Alhamdulillah, hari ini sudah 9 hari kita berpuasa. Dah lebih dari seminggu. Syukur juga, pengalaman pertama berpuasa sebagai isteri, setakat hari ini adalah INDAH. Indah bila tuhan bagi kau peluang untuk bersahur, berbuka, terawih dan solat jemaah bersama suami. Hidup setakat ini memang berubah 360 darjah. Sebelum menikah, tak ada maknanya saya nak bangun pagi2 buta sediakan sahur, atau berkejar2 masak untuk berbuka. Semua mak yang sediakan. Tahu2 makan je. Sekarang, mengantuk macam mana pun, mata berat macam mana pun tetap bangun sediakan sahur untuk suami. Balik kerja tak sempat duduk terkocoh2 di dapur sediakan hidangan berbuka, juga untuk suami. Namun tak pernah sesaat pun rasa terbeban, malah rasa seronok. Seronok tengok suami makan walaupun masak tak ada lah hebat sangat pun. Masak yang ringkas2 saja. Setakat hari ni, sempat lah masak Asam Pedas Melaka Pari, Ayam masak merah, Ikan masak asam, Mee Rebus, dan lain2. Tapi tak ada lah masak setiap hari. 2,3 kali juga berbuka kat rumah mak. Lebih seronok kan, berbanding buka puasa berdua. Sempat juga berbuka 'open air' tengah2 padang kat luar. hehe. Seronok.
Sempena bulan puasa ni juga, waktu kerja saya di awalkan sejam, maksudnya office hours ialah 8.00 am to 5.00 pm. Suke! Tapi faham2 lah dengan jarak rumah ke office hampir 19 km, dengan jem lagi, dalam pukul 6 lebih juga sampai rumah. Tu yang terkejar2 berkungfu di dapur, padahal masak 2 jenis lauk je. Dasar lembab. Satu lagi, drive ke tempat kerja pagi2 hari tidak seindah dulu. Bila masuk kerja awal, kena lah keluar awal. Dah namanya awal, haruslah bersaing merebut jalan raya dengan ibu bapa yang nak menghantar anak2 ke sekolah dan yang bekerja awal. Ini sangat mengundang stress di pagi hari. Biasanya saya ambil masa 20 minit je untuk ke tempat kerja, dan kadang2 sempat singgah rumah mak ayah lagi untuk breakfast. Sekarang nak ke office pun ambil masa sampai 50 minit. T___________T. Dugaan Ramadhan. Memang menguji kesabaran, tapi bertabahlah wahai diri.
One more thing, hari ini 9 Ogos 2011. Maksudnya genap dua bulan sudah usia pernikahan kami. MasyaAllah, cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah, setakat hari ini, masih manis, masih di fasa berbulan madu, even terkadang tergigit juga lidah. huhu. To my darling husband, Happy 2nd month Anniversary. Semoga Allah panjangkan jodoh kita, dan semoga kamu lah suami saya hingga ke Syurga. Amin.
No comments:
Post a Comment