 7 nak jahit manik kat baju kahwin sendiri, makanya semangat agak berkobar2 di situ. Ada 4 jenis crumble yang di ajar. Tapi memandangkan saya ni seorang yang cepat stress dan memiliki tahap kesabaran senipis kulit bawang, kelas yang memang syok dan seronok itu mengundang sedikit tekanan. Tertekan sebab tengok orang lain buat semua cantik2, tapi sendiri punya macam entah hape2. Iya lah, dah la tak kreatif, lepas tu punya lah rumit nak masukkan manik, sampai lenguh2 belakang. But at the end, saya tiba2 kagum dengan diri sendiri sebab mampu jahit crumble yang mula2 nampak buruk, akhirnya jadi cantik kat mata saya. muahahaha! Yang penting lepas ni boleh jahit crumble kat baju sendiri. Ada bran????

Ni saya buat..Sangat senget benget...kihkihkih




Ni bukan hasil tangan saya. Contoh saja, tapi cantik Ya Rabbi!!

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati