Assalam..
Kontroversi tak tittle? hehe. Apa cerita ni sampai suami tak nak pulang? Bergaduh? Merajuk? No no no. Suami saya sudah hampir dua minggu tak pulang ke rumah sebab suka benar tidur rumah mak mentua dia. Rumah famili saya lah maksudnya. Of course dengan saya sekali terjebak tak balik rumah sendiri. hehehehe. Kalau orang lain bukan main payah, bukan main segan nak tidur rumah mentua, suami saya suka teramat2 kalau tidur rumah mak. Bertuah betul bini dia ni. kahkahkah. Kenapa pulak? Sebabnya lately saya memang tidur awal. Jam belum pukul 10 malam, saya dah selamat dah jadi sleeping beauty, Awww, beauty keww?? haha. So dia sunyi kot barangkali, tak ada teman bercakap. Ye lah, sudahlah tinggal berdua, bila sorang tidur, maka terkebil2 lah dia tak tahu nak buat apa. Lagi satu, cuaca sekarang tersangat lah panas. Rumah kat sana dah lah batu, pengudaraan juga macam tak berapa ok, so memang panas berbahang even kipas dah on paling laju dah. Kalau kat rumah mak ni, sejuk je malam2.
Tapi saya hari2 juga pujuk dia balik kat sana. Kan tinggal lama2 ada yang menumpang tidur kan. Oppsss, cabulnya mulut. Ini kes cubaan menakutkan diri sendiri. hahaha. Tapi tu lah, setiap kali tanya, dia jawap esok kita balik ye. Sampai masa, 'Yang, tidur sini lah. Esok kita balik ye". Haha. Bila mahu habis ni. Lepas esok, esok. Saya sanggup je, mana tak suka kan tidur rumah mak ayah. kehkehkeh. Tapi mengenangkan apa jadi entah kat rumah sana, meronta2 juga nak balik. Rasa2nya ada sampah kat dapur yang belum buang tu. Kan masuk rumah nanti pengsan termuntah mau rumah harum semerbak.T_______T. So jap lagi nak pujuk juga suami balik buang sampah. Wahai suami, jom lah balik rumah kita ye....
Ini budak taknak pulang ke rumah.
4 comments:
eh..eh..bukan ke blog nobody is perfect tu blog saya yg dah lama dipusarakan????? kan?kan?kan? xnak remove ker? hihihi
Hahaha kelakarnya muka dia! :D
Betul-betul bertuah ni dapat husband yang suka tidur rumah mak kita. Mett pun suka kot, sebab balik kerja dinner sedap. Kalau harap isteri dia ni masak, asyik mengelat je kot? Hehehe.
suspens jer sis.haha.
kak cik: dah tukar..hehehhe
HJ: betul dah tu, sbb dpt makan sedap kot. bini dia ni dah pencen masuk dapur..hahaha
IzaFiza: i pun suspen..kehkehkeh
Post a Comment