Pejam celik pejam celik dah sampai pun 10 hari terakhir Ramdhan. Sekejap je kan. Last entry hari tu pun baru masuk 9 hari, hari ni pulak dah tinggal 9 hari lagi. Cepatnya masa berlalu.T________T. Tak tahu lah perasaan sendiri atau faktor usia yang semakin melanjut, perasaan nak beraya tu sedikit pudar. Ramadhan kali ni juga macam kurang meriah berbanding tahun2 sebelumnya. Tapi bukan bermakna tidak seronok, seronok tu sudah pasti. Apa lagi ini Ramadhan pertama bergelar isteri, perasaan teruja disitu adalah sangat tinggi. Tapi dari segi kemeriahannya macam sedikit kurang. Mungkin sebab selalu berbuka berdua je, so suasana riuh rendah tak ada kat sini. Kadang2 je berbuka kat rumah ibubapa, tu pun berlima saja sebab 2 lagi adik jauh nun di KL. Kat tempat kerja pulak, berbanding tahun2 lepas yang meriah dengan acara kacau Bubur Lambuk, Majlis buka puasa sana sini, Tadarus Al-Quran lagi, dan macam2 lah, tahun ni senyap sunyi. Tiada acara2 atau aktiviti2 seperti itu. Sibuk barangkali, tapi sedikit sebanyak terasa lain nya.
Ramadhan kali ni juga saya banyak tidur di malam hari. Kadang2 seawal selepas solat Maghrib dah selamat dah belayar. haha. Akibatnya, banyak kali terawih ter-missed. T________T. My bad. Tak tahu lah kenapa tahap keMengantuKan sangat tinggi, sampai pernah lah paksa diri bertarawih, saya tersengguk2 menahan mengantuk. Malu je dengan makcik2 kat sebelah. Setiap kali saya tertidur, suami mesti cakap kesian sebab penat sangat kerja sampai letih macam ni, padahal saya tak buat kerja yang perlukan tenaga super saiyya pun. tehhheee. Disebabkan itu, acapkali lah saya terbangun pukul 12, tengok kerja2 rumah macam lipat kain baju settle dengan jayanya. *terharu* Terima kasih suami. LOve u more! Tapi ni kira fenomena pelik jugak lah kot sebab saya jarang sangat tidur di luar waktu tidur saya. Selagi tak pukul 12 malam, memang mata takkan mengantuk lah. Suami pun pelik tengok rutin waktu tidur saya yang berubah, sampai dia mula fikir 'jauhhhh', berteka teki tu simptom2 nak jadi daddy ke?? Mula lah desak2 suruh buat check up. Last2, few days ago, si 'bendera jepun' akhirnya muncul jua. Terus dia kecewa berduka lara. Sabar lah Yang, belum rezeki.T___T.
Persiapan raya juga tak begitu hebat, macam tahun2 sebelum ni. Hairan kan, sepatutnya baru2 kahwin ni mesti excited buat persiapan sebab first time beraya bersama suami. Saya pun excited sebenarnya nak raya dengan suami, tapi persiapan tu macam zero je. Baju raya? Langsung tak terbuat, sebab sepanjang bulan 4,5 dan 6 hari tu sibuk dengan persiapan kahwin. Masuk bulan 7, terus tak ada dah yang nak terima tempahan jahit baju. Nak2 lagi memang langsung tak beli pun kain2 pasang khas untuk raya. Nasib baik masih ada 2 pasang baju yang belum di pakai, memang sah2 lah baju kurung cotton bunga halus tu jadi baju raya. Yang sedihnya, macam tak sedondong je dengan suami tahun ni. Masa belum kahwin semangat kau sedondong segala, dah kahwin tiba2 pakai baju color lain2.T_________T. Naseb badan. Tak tahu lah lepas ni tiba2 beli juga baju yang dah siap semata2 nak matching baju dengan suami. Owwhh, suami pun pakai baju sanding hari tu je, tak beli baju melayu baru pun. Asalnya, saya pun nak recycle je baju sanding, tapi malas pulak nak tambah2 manik dan utter sana sini.
Kuih raya?? Sudah selamat di beli yang tunjuk2. Nasib baik sedap. hehehehe. Nak buat, memang malas tahap tinggi lah. Lagi pun, takut jadi macam tahun2 sebelum ni, balance kuih raya tahun ni membawa ke tahun hadapan. muahahhaha. Memang kat rumah saya tak ada yang suka makan kuih raya. Buat penat je kalau buat pun. Baik beli, senang, cepat dan mudah. Tak ada lah sakit hati kalau tak habis pun. Yang pasti, macam biasa raya kedua, open house kat rumah saya tiap2 tahun WAJIB ada LONTONG dan SOTO! Ini memang sangat tidak sabar. Owhhh, dah terliur.hehehe. 2 makanan wajib ni lah yang selalu buat raya keluarga kami meriah, sebab saudara mara serbu rumah nak makan ni. Setahun sekali je merasa, harus lah serbu kan. hehehe.
Tahun ni juga first time raya sebagai suami isteri, saya mengharapkan kebahagiaan tetap milik kami. Malam raya dan pagi raya mungkin saya tidak bersama suami, lepas sembahyang raya InsyaAllah dia kembali ke sisi. Tak apa lah, redha. Berkorban sikit, tak salah. Lagi pun bukan lama. Tak perlu lah cerita di sini sebab apa, tapi semoga saya mendapat sesuatu yang baik untuk pengorbanan yang tak seberapa ini. Yang penting, semua untuk kebaikan suami. tsssskkkkkkkk.
1 comment:
saya nak soto........... grrrrrrrr.... nak jugak nak jugak.... x jemput datang umah kamoo siaplah... tapi bukan ke open house mmg orang bleh datang jer ker... thehehehehehe....
Post a Comment