Assalam..
Pejam celik pejam celik, sudah masuk Rejab. Bila masuk Rejab maknanya kita mula akan menghitung kedatangan Ramadhan. Automatiknya rasa ingin meningkatkan ibadat pun membuak2. Allah S.W.T telah meletakkan 3 bulan yang mulia, Rejab, Syaaban dan Ramadhan sebagai bulan untuk meningkatkan amal ibadat, dengan ganjaran yang berlipat ganda berbanding bulan2 yang lain. Makanya, bila sampai je Rejab, semua pun berebut2 untuk meraih pahala sebanyak mungkin dengan berpuasa sunat. Erkk, puasa ganti pun. hehehe. Alhamdulillah, semoga sampai segala amalan kita dan diterima olehNya. Tapi bukan puasa sunat je, ibadat2 lain pun harus lah dipertingkatkan. Tidak lah nanti puasa sunat bagai nak rak, tapi mulut mengumpat tak berhenti. kehkehkeh.
Rejab sememangnya bulan yang sangat istimewa bagi saya, kerana pada bulan Rejab lah saya selamat diIjabQabul dengan suami tercinta. Maknanya, genap setahun sudah pernikahan kami pada 7 Rejab 1433H ini, mengikut perhitungan kalendar Hijrah. Alhamdulillah ya Allah. Terima Kasih atas segala rahmat yang melimpah ruah ini. Bertambah indah di ulang tahun pertama ini, Allah hadirkan rezeki yang tak ternilai, khalifah kecil yang semakin membesar dalam rahim mummy. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah berterusan ke atas kami. Amin.
Pada yang belum ganti puasa, sila lah cepat mengambil peluang ganti, kan tak sempat. nak puasa sunat. hehe. Pesanan untuk diri sendiri juga yang terlalai tertangguh2 nak mengganti puasa ni. Saya mulakan dengan puasa sunat dulu pada hari ni, nak ambil berkat 1 Rejab. Lepas ni sambung puasa ganti. Bukan apa, nak test larat ke tak ni puasa. So Puasa sunat dulu lah. InsyaAllah larat kot. Bukan sarat sangat pun kan, cuma takut tak tahan letih. Semoga saya terus kuat sampai hari mendatang, sampai Ramadhan. Dah berazam ni nak puasa penuh tahun ni. hehehe. Semoga termakbul..Amin.
No comments:
Post a Comment