Assalam..
Dah masuk Februari 2012 dah. Cepat je masa berlalu kan. Tak sempat nak kejar. hehe. Hari ni terlebih rajin nak update blog. Mahu bercerita tentang suami yang tiba2 masuk dapur nak masak 2,3 hari lepas. Suami saya bukan kategori yang suka masuk dapur main masak2. Lebih2 lagi saya memang menegah dia dari 'usik' dapur saya. Nak makan apa, biasanya dia order je kat bini dia ni. Bajet macam kat kedai makan gitu kan. Saya memang tak suka dia mengacau kat dapur, or biar dia masak kat dapur sebab nanti dia suka kumpul2 pinggan mangkuk dan cawan kotor ke dalam sinki. Saya tak suka dalam sinki terkumpul segala2, susah nak cuci. Lagi satu dia suka lah alih2 barang sana sini. Owhh sangat kepantangan lah saya ni kalau tak jumpa garam ke apa ke kat dapur sendiri. Bikin panas hati. hahaha. Sekarang dia pun macam paham, tak berani sangat usik2 barang kat dapur. Tapi kalau malam2 dia lapar, tengok saya dah terbongkang tidur depan TV, memang dia senyap2 masuk dapur masak Maggi. Berdikari gitu suami saya masak maggi sendiri. huhuhu.
2,3 hari lepas, balik dari rumah mak dia cakap lapar. Saya cakap ok nanti balik saya masak. Then dia kata nak makan jemput2 bilis yang dalam paket tu, yang segera punya. Mengada2 sungguh, padahal lengkap je kot bahan2 kat rumah tu kalu setakat nak buat jemput2 bilis tu. Dah nak sangat, saya pun ikutkan je lah kehendak suami. Kata isteri mithali bertali2 kannn. ^___^. Sampai kat rumah, terus dia volunteer nak masak. Nak tengok suami saya yang terlebih rajin ni memasak?? hehehe
Sila abaikan latar belakang yang tak indah dipandang tu. hehehe
Ewahhhh, goreng sayang jangan tak goreng..
kuali berkarat. hehehhe
hasilnya......
terlebih garing okeh. hahaha. Not bad tapi keras lah. Tapi tuan dia makan banyak juga dalam2 tak sedap lah, masin lah. Hahaha. Tu lah, tadi bini nak buatkan tak nak. Tak apa lah, encik Fauzi nak bagi isteri rehat kan. Lain kali masak lagi ye sayang. huhuhu.
No comments:
Post a Comment