Tinggal lagi 13 hari. Lebih kurang 2 minggu. SubhanaAllah, waktu dirasa berjalan begitu laju. Terlalu cepat sampai tak terkejar.
Sedari awal perkhabaran gembira ini di hebahkan kepada kawan2, ucapan tahniah dan doa2 mencurah2 diberi. Terima kasih, Allah jua akan membalas segala kebaikan kalian. Sangat sweet bila melihat betapa teruja dan gembira orang sekeliling mendengar 'saya nak kahwin dah'. Macam yang pernah saya rasakan bila ada kawan2 terdekat memberi khabar gembira ingin berumah tangga. Sekarang saya pula melalui keadaan yang sama. Di usik, di cuit, dan macam2 lah gurau senda kawan2 di minggu terakhir ni. Perkara biasa barangkali, mengusik bakal pengantin. Mengundang ketawa girang, tapi di hati gundahnya hanya tuhan yang tahu.
Dari awal juga teman2 bertanya, apa perasaan? excited? happy? gembira?.Entah. Jujurnya tak tahu apa yang patut saya rasa sekarang. Dulu, saya sering bayangkan, nak kahwin nanti mesti rasa excited, happy, bahagia, senyum sampai ke telinga. Bila dah laluinya sekarang, perasaan adalah neutral saja. Bukan tak happy, bukan tak bahagia, tapi rasa takut untuk meluahkan itu mengatasi segala-galanya. Bila bertanya kepada teman2 yang bakal bergelar raja sehari juga, semua cakap tak sabar nak kahwin. Tapi saya? Macam tak bersedia nak meninggalkan zaman anak dara. Macam2 saya fikir. Tiba2 rasa tersisih dengan rakan2 yang belum berkahwin. Selalu fikir hidup saya mungkin akan berubah 360 darjah lepas ni. Fikir hal2 macam ni pun buat saya stress sangat2.
Melihat saya membuat persiapan, post macam2 kat fb, kat blog, ada yang serkap jarang, 'wahh, excited nya orang nak kahwin, tak sabar le tu'. Owhh, kalau lah mereka tau apa dalam hati. Benar, saya excited buat persiapan. Excited DIY dulang hantaran, excited jahit manik kat baju nikah. Sebab saya suka buat benda2 macam tu. Kalau bukan saya yang kahwin pun, kalau orang nak saya buatkan, memang saya excited. Tapi bila cakap saya excited nak kahwin, tak sabar nak kahwin, tidak mudah saya nak akui. Saya adalah seorang manusia yang sukar menerima perubahan, bukan seorang yang tak sabar nak melangkah ke alam baru. Dari dulu pun begitu. Selalu tak bersedia untuk melangkah ke depan. Takut untuk menjadi dewasa. Takut entah apa2.
Perasaan sekarang? Sangat takut dan gementar. Hari yang berlalu bagai angin mengundang stress yang tak sedikit. Stress sungguh. Rasa sangat tak bersedia. Tak bersedia untuk segalanya. Stress bila tengok banyak lagi yang tak siap, sedangkan waktu makin hampir. Saya bukan jenis yang boleh kerja dalam tekanan. Tekanan akan buat saya berhenti dari melakukan sesuatu kerja yang sedang di buat. Makanya, banyak hari saya saya hanya memandang sepi kotak2 yang belum di-cop, baju yang belum siap di jahit manik, hantaran2 yang belum di gubah. Tak tahu apa yang ditakutkan, apa yang digementarkan, tapi itu lah yang saya rasa sekarang. Kali terakhir rasa macam ni, masa zaman2 nak exam SPM dan STPM masa sekolah dulu. Macam ni lah rasa. Seram sejuk sampai tidur pun tak lena. Sampai ke tahap menangis sorang2 melayan gundah gulana hati. Mudah sungguh emosi, cepat sangat menangis. T__________T
Namun, mengenangkan betapa susahnya untuk kami sampai ke 'sini', saya cuba usir sejauh mungkin kegusaran ini. Melihat kegembiraan ibu bapa buat persiapan menerima menantu, saya cuba abaikan segala stress yang bertandang. Keterujaan mereka, sangat membahagiakan saya. Hari2 saya berdoa agar dipermudahkan segala urusan kami. Saya berdoa, moga2 niat saya untuk menggembirakan ibu bapa akan diterima Allah, dimakbulkan Allah. Benar hati tak keruan memikir apa akan berlaku lepas ini. Apa mampu saya menjadi isteri yang baik? Mampu ke nak hormati suami? Mampu ke bahagiakan suami? normal lah kot dah nak kahwin ni, fikir macam ni. Ke saya je kot. Entah lah.
Semoga Allah tetapkan hati saya dan darling fiancee. Ini yang telah kami usahakan hampir dua tahun. Akhirnya hampir menjadi kenyataan setelah melalui banyak lapis dinding yang menghalang. Masih ada selapis dinding yang terlalu kukuh untuk dirempuh, tapi biarlah.Mungkin jalan yang kami lalui tidak semudah orang lain. Saya lakukan ini kerana Allah. Apa yang berlaku selepas ini, adalah dengan izinNya. Untuk segala kurnia Allah sampai ke hari ini, syukur, syukur dan syukur. Terima kasih ya Allah.