tekan jangan tak tekan!

Tuesday, January 31, 2012

Cerita dah basi baru nak Update.

Assalam..

Begini lah bila kemalasan melanda, berhabuk bersawang blog kau tinggalkan ye. hehehe. Nak cerita pasal cuti raya cina baru2 ni. Haa, lama dah kan, baru nak cerita. Memandangkan cuti yang begitu panjang dan lama itu, kami suami isteri telah mengambil keputusan untuk berjalan jauh. ehh, jauh ke? Jauh lah kot. First time suami isteri ni berjam2 berkematu vontot dalam kereta. Destinasi? Sungai Buloh dan Shah Alam. Sebenarnya, saudara sebelah suami ada majlis pertunangan. Makanya kami pun gatal2 menyelit sama mengikut, padahal tak penting pun kami2 ni pergi. Bertunang je pun kan. Tapi motif utama haruslah berjalan-jalan. Hehe. Suami lah paling bersemangat waja. Jadi bermusafirlah kami suami isteri berkonvoi dengan 2 buah van pada pagi sabtu 21 Januari hari tu. Faham2 lah, konvoi ramai2 macam ni, banyaklah karenahnya. Sekali berhenti, mahu berjam2 juga kan. Tapi Alhamdulliah, perjalanan lancar dan selamat sampai. Jalan pun tak jam pasal semua sibuk balik kampung kan hari tu. Dapat lah tengok jalan sebelah yang jam berpuluh2 kilometer, jalan belah masuk KL pulak clear boleh rempit2 lagi. hehe. Cuma di duga sedikit dengan satu kejadian yang bikin hati luruh berkecai. Cermin kereta depan sebelah pemandu tiba2 retak terkena percikan batu. Asalnya kecil saja, tapi lepas tu merebak sikit2 sampai ke tengah. Nak menangis okeh masa tu. Mahu je suruh suami pusing balik ke Terengganu. Mana tak sedihnya, tak sampai setahun pun lagi pakai, baru 7 bulan kot. Nasib lah suami saya cool kentang, dengan kuasa pujukannya ewahhhh, terus saya pasrah dan redha. hahaha.

cermin yang tercium batu di jalanan. nasib baik tak pecah berderai.

Kami ke sana 3 hari 2 malam. Sampai sana, kami berpecah, sebahagian tidur di Sungai Buloh, kami 2 orang di Seksyen 27, Shah Alam. Rumah pakcik suami. Part paling best, kami tersesat hampir sejam nak ke Batu Tiga. Ni memang kelakar, sebabnya saya pernah tinggal hampir 3 tahun kat seksyen 13 masa belajar dulu. Tapi boleh tak ingat jalan ke Batu Tiga. Kronik gila kot tahap nyanyuk ni. hahahaha. Sempat lah bergaduh dengan suami sebab masing2 stress tak jumpa jalan. Last2 bila dah selesai semua tu memang lembik sebab penat. So, 2 hari di Shah Alam memang mengimbau kenangan giteewww. Pagi Ahad tu bangun pagi2 semangat nak ke Pasar Pagi belakang Giant seksyen 13 Shah Alam, last2 hujan lebat gila2 sampai tak nampak apa. T________________T. Terus melencong ke Tesco shopping barang dapur. Then petang kami ronda ke Plaza Alam Sentre, SACC dan PKNS. Tak ada shopping apa pun, lebih kepada nak berjalan. Nak masuk KL dah tak sempat. Yang ni memang sedih juga, ye lah kita ni berjalan ikut orang. Susahlah sikit nak bergerak sendiri kan.




 mandi hujan masa ke Pasar. Mujur tak mandi lagi. muahahaha

Hari Isnin bertolak balik, pun memakan masa sampai berjam2. Bayang lah, bertolak pagi, sampai Terengganu hampir tengah malam. Sebabnya banyak kali berhenti singgah situ sini. Tapi ok lah. Enjoy je sepanjang jalan. Suami pun gagah perkasa tak nak bergilir drive, even saya offer berkali2 nak drive. Bimbang juga takut dia mengantuk ke penat ke. Tapi Alhamdulillah selamat sampai Terengganu juga.

________________________________________________

* Sad story

Hari jumaat lalu, 27 Januari, one of my cousin ditimpa musibah, kemalangan jalan raya. Teruk sampai sebelah kaki terpaksa di potong. Tangan patah sebelah, tulang pelvik lari dan rahang patah. Bayang lah, dia seorang perempuan, dan umur pun baru awal 20-an. MasyaAllah, saya yang melawat pun menangis2 tengok dia. Tapi dia kuat semangat. Redha dan pasrah je dengan apa yang berlaku. Still boleh bercakap2 dan gelak2 dengan kawan2 yang datang melawat. Semoga dia tabah menjalani kehidupan selepas ni.

Wednesday, January 18, 2012

Parents and Parents -to-be, Please Read This Article!

Assalam..


Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.
Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya "pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini". Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata "kita kena kembali kepada Islam"
Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu. "Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya. "Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"
Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini. "Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga" "Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir. Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w
 
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
 
Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.
Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.
 
JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN
 
Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.
Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.
Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan. 
 
Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.
Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.
 
Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.
 
"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"
Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.
Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama. 
 
WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA
 
"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.
Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.
Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.
Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.
Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.
Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.
"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"
Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:
"makan tu"
"Habiskan ini!"
"Pergi mandi!"
"Cepat masuk kereta!"
"Gosok gigi!"
"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"
"Heiii, kenapa buat macam tu!"
Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.
 
Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.
 
Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.
 
Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa.  Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.
 
Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh:
 
"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"
"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"
Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.
Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.
 
TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA
 
Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.
Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :
"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"
"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"
"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut
"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.
Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking. Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya. Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja. Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.
Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.
 
Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.
Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.
Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.
 
Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.
 
KESIMPULAN
 
Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak. Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.
 
Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.
Sekian
 
Zaharuddin Abd Rahman
 _________________________________________________________

A must read article! Perit tapi itu lah hakikatnya. Realiti yang berlaku dalam masyarakat kita. Pendidikan bermula di rumah. Namun, berapa ramaikah ibu bapa sekarang yang mampu penghasilkan anak2 yang boleh dipanggil 'insan'?? Jenayah semakin banyak, Mat rempit semakin bertambah, Bohsia bersepah-sepah. Selalukan kita terfikir, mana lah mak bapak budak2 ni? Tak tahu ke aktiviti anak2 kat luar ni? Bukan menyalahkan ibu bapa, tidak sama sekali. Tapi kalau betul ajaran di rumah, InsyaAllah, campaklah ke mana pun, Anak2 itu pasti jadi ORANG. Instead of sibuk menyalahkan kerajaan tak betul, pendidikan di sekolah2 yang salah, cuba tengok balik keluarga macam mana. Fikir-fikirkan lah dan selamat beramal..


Sunday, January 15, 2012

Happy 2nd Birthday to RIFQY!!







Happy Birthday to anak bujang puan Maliana , Muhammad Irfan Rifqy yang comel yang handsome!! Sudah 2 tahun ye umur kamu. Ingat lagi masa mama dia warded nak bersalinkan dia yang dah overdue beberapa hari. Kalau tak silap lah, overdue ek kak na? lupa dah. hahaha. Saya pula tengah sambut birthday yang ke 25 kat KFC bawah hospital tu. Lepas makan terus naik atas jenguk Iqy yang still lagi seronok duk dalam perut tak nak keluar2. Empat hari kemudian baru nak keluar. Sekarang dah besar panjang. Membesar dengan sihat dan cergas! Besar2 esok mesti handsome ni. Siapa yang nak chopp buat menantu sila isi borang dengan Puan Maliana ye. hahhahaha

To Iqy, Happy Birthday! Semoga membesar menjadi permata penyejuk hati Mama dan Baba! Go Iqy Go!!

Wednesday, January 11, 2012

Today i'm turn to 27!!

 Assalam..



11 Januari datang lagi. Beerti, meningkat lagi setahun umur. Uwaaaaa! Makin berusia. Ni yang tak sedap dengar kan. hahaha. Dasar tak sedar diri betul. hahaha.Tahun2 sebelum ni, kalau tiba je 11 Januari, memang saya selalu rasa tak best bila mengenangkan umur yang bertambah. Mesti resah gelisah. Sebelum tidur tu mesti rasa tak keruan. Hahaha. Pelik tapi that's true. Itu lah yang saya rasa setiap tahun. But this year, rasa resah gelisah langsung tak ada. Tak rasa apa pun! Hehehe. Mungkin sejak dah bersuami ni, ketenangan hati tu lebih dirasa, kurniaan tuhan. huhuhu. Makanya, terus tak fikir dah hal2 usia ni. Well, it's just a number, rite. 

Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk saya menikmati hidup selama 27 tahun ni. Pahit, manis, bahagia, duka. Semua dah saya rasa. Terlalu banyak nikmat dan rahmat yang tuhan dah beri selama ini. Syukur. 27 tahun, maknanya sudah di fasa2 terakhir 20an. Dah menghampiri 30an. Ok ini memang aku gelisah. kahkahkah. Dah nak masuk 30 weiii. Sangat lah tak percaya. Macam baru je lagi lepas sekolah. Baru je lagi masuk Universiti. Sekarang dah nak masuk 30, lagi sepuluh tahun, 40. Owhhh?

Thanks a lot to all friends, family and students for the beautiful wishes. Sangat2 saya hargai. Lenguh tangan reply satu2 tapi memang saya nak sangat ucap thanks pada setiap yang ucapan. Love you all so much! And of course lah to my darling husband, first time ni sambut birthday as a wife, thanks a lot dear! Hadiah dari suami? Biarlah rahsia. kehkehkeh.


Monday, January 9, 2012

9 Januari 2012. Our Beautiful 7 months Living Togather.



i posted this 7 months wishes on FB's wall to darling husband, and One of my friend said " media tengah hot dengan politik, kamo hot dengan cinta. So sweet". Hahaha. Yes, better sibuk dengan cinta daripada ambik tahu tentang politik yang entah apa2. Lantak lah DSAI bebas ke, apa ke. As long as tak mengganggu gugat hidup kami, there is nothing can be 'important thing' than loving you, hubby!

Sunday, January 8, 2012

Seminggu Pertama Di Tahun 2012

Assalam..

Genap seminggu sudah di tahun 2012. So far, Alhamdulillah. Kehidupan kami seperti biasa. Masih dalam mood 'everyday i love u' gitu. Geli weii. hahaha. Dan sempena tahun baru hari tu, kami menghadiahkan diri masing2 dengan sesuatu yang sangat berharga, untuk pedoman hidup sepanjang hayat. Macam good good je kan. huhuhu. Sebagai hadiah birthday sebenarnya. Saya kan belum menghadiahkan suami birthday present lagi. Untuk hadiah saya juga, saya mahukan benda yang sama. So, 2 in 1. Boleh gitu share2 hadiah? Boleh lah. hehe. Nak tahu apa? ini....





dan ini...

 Ye, sebuah tafsir Al-Quran The Miracle Reference dan Buku Ustaz Azhar. Kelass kau Jah, buku ustaz Azhar lagi tu. hehe. Tafsir ni saya terpandang masa jualan akhir tahun dekat Terengganu Trade Centre, akhir tahun baru2 ni. Harga dia pun tak mahal, Rm168 je. Betul2 berkenan sebab dia tafsirkan words by words, bukan seayat-seayat tau seperenggan. Jadi lebih mudah untuk di baca. Berbanding tafsir yang sedia ada kat rumah. Memang malas nak baca sebab biasanya ditafsirkan seperenggan. kantoi!Tulisan pun jadi kecil je kan. Tapi yang ni, sangat best. Nak baca pun rajin. Terus faham maksud ayat yang dibaca. Bukan itu sahaja, tulisan dia adalah besar, lengkap dengan tajwid, ada doa2, dan Asbabul nuzul dan macam2 lah. Walaupun tajuk berbahasa English, tapi dalamnya bahasa melayu Malaysia. Bukan Indonesia ye. nak tengok isi dalam dia..


 Saya sampai 2 hari berturut2 ke gerai abang yang jual tafsir ni, belek2 sampai puas hati. Mind you, tafsir ini sangat besar dan berat ye. Jangan berangan nak letak dalam handbag cadang2 nak baca kat mana2. Kecil sikit je dari buku Anatomy & Physiology zaman2 belajar dulu tahu. hehehe. Dan buku Ustaz Azhar tu dibeli sebab tengok suami duk belek2 2,3 kali buku tu. so beli je lah, boleh dia baca kan.

Kisah sadis kami di minggu pertama tahun baru ni baru je berlaku semalam. Semalam suami saya bercuti, saya pula struggled siapkan permarkahan exam mid semester baru2 ni. Terpaksa datang office sekejap semalam. Selesai semua pulang ke rumah mak. Then petang tu suami ajak jalan2 ke Pantai Batu Buruk. Walla! Sangat teruja sebab lama lama lama gila dah tak ke sini. Dulu mahu hari2 berdating di sini. hehe. Punya lah seronok suami belikan layang2 yang budak2 main kat tepi pantai tu, gambar spongebob lagi. Main lah kami macam kanak2 rebina. Dah dekat pukul 6 kami pun nak pulang sebab belum sembahyang Asar lagi. Nak dijadikan cerita, atau mungkin sudah tertulis, suami saya tiba2 tidak lalu ikut jalan yang selalu kami lalui. Tapi dia masuk lorong mana entah, kononnya shortcut. Sekali ambik, JPJ tengah buat roadblock. Saya sedikit cuak pasal cermin kereta macam sedikit gelap. Sedikit je ye. hehhehe. Dalam hati kata tak ada apa2 kot sebab selalu saya lepas je kalau kena dengan JPJ ni. Tapi sekali abang JPJ tu cakap ' Encik, cermin macam gelap je, sila ke tepi ye'.

Danggg!.

Terus dapat surat suruh buang tinted tu. Aduhai, selalu lepas je, hari ni tak lepas pula. Dengan sedihnya semalam suami bersungguh2 tanggalkan balik tinted tu. Nak marah pun ada sebab masa beli kereta ni dah pesan awal2 kat agen tu kasi tinted yang lepas JPJ. Last2 tak lepas juga. Sayu tahu bawak kereta dengan cermin cerah terang benderang gini. huhuhu.

Tapi tak apa lah. Fikir positif. Mungkin ada hikmah tu. Apa pun semoga tahun ini akan menjanjikan kebahagiaan yang berkekalan untuk kita semua.

Sunday, January 1, 2012

2012 : Happy New Year!


Selamat Tahun Baru 2012

Azam baru..
Harapan baru...
Umur bertambah...
Tanggungjawap bertambah...
Semoga segalanya baik2 sahaja tahun ini.


© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati