tekan jangan tak tekan!

Friday, April 22, 2011

Ye, Kahwin perlukan duit Beribu Riban.

Terdetik nak buat entry ini lepas baca INI petang tadi. Entry dari Hannah Johary yang harus dan wajib di baca oleh sesiapa yang dalam kepala sedang berbunga2 berkira2 mahu pinang anak dara orang. haha. Tips perkahwinan sebenarnya. Sangat penting dan info yang sangat2 berguna.

It's all about MONEY. Pasal loan yang di buat untuk berkahwin. Wajarkah sesebuah majlis perkahwinan itu dibiayai sepenuhnya dengan duit pinjaman peribadi? Ikut pendapat saya, terpulang lah pada individu terbabit. Mungkin bagi yang memang sudah sepenuhnya fizikal dan mental ke arah perkahwinan, tetapi duit yang menjadi halangan, maka ini mungkin yang terbaik. Buat loan, kahwin dan settlekan pinjaman sampai habis. Kedengarannya mudah bukan. Tapi baca INI dan fikir lah 300 kali.:D Bagi saya pula, loan peribadi untuk perkahwinan is a Big No NO. Tak pernah terfikir pun untuk buat loan. 

Saya mengenali lelaki tersayang masa tahun dua pengajian. Cinta jarak jauh. Jauh lah tu, Terengganu - Shah Alam. hehe. Selepas di timbang tara dan melalui beberapa episod gaduh-baik-gaduh-baik, kami mula merancang untuk melangkah setapak ke hadapan dalam hubungan kami. Baru merancang ye, bukan terus nak kahwin ke apa ke. Tahun pertama bersama, kami ambil keputusan untuk serius memikirkan hal ini. Dan dari awal lagi, DUIT lah yang sangat2 saya concerned. Sedar akan pentingnya duit dalam hal ini, buat saya sangat berkira dalam hal pengurusan kewangan ni. Dan sedar betapa borosnya lelaki kesayangan dalam membelanjakan duit gaji yang tak berapa banyak tu, buat saya bertindak tegas dengan memaksa si dia menyediakan simpanan seawal tahun pertama kami bersama. haha. ini mungkin satu tips juga. Kenali pasangan anda. Sebaik saja anda pasti dia yang bakal dikahwini, pastikan dia mempunyai simpanan. Untuk kebaikan diri juga. hehe. Simpan secara tetap setiap bulan, walaupun sedikit. Dan untuk menSukarkan pengambilan duit, simpanlah di bank yang tidak menyediakan kad ATM seperti Tabung Haji. Tapi sekarang Tabung Haji dah ada kad kan, melalui Bank Islam. Tapi tak kisah lah, yang penting tak buat kad ATM. Sikit2 lama2 jadi lah gunung. 

Bagi pihak saya pula, sebaik saja mula bekerja pada Jun 2009, saya memang memperuntukkan sejumlah yang agak besar untuk disimpan sebagai persediaan kahwin. Memanglah masa tu tak pasti pun bila akan kahwin, tapi persediaan awal kan sangat penting. Lebih2 lagi saya faham yang ibu bapa saya memang takkan mampu nak tanggung kos perkahwinan nanti. Bagi yang di-sponsor ibu bapa yang kaya raya, syukur Alhamdulillah. Yang ada2 macam keluarga saya ni, harus lah sedar diri dan usaha lah kumpul duit. Cuma syukur sebab saya tak menggunakan gaji saya tu untuk bayar sewa rumah atau kereta sebab tinggal dengan famili dan kereta pun guna kereta lama yang ayah beli dulu2. Hampir 2 tahun bekerja, saya masih berkereta lama, Si Kancil Purple, tak beli kereta baru pun. T_T. Tapi tak apa, sekarang saya nampak kebaikkannya. Dan syukur juga saya bukannya seorang yang 'high maintenance'. Saya tak minat dengan handbag2 berjenama yang beratus2 ringgit. Saya tak pandang kasut2 seksi tumit 4 inci. Kaki i besar okeh, pakai high heel tak canteeek.T_T. Saya tak gemar bermekap, dan takkan habiskan duit untuk beli barangan kecantikan. Saya sangat simple dan selekeh. Ok, lelaki kesayangan sangat bertuah. haha. Maka sebahagian besar simpanan adalah untuk KAHWIN. Dan sekarang, Ahamdulillah walaupun simpanan tak adalah sampai RM 50K, tapi InsyaAllah cukup lah untuk majlis sederhana. Kalau yang taraf2 artis tu, agaknya simpanan kami tu baru cukup untuk beli bunga hias meja.T_T

Sebab itu lah, bila saya tiba-tiba bertunang dan tiba-tiba nak kahwin, duit bukan lah perkara utama yang dirunsingkan. Hasil menabung dan menyimpan selama ini rasanya InsyaAllah mampu manampung majlis kami. Mak ayah dah sedia maklum simpanan saya, sebab itu lah ayah dengan confident nya bagi tempoh kurang dari 3 bulan je untuk kami menikah. Ada yang sinis bertanya, kenapa singkat sangat bertunang? Ada apa2 kah. Amboiii, mulut longkang. Cili kan baru tau. Dah kenal 4 tahun, duit InsyaAllah ada, buat apa tunang lama2. Lain lah baru nak kumpul duit ke apa ke, munasabah jugak kau nak bertunang sampai 5 tahun setengah pun. Sekarang saya sedang melalui fasa persiapan, dan memang benarlah, kahwin itu perlukan ribu-ribuan ringgit. Bukan sikit ye. Banyakkkk. Sampaikan duit saya yang sebanyak RM 1* *** dan duit dia yang juga sebanyak RM 1* *** pun rasa macam semput2 je. Maka sesiapa pun sekarang yang rasa bakal kahwin lagi setahun dua, sila lah gigih menyimpan duit dari sekarang. Next entry saya akan cerita lagi bagaimana kami handle duit yang seciput itu untuk majlis yang tak berapa nak ciput..hehe

6 comments:

Hannah Johary said...

SUKA.

ENTRY.

INI!

I nak link this entry to mine lah. :D

mieyza said...

haha..sila2.

Hidayah said...

Ye betul Cik Miza. Duit sgt penting bla nk dekat kawen, lg ko pening. Sbb ko plan bnda yg besar2 je..bnda yg kecik nnt, dekat majlis baru ko perasan..Ini berdasarkan pengalaman sdri ye..hehehe

wani said...

ya myeza,duit amat penting bila nak kahwin,apatah lagi kalo yg nak kahwin tu tkde duit simpan lansung..saya juga tergolong dlm org seperti myze,low maintenance....tkperlu bag berjenama,makeup,sekadar sempoi je.....hantaran pun takde makeup,kasut,beg tangan,,,bukan sebabb kedekut tapi buat apa nak ikut org kalo benda2 macm tu kita tk pakai,serius,lepas kahwwin 3thun baru terasanak beli beg tangan,,,tu pun sebb nak letak susu anak...kalo tak g keja pun bawak beg galas mcm beg skolah haaaa..kasot lak tk buat hantaransebb kakisize besor saiz 10 hahahaaaaa.....so jgn ikot org..kannn salam perkenalan...

mieyza said...

wani..betul2..thanks singgah sini..salam berkenalan juga..:)

ain.ya.nun. said...

Tahniah miza.

Beruntung suami awak. =)

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati