tekan jangan tak tekan!

Wednesday, May 18, 2011

Mimpi


Orang kata mimpi mainan tidur. Hari2 pun kita bermimpi, cuma kadang2 bila terjaga dah tak ingat apa yang dimimpikan semalam. Saya selalu macam tu, mimpi macam2, bila bangun terus lupa apa dimimpi. Puas lah cuba nak ingat, tapi memang blur lah. Langsung hilang ingatan. 

Tapi masa tidur semalam, saya bermimpi kan sesuatu yang sangat jelas dan panjang. Memang boleh ingat satu2 lah. Sebab panjang, saya ringkaskan yang paling mendebarkan lah. ececece. berdebar tak? Bukan mimpi hantu, bukan mimpi kena kejar orang gila. Tapi mimpi bulan dan matahari. Tak tahu mimpi buruk ke mimpi yang baik. Dalam mimpi tu, saya berada di rumah kat Bukit Payong dengan lelaki tersayang. Tapi saya tak pasti dah kahwin ke belum dengan dia. hahaha. Saya dan dia ke sana sebab ada makcik saya nak tumpang tidur. Bila malam tiba2 saya tengok kat luar macam cerah. tapi bukan cerah macam siang, tapi macam petang2 nak maghrib gitu. Saya pun jenguk lah keluar dengan lelaki tersayang. Tengok2 ada matahari atas bulan. Dua2 sangat jelas, dan suasana jadi cerah sebab matahari dan bulan dua2 sama bersinar. Sebab belajar sains, sempat lagi saya dalam mimpi tu fikir, bulan pinjam cahaya matahari je untuk bercahaya. Matahari ni lah yang buat suasana cerah ni. Masa ni macam kelakar sikit lah sebab saya terangkan kat lelaki tersayang tentang fenomena bulan dan matahari ni. haha. Then tiba2 pandang sebelah kanan, macam ada satu bentuk cincin hitam kat langit, macam gerhana matahari tu. ala2 dalam poster cerita Nur Kasih tu. Saya bagitahu lelaki tersayang, ni gerhana matahari ni, dia cakap bukan. Masa dalam mimpi tu, tak pulak rasa pelik bulan, matahari dan gerhana matahari berlaku sekali gus. Lepas je gerhana matahari tu, suasana pun gelap semula, macam malam. Then terus terjaga untuk solat subuh.



Lepas bangun tu terus teringat2 sampai lah sekarang. Masa solat tadi pun siap berdoa lagi semoga mimpi itu sekadar mimpi, tak membawa apa2 alamat buruk. Sampai office tadi, lepas ke bilik operasi sebab hari ni dah start final exam, terus google cari tafsiran mimpi. alamak haii, banyak lah pulak tafsirannya. Dan berbeza2 pulak tu. Ada yang mentafsirkan baik, dan ada yang buruk.T____T. Antara yang saya baca:

1.Bermimpi disinari matahari. : akan mendapatkan pangkat / kedudukan di perusahaan.
2. Bermimpi melihat matahari dan bulan bertemu.: akan mendapatkan anak / keturunan.
3. Bermimpi melihat matahari berwarna keemasan. : akan terjadi suatu peristiwa yang sangat   membahagiakan.
4.Bermimpi melihat matahari bersinar cerah.: akan datang hari-hari yang memuaskan.
5. Mimpi melihat gerhana matahari atau bulan : Akan mengalami kegagalan.

Alahai, 2 dalam 1 ni, baik dan buruk . Gluppp. Dah2 nak kahwin ni tiba2 mimpi pelik2 gini. Gerhana matahari lah, bulan matahari lah. Kalau alamat baik, Alhamdulillah. Kalau yang buruk, Nauzubillah. Minta Allah S.W.T jauhkan dari segala keburukan dan perkara2 yang tak baik. amin.

4 comments:

Anonymous said...

emm..maybe akan mendapat anak..amin..ape pn didoakan semoga segala urusan dipermudahkan dan mendapat keberkatan Allah..

mieyza said...

dapat anak..haha. seram seram...btw thanks for the wishes.

astringent said...

insyaallah mimpi baik..:)

mieyza said...

astringent: InsyaAllah.aminnn..Tq

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati