tekan jangan tak tekan!

Wednesday, August 3, 2011

Best Weekend Ever!

Okeh, ni cerita sebelum puasa, 2 hari sebelum puasa. Sepanjang hampir 2 bulan menikah, tak sampai 5 kali pun saya ber-weekend dengan lelaki kesayangan. T_T. Sebab saya cuti jumaat dan sabtu, dan dia offday hari Ahad. Kerja kat Kolumpo ke apa sampai offday hari Ahad ni. So, memang tiada istilah bergolek2-sambung-tidur-dipagi-jumaat-bersama-suami.T_________T. Jumaat dan Sabtu memang saya berkeseorangan di rumah ditinggal suami terkontang kanting seorang diri. Biasa lepas bereskan rumah, memang terus ke rumah parent lah. Tak de maknanya nak duduk sorang2 kat rumah tu. Baik mengadap wajah tulus ibu bapa sambil menunggu suami pulang di rumah ibubapa. Begitu lah rutin setiap minggu. Tapi minggu lepas adalah tersangat best sebab lelaki kesayangan ajak berjalan2 sampai jauh nun di Kuantan. ek ellehhh, Kuantan je pun. Macam lah tak pernah pergi. Pada hal masa Praktikal zaman2 muda dulu bukan kau tercampak ke Kuantan ke? Memang lah Kuantan je pun. Tapi sangat lah bermakna dan super excited bagi seorang isteri yang takde weekend dengan suami ni. :) 

So, hari khamis tu dah bertolak ke Paka, lepas saya buka puasa. Nampak tak ke-excited-an di situ. Tak sempat tunggu pagi tu, malam tu juga bertolak. Pergi rumah pak saudara suami dulu sebenarnya di Paka. Memang plan ke Paka dulu, sebelum ke Kuantan. Dalam kepala saya, ingat kami nak berjalan2 kat bandar Kuantan je lah. Tapi punyalah bertuah suami hamba, buat plan dengan sepupu sepapat dia tak bagitau saya. Rupa2nya dorang dah pakat2 nak ke Gambang Waterpark. Adoiii! Baju nak mandi manda tak bawak pun. Nasib baik terbawak baju lebih. Kalu tak maunya haku mengamuk taknak pergi. Bertuah betul suami kesayangan. Makanya, pagi Jumaat tu secara berjemaah ke Gambang untuk bergembira mandi manda. First time datang sini sebenarnya. Sangat best okeh. Even tak besar macam Sunway Lagoon, tak banyak mainan tapi quite ok lah untuk hiburan sekeluarga. Merasa lah bertempik sampai serak main gelonsor air yang bikin perut macam tercabut letak tepi. hahaha. Owhh, sempat jumpa Ex-student kat sana. Dah nak kerja pun. Tahniah..









Then lepas dah puas mandi manda segala, kami off to Kuantan Parade pulak, sebab nak survey telefon baru. Niat memang nak survey je pun, sebab orang cakap gadjet2 macam tu murah kat sini. Survey punya survey, terberkenanlah kat Sony Ericsson XPERIA X8. Orang lain beli telefon canggih manggih beribu riban, saya beli yang murah je. Beli ni pun sebab Sony Ericsson yang sedia ada macam buat fe'el je. Sekejap2 line tak ada, mungkin sebab kesan sampingan sepakan padu masa zaman2 berperang dengan kekasih hati dulu2.Kesian, telefon yang jadi mangsa. teehehhhhe. Tapi lepas beli macam menyesal lah pulak sebab tak reti nak guna. tsskk. Apa main2 touch skrin ni. Payah okeh nak berSMS dan tekan2. Jemari yang gemuks ni membuat saya tension asyik salah touch aje. Dah la saya ni jenis yang tak catch up sikit dengan teknologi2 telefon ni. Asal boleh call, SMS, berfoto gedik dah cukup baik. Ni penuh dengan aplikasi yang saya tak berani pun nak usik. hahaha. Bongok betul. Suami pulak meleleh2 saliva nakkan PS2. Kaki games rupanya laki aku.T_______T. Lepas consider itu ini, dan bimbang suami meraung guling2 kat situ, hahahaha saya pun setuju saja lah dia beli menatang tu. Lagi pun tengah promotion, so agak murah lah kot. Mujur dia nak PS2 je, kalau dia tergila2kan PS3, mahunya i tarik muncung sampai Terengganu. hahaha. 

 Saya Punya!!
 Suami Punya!!

Memandangkan kami belum berpeluang ber-honeymoon, makanya saya anggap ini pre-honeymoon kami. Haha. Dah lah pergi berjemaah beramai2, ada hati tu nak berhoneymoon. Tapi memang sangat2 seronoklah berdampingan bersama suami macam ni. Dah lah dapat jalan2, dapat pulak telefon baru walaupun  tak jatuh cinta sangat kat Xperia tu, yang penting HAPPY! Even jumpa hari2 pun, ingat senang ke nak berjimba2 macam ni. So lepas ni next trip kena plan awal2 lah. TAk sabar!Tak Sabar! Erkkk, tapi lepas raya lah yek. Jangan gatal2 merengek nak berjalan berjimba2 di bulan puasa. Kan tak pasal2 kena sepak. KahkAhkah!



No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati