Assalam..
Lamanya tak update blog. huhuhu. Mengadap muka anak adalah seribu kali lebih best dari meng-update blog. Boleh gitu? haha. Biasa lah, dah jadi mak orang ni, keutamaan harus lah pada anak. Padahal emak orang ini adalah kemalasan yang amat sebenarnya. kihkihkih. Hari ni, genap 4 minggu usia Amani. Setiap kali hari Jumaat je, terkenang daku pada detik indah itu. Sekejap je dah 4 minggu. So far, Alhamdulillah, Allah kurniakan anak yang sangat baik kat saya. Jarang sangat meragam. Menangis masa lapar je. Kuat tidur yang amat, terpaksa dikejutkan untuk menyusu. Tapi sekali dia bertempik, panik satu rumah. hahaha. Lepas ni tak tahu lah. Orang2 tua selalu cakap, budak2 kalau tak meragam masa dalam pantang, lepas pantang tengok lah nanti dia tunjuk belang. Nauzubillah, minta2 jauh lah.
First 2 weeks selepas kelahiran Amani adalah sangat mencabar bagi saya. Masa first day kat wad, Amani ditahan di wad kanak2, sebab saya GDM. So, lewat petang baru anak diberi kat saya. Dan telah selamat disusukan dengan susu formula.T_____T. Sedih tak payah nak cakap lah. Nanti saya ceritakan kemudian pasal susu menyusu ni. Masa di wad, Amani sangat lah baik, tak banyak menangis. Luas je mata memerhatikan sekeliling. Tapi sangat kurang menyusu. Suakan nipple, dia buat tak tahu je. Sampai lah hari kedua, tengah2 malam dia macam tak lena tidur. Asyik merengek2. Berterusan sampai pukul 4 pagi. Tengok saya yang dah menangis2 pujuk anak yang melalak, nurse datang ambil dan bagi susu. Terus diam dan tidur lena sampai pagi. Hari ketiga kelahiran, Amani demam kuning yang agak tinggi. Masa ni baru keluar wad, tapi terpaksa masuk balik sebab kes kuning tadi. Again, mummy ni menangis lagi dan lagi. Try macam2 bagi anak makan sebab nak turunkan kuning, semua tak jalan. Saya menangis berhari2 mengenangkan anak yang terpaksa dicucuk untuk ambil darah. Sampailah satu ketika doktor panggil, maklumkan jika terlalu tinggi, terpaksa tukar darah. Ya Allah, gelap sekejap dunia. Depan2 doktor dan ramai gila orang kat situ, saya menangis teresak2 tak nak bagi doktor tukar darah. Tak sanggup. Doktor pun terpaksa kaunseling bagitahu risiko dan apa lah, tapi saya tetap tak nak bagi, hanya berdoa moga2 kuning dia turun. Hari2 saya berulang alik ke hospital 2-3 kali sehari sebab nak menyusukan anak. Bayanglah, dah lah bersalin c-zer, tapi tak berehat macam orang berpantang pun.
3 hari di wad, Amani pun discharged. Alhamdulillah, kuning dia makin turun. Sehari lepas anak balik, saya pula yang ber'masalah'. Tiba2 keluar nanah kat tempat c-zer belah kanan. Langsung tak sakit, cuma keluar air nanah yang agak banyak. Bimbang jadi apa2, terus ke hospital. Check2, doktor cakap agak teruk, kena tahan wad. Aduh, masuk wad balik! Akibat aktif sangat bergerak kot, kena jangkitan kuman. Bermalam lah saya di wad berhari2, untuk tengok perkembangan luka ni. Berpisah lagi dari anak. T________T. Doktor buka balik tempat jahit tu untuk keluarkan nanah. Seram gila kan. hehehe. Bukan buka semua, sikit saja kat tempat keluar nanah tu. Nasib baik lah tak sakit. Kalau sakit mahu meraung2 mummy ni kat wad tu. Sekarang Alhamdulillah dah makin baik. Tempat luka tu pun doktor tak jahit balik, biar dia tertutup sendiri je. Seramnya owhh kalau dia nak jahit balik.
Jadinya, 2 minggu pertama tu sangat menduga mummy baru ni. Alhamdulillah, Allah uji, Allah sayang kan. Cuma sabar dan doa je yang jadi perisai. Tapi tu lah, anak punya pasal, segala cabaran dihadapi dengan tenang je. Mak pesan jangan stress2. Dikurniakan anak satu rahmat yang besar buat saya. Jadi bila tuhan duga macam ni, saya cuba untuk terima dengan hati yang terbuka. Yang penting, anak sihat kat rumah. Tak apa lah mummy bersusah payah kat hospital ni. Tapi dalam2 tenang pun, melalak juga aku bila doktor cucuk nak masukkan antibiotik. Hahaha. Teruk punya mak orang ni, asal kena cucuk je kau melalak macam apa. kihkihkih. Sakit lah oii. Macam mana tak melalak.
With daddy..suka sangat buat mulut comel dia tu. hehe
1 comment:
kiutnyer last picca.. =)
selamat berpantang momma!
Post a Comment