tekan jangan tak tekan!

Monday, July 11, 2011

Life After Married

phhuuuww...lamanya blog tak terusik. Meh nak sapu habuk2 dan sawang2 sikit..:)

9 Julai 2011 yang lalu, genap 30 hari usia pernikahan ini. Sebulan sudah berlalu. Macam baru je minggu lepas segala riuh rendah majlis kami berlangsung. Alhamdulillah. Sehingga hari ini masih manis dan indah. Tapi tak ada lah bahagia memanjang. Biasalah, masih dalam tempoh sesi suai kenal. Masih belum mampu nak adapt sepenuhnya lagi dengan kehidupan berdua. Ada waktu tertarik jugak muncung ni sampai boleh di simpul. Ada ketika hentak2 kaki sambil guling2 atas lantai bila kehendak tak dipenuhi. Owhhh, berdosanya. Maafkan saya wahai suami..T______T

Betullah kata orang kan, bertahun-tahun kenal pun, kita takkan betul2 tahu siapa dia sebenarnya selagi tidak duduk serumah, tidur sebantal. Minggu pertama pernikahan, memang paling manis lah kot. Ye lah, newlywed kan. Tempoh yang masing2 belum percaya dah berjaya menikah. Semua pun indah belaka. Kena masak meggi pukul 1 pagi pun senyum. Kena kutip kain baju yang suami sepahkan di lantai pun senyum . Kena cium pagi2 buta dengan gigi tak bergosok pun senyum je. haha. censor. teeet..Ingat2 balik memang kelakar bila dating dengan suami masa ni, asyik nak balik cepat sebab takut mak marah. Lupa sebenarnya dah kahwin. Hahaha. Honeymoon pulak sampai sekarang masih pending. Rancang tu rancang ni, tapi tak jadi2 jugak. Kesimpulannya, honeymoon dalam rumah lah. Ok lah tu, sama je kan. Berdua-duaan jugak. kihkihkih. Minggu2 pertama suai kenal ni juga saya mula mengenal perangai sebenar sang suami. Masya Allah, kuat tidur yang amat rupanya! Dan paling mencabar, waktu nak kejutkan dia dari tidur. Tak kiralah, subuh2 hari ke, tengah2 hari ke, malam2 buta ke, memang sangat mencabar. Ni kira golongan2 yang tidur mati. Pernah tau saya menangis sebab gagal kejut kan dia bangun. hahaha. Siapa tak takut kalau kejutkan suami berkali2 tapi dia tak bangun tengah2 malam buta, pastu kau sorang je yang berjaga dalam rumah tu. aiihh, tetiba seram. Pernah sampai bergaduh pasal ni. Tapi itu lah kan, dalam berumah tangga kena banyak bersabar, walau pun saya ni memang bukan penyabar. Sepanjang 30 hari ni, dah banyak kali lah tarik muncung merajuk dengan suami. Teruk betul kan. InsyaAllah, lepas ni kena banyak bertolak ansur. Kena faham suami yang penat bekerja. Kena faham macam2 lah. Sedang berusaha untuk mencintai segala kekurangan suami.


Tu belum masuk lagi bab makan, bab kain baju, kemas2 rumah. Betul2 kejutan budaya tahu. haha. Kalau bab makan, Alhamdulillah suami tak cerewet. Kena dengan selera dia, memang makan bertambah..:). Walaupun selera kami berbeza, demi suami, saya turutkan jugak kehendak dia nak makan apa. Asalkan dia kenyang, syukur. Tapi kalu ikutkan, sepanjang sebulan ni, boleh kira lah berapa kali saya masak. Sebab balik kerja memang singgah rumah mak, makan2 dulu. hehe. Owhh, satu lagi time breakfast saya paling relax kot sebab suami jenis yang tak breakfast pagi2. Sakit perut kata dia. So saya cuma sediakan teh O saja. Teh kosong ok, tak nak yang bersusu. Apa punya sensitif lah perut. Makanya, tak ada makna lah saya berangan nak masak nasi lemak ke, nasi goreng ke pagi2. Teh O cukup. teeehhheee.


Pasal kain baju pun sebenarnya kejutan budaya jugak. hehe. Sebelum kahwin, memang saya tak pernah amik tahu pasal lipat2 kain ni. Sangat TAK SUKA. Kalau mak duk lipat kain berbakul2 pun memang saya surrender lah nak tolong. Suruh basuh pinggan, sapu sampah, basuh kain saya tak kisah. Tapi kalu kerja yang satu tu memang TAK NAK ok. Memang tak pandai. Tak pernah pun berjaya lipat t-shirt dengan cantik kemas tak senget. Sebab tu sebelum kahwin, pernah lah buat perjanjian dengan suami yang dia akan lipat kain lepas kahwin nanti. Hambik kau, siap ada perjanjian tu. Tapi bila dah kahwin ni, tengok dia tidur kepenatan, tak sampai hati pulak. Last2, saya juga yang memaksa diri sendiri melipat segala benda. Ouucchh, tak percaya betul berjaya lipat sebakul kain dengan jayanya. bangga okeh. hahaha. Tapi semenjak dua menjak ni, macam tak terusik je bakul kain tu.. Tehhheeee. 

Panjang pulak berceloteh. Tu lah, lama tak update, sekali update, nah panjang sedepa. hehehe. Owhh, sempena first month anniversary ni, kami ada hadiah untuk diri sendiri. apakah?? Nanti2 lah..hehe. Hari ni dapat tau, sangat tak sabar!

Sayang, happy first month Anniversary! Love u More!!

4 comments:

a.R.e.I.d said...

baju takyah lipat... sangkut ajer sederet... dengan syarat beli hanger banyak2 hokeh dan sediakan satu bilik untuk gantung baju... jadi takyah laa risau2 nak lipat... muahahahahha

Izafiza said...

wah..en.tunang cepat kawin jom.haha.-->mood gatal..

Hannah Johary said...

Suka entry ni! Teringat time I mula-mula kahwin dulu.

Part nak kejut bangun tidur pun sampai menangis tu sangat kelakar! Hehehe.

mieyza said...

Kak Dira, idea yg baikk!!

Fizah: Kawen lah cepat2..best!!gegege!

Hannah Johary: betul..sampai menangis2. takut sebenarnya. haha

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati