tekan jangan tak tekan!

Saturday, March 31, 2012

Suami Enggan Pulang ke Rumah T___T

Assalam..

Kontroversi tak tittle? hehe. Apa cerita ni sampai suami tak nak pulang? Bergaduh? Merajuk? No no no. Suami saya sudah hampir dua minggu tak pulang ke rumah sebab suka benar tidur rumah mak mentua dia. Rumah famili saya lah maksudnya. Of course dengan saya sekali terjebak tak balik rumah sendiri. hehehehe. Kalau orang lain bukan main payah, bukan main segan nak tidur rumah mentua, suami saya suka teramat2 kalau tidur rumah mak. Bertuah betul bini dia ni. kahkahkah. Kenapa pulak? Sebabnya lately saya memang tidur awal. Jam belum pukul 10 malam, saya dah selamat dah jadi sleeping beauty, Awww, beauty keww?? haha. So dia sunyi kot barangkali, tak ada teman bercakap. Ye lah, sudahlah tinggal berdua, bila sorang tidur, maka terkebil2 lah dia tak tahu nak buat apa. Lagi satu, cuaca sekarang tersangat lah panas. Rumah kat sana dah lah batu, pengudaraan juga macam tak berapa ok, so memang panas berbahang even kipas dah on paling laju dah. Kalau kat rumah mak ni, sejuk je malam2. 

Tapi saya hari2 juga pujuk dia balik kat sana. Kan tinggal lama2 ada yang menumpang tidur kan. Oppsss, cabulnya mulut. Ini kes cubaan menakutkan diri sendiri. hahaha. Tapi tu lah, setiap kali tanya, dia jawap esok kita balik ye. Sampai masa, 'Yang, tidur sini lah. Esok kita balik ye". Haha. Bila mahu habis ni. Lepas esok, esok. Saya sanggup je, mana tak suka kan tidur rumah mak ayah. kehkehkeh. Tapi mengenangkan apa jadi entah kat rumah sana, meronta2 juga nak balik. Rasa2nya ada sampah kat dapur yang belum buang tu. Kan masuk rumah nanti pengsan termuntah mau rumah harum semerbak.T_______T. So jap lagi nak pujuk juga suami balik buang sampah. Wahai suami, jom lah balik rumah kita ye....

Ini budak taknak pulang ke rumah.

Tuesday, March 27, 2012

Kemalasan itu Normal kah bagi Preggy Mummy?

Assalam..

Walla, lama tak update, sekali ku lontarkan soalan cepucemas gitu. Kehkeh. Alhamdulillah, sudah 2 bulan preggy, masih dalam tempoh berjaga2. Belum stabil lagi kan. And I'm doing very well during this 2 beautiful months. Syukur. And I guess the little one also doing well inside. ^_____^. So far hanya sekali muntah, masa entri yang ni. Mungkin sebab masuk angin lah kot. Lepas tu terus ok  sihat wal'afiat. hehe. Kalau tak kerana rasa pening dan mual yang datang sekejap2 tu, memang tak ingat lah tengah pregnant. But yes, hari2 memang sedikit 'terganggu' lah dengan rasa mual2 dan pening2 lalat tu, cuma syukur Alhamdulillah tak berlarutan. Datang nya cuma sekejap bila masuk tengahari atau malam. Syukur juga setakat ni tiada alahan teruk sampai melepek tak boleh bangun, masih boleh pergi balik kerja tanpa masalah. Makan pun ok, sentiasa berselera. Yang ni bermasalah sikit lah, sebab rasa nak makan dan lapar itu sangat lah sentiasa. Sentiasa okeh, sampai ada ketika orang tengok saya ni macam tak berhenti mengunyah. haha. Bayanglah, lambat sikit je makan terus rasa loya. Or lepas je sejam lunch, terus lapar macam kebulur tak makan apa. Takut sebenarnya, nak2 bila ada sejarah family yang ada diabetes ni. Comfirm2 lah kena minum air gula nanti T____________T.

Pasal alahan pula, setakat ni belum lagi alah pada apa2 bau, or bau tumisan ke apa ke. Semua pun boleh lagi, masak pun tak de hal. Boleh lagi ku menghidu haruman tumisan bawang dan gorengan ikan. hehe. Mengidam pun rasanya macam tak ada lagi teringin nak makan apa2. Adalah rasa nak makan mee kari, cheese cake, tapi tak pasti lah mengidam ke tidak sebab bila tak dapat tak adalah rasa sentap ke rasa teringat2 sampai ke dalam mimpi ke. Sebelum pregnant pun memang selalu je teringin nak makan itu ini kan, so tak tahu tu mengidam ke apa ke. haha. Tapi yang pasti, kebelakangan ini saya sangat MALAS. dan kuat tidur juga. Normal kah?? hahaha. Saya tak ingat bila last time saya kemas rumah, dan memasak. Yang saya tahu, balik kerja makan kat rumah mak siap2. Balik rumah lepas Isya' je comfirm kroohhhhh krooohhhh. Kalau lapar, suami dengan baik hati tolong belikan, atau keluar je makan. Kalau rasa nak masak pun, memang suami tak bagi masak. Tak ke naik lemak bini dia ni. hahaha. Bab kemas rumah lagi satu hal, even nak sapu lantai pun sangat lah malas. Last2 darling husband juga yang settle kan house chores semua. Baik sapu lantai, basuh pinggan, basuh baju dan segala lah. Memang lah rasa bersalah, kita sedap terbongkang tidur, dia susah payah duk mengemas. Tapi suami cakap tak apa, memang dia volunteer nak buat sebab kesian kat bini dia yang nampak letih macam baru angkat kayu balak ni. kihkihkih. Padahal takde lah penat pun, cuma mengantuk dan malas yang lebih. Ya Allah, terima kasih hadiahkan lelaki ini untuk saya. ^_________________________^

Lastly, nak introduce our little caliph yang baru berusia 6 minggu 4 hari masa di-scan hari tu. Kecil cenonet je, tak ada bentuk pun lagi. Bapak dia pun tergaru2 kepala tak tahu yang mana satu sebab kecil sangat tak jelas. Hahahaha. Ni scan pasal ada sikit bleeding hari tu. Doktor cakap itu normal je di awal kehamilan, tapi risau gila sampai tak boleh tidur. Ya Allah, semoga this little one terus membesar sempurna dalam rahim ni, Amin. 






Wednesday, March 21, 2012

8 weeks ^_________^

How your baby's growing:

New this week: Webbed fingers and toes are poking out from your baby's hands and feet, his eyelids practically cover his eyes, breathing tubes extend from his throat to the branches of his developing lungs, and his "tail" is just about gone. In his brain, nerve cells are branching out to connect with one another, forming primitive neural pathways. You may be daydreaming about your baby as one sex or the other, but the external genitals still haven't developed enough to reveal whether you're having a boy or a girl. Either way, your baby — about the size of a kidney bean — is constantly moving and shifting, though you still can't feel it.

Monday, March 12, 2012

My First Chicken Pox Anniversary. hahaha!

Assalam..

Setahun lalu, pada tarikh ini, 12 Mac 2011, berlaku peristiwa penting dalam hidup saya. Harus dikenang, harus diingati. kehkehkeh. Sebabnya setahun lalu, saya dijangkiti CHICKEN POX. Hahaha. Sekejap je, dah setahun. Baru je lagi kena penyakit bintil2 ni. Masih jelas lagi kejadian setahun yang lalu ini. Macam mana seksanya, sakitnya, macam raksaksa bintil. T___________T. Orang lain kena masa zaman budak2, haku kena masa dah tua bangka, mana tak macam raksaksa bintil. gegeggegege!

Terasa lagi sakitnya tekak pasal benda tu banyak gila dalam mulut, sampai 2 hari tak makan minum. Masih terbau lagi ubat kaler oren yang sapu2 kat badan tu. Losyen yang doktor bagi pun ada lagi kat dalam bilik rumah mak. hehe. Seksa sangat masa tu. Iya lah, saya jarang sakit, demam pun payah. Sekali kena terus rasa nak kiamat. kehkeh. Over je kau ni. Tapi serius lah merana, tapi ingat Tuhan banyak2. Anggap tu dugaan Allah. Penyakitkan penghapus dosa. Parut2 pun sampai sekarang masih lagi ada kat badan. Dekat muka Alhamdulillah tak nampak mana. Tak apa lah tak hilang pun, kenangan ni. hehe. Masa tu merasa lah dapat cuti sakit panjang. Hehe. Seronok? Erkk, boleh lah. haha.

Dan paling tak boleh lupa, masa tengah2 chicken pox ni lah rombongan suami datang rumah untuk 'meminang'. hahaha. Bayanglah mengadap orang dengan muka penuh bintil2, nasib baik dah nak surut. Then 3 months after that, kami menikah. See, Allah hantar dulu bermacam dugaan, dan kesakitan. Lepas tu Alhamdulillah bahagia yang tak sudah2. Syukur. Apa pun tetap syukur dah dapat jangkitan ni sebelum kahwin. Mahunya kena time pregnant gini kan naya. Kesian baby nanti kan. Sekarang baru nampak hikmah kejadian setahun lalu. Terima kasih tuhan.

Saturday, March 10, 2012

Pelengkap Bagaikan Puteri

Assalam..

Siapa yang follow siri novel Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Mursheed sila angkat kaki. Kehkehkeh. Saya pernah buat entri pasal novel-novel ni lama dulu, kat sini. Setelah memiliki 4 siri novel tersebut, akhirnya baru saya tahu siri ke-5 novel tersebut telah pun published tahun lepas. Cehh, ketinggalan keretapi betul. haha. Dapat tahu pun lepas adik saya offer buku free sebab nak habiskan kupon buku 1Malaysia tu, terus lah google novel RAM ni. Sekali tengok, nahhh, SUTERA BIDADARI. Terus lah suruh adik beli buku ni. Akhirnya dapat lah kelima2 siri buku ni. Suka!



Novel ke-5 ni lagi dramatik. Lagi banyak watak baru yang muncul, siap ada drakula dari Eropah lagi. Macam yang siri2 yang lain, jalan cerita memang berat dan bersimpang siur. Kalau nak faham memang kena baca dari awal siri pertama. Sutera Bidadari ni macam dah penamat sekual Bagaikan Puteri, sebab macam dah ungkaikan segala persoalan. Tapi bila baca last pages tu, nampak macam bakal ada sambungan je lagi. hehe. Tapi serius memang kagum gila dengan imaginasi penulis novel ni. Lain dari yang lain. Bila baca tu tiba2 terbayang kalau lah dipindahkan ke layar perak, memang mantap lah. haha. Tapi kalau ikut jalan cerita novel ni yang memang di luar imaginasi ni, mahu makan berjuta2 RM kalau difilemkan. Iyalah, mesti setaraf Lord of The Ring gitu. huhuhu. Kesimpulannya, memang ku rasa akan ada sambungan lagi ni. Ohh Laksamana Sunan!
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati