Assalam..
Hari ni genap 20 hari anakanda intan payung pengarang jantung mummy lihat dunia. Sekejap je kan dah 20 hari. Tak lama lagi sebulan, lepas tu setahun, lepas tu dah nak masuk sekolah, then nak kahwin dah anak dara mummy ni. hahaha. Jauh nya mummy melencong, anak baru umur 20 hari. kihkihkih. Dalam 20 hari ni macam2 dah terjadi, macam2 dah ragam budak bambam ni yang menghiburkan hati mummy, daddy, tokwan dan tokki. Muka pun dah banyak berubah dari hari pertama dulu. Kulit pun dah gelap, tak cerah macam mula2 dulu. huhu. tak apa dik, mummy daddy kan memang tanned gitu kulitnya. Adik tak payah putih2 sangat lah. kihkihkih.
Ok, sebelum mummy ingat2 lupa, nak kongsi kisah kelahiran anak sulung kesayangan kami ni. Seperti yang diarahkan, saya kena warded pada 10/10/12, masa pregnant 38 minggu, sebab GDM. So,mungkin di-induce lah.Tapi masa malam sebelum tu, tiba2 ada blood stained kat pantyliner. Tapi langsung tak sakit apa lagi. Bila ke hospital esoknya, doktor buat VE rupanya dah 2cm. Owhh, nak bagitahu, pengalaman diseluk a.k.a VE Alhamdulillah, tak sakit. Cuma tak selesa lah kot dijolok2 cam gitu kan. Petuanya, sila amalkan Perineum massage masa minggu2 terakhir sebelum bersalin. Tak tahu sila google. i segan nak bagitahu kat sini. hehehe. Salin2 baju terus check-in wad bersalin. hehe. Hari pertama ni tak buat apa pun. Layan perasaan sambil berborak2 dengan orang2 yang tunggu masa nak beranak jua. Esoknya 11/10/12, doktor datang lagi macam biasa check2, tengok2 dah 3 cm. Masih keluar tanda, darah campur lendir gitu. So doktor decided tak perlu induced, tunggu je jalan terbuka sendiri. Terus mummy ni, yeay!! Happy sebab tak perlu masuk ubat kot bawah tu. Orang cakap sakit kan. hehe. Tapi masa ni tak ada feeling nak beranak pun sebab tak sakit apa pun, cuma rasa macam cramp kat perut, macam period tu. Dalam pada tu berharap dapat bersalin pada 12/10/12, hari Jumaat. hehe.
Then dalam 2.30 petang, lepas suami balik sebab dah habis waktu melawat, doktor panggil buat CTG. Masa tengah CTG tu memang rasa sangat tak selesa sebab baby kat dalam macam sedu, so CTG memang tak cantik. Doktor dengan nurse dah buat muka panik, saya lagi lah rasa cuak. Kenapa ni? Lepas setengah jam, doktor tiba2 buat VE lagi sekali dan decided suruh masuk Labor room untuk pecahkan air ketuban sebab takut baby dah buang air kat dalam. Bukaan masih lagi 3 cm masa ni. Tersangatlah terpinga2 saya ni sebab tak rasa pun nak beranak ke apa ke. Sepantas kilat nurse kasi ubat berak, terus dia suruh kemas baju baby sebab nak masuk labor room. Sempat saya minta izin nak solat zohor. Lepas solat je terus di tolak ke labor room. Pukul 3.30 pm saya masuk labor room, call suami suruh datang balik. Sempat lah dengar ibu2 yang tengah bertarung nyawa meneran baby. SANGAT SERAM. Takut gile okeh. huhuhu. Kat sini CTG dipasang lagi, buat lagi VE dan dipasang macam2 alat lah. Dan yang paling tak suka, kena cucuk kat tangan sebab nak masuk air dan ubat. SAKIT!! Doktor kat dalam ni masih tak puas hati dengan CTG, so memang kena pecahkan air ketuban. Masa ni dah start berdebar yang amat sangat. Nasib baik suami ada di sisi. Pukul 4.30pm, doktor pecahkan air ketuban, dan tak lama mula rasa sakit sikit2. Mild je. Then dia masukkan ubat untuk cepatkan kontraksi. Pukul 6.30pm dah start memulas 5 minit sekali, tapi macam boleh bertahan lagi. Nurse bagitahu selagi boleh senyum maknanya bukan sakit betul2 lagi. Confused jugak, ni ke sakit contraction? Mulut memang duk berzikir je sepanjang masa, mohon dipermudahkan.
Start sakit yang betul2 tu dalam pukul 9.00 malam. Masa ni contraction dah 2 kali dalam seminit. Kadang2 tak sempat tarik nafas pun datang balik memulas dia tu. Suami asyik hulur tangan dia untuk digenggam, tapi memang saya tepis lah. Rasa macam tak cukup kuat untuk saya genggam, besi tepi katil juga yang jadi pilihan. hehehe. Doa nabi Yunus pun dah rasa terlalu panjang untuk dibaca, baca dalam hati je. Yang mampu disebut hanya Allah dan istighfar je. huhu. Pukul 11.00 malam,tengok saya macam dah tak tahan, doktor buat VE lagi. Tapi bukaan baru 5cm. So doktor kata tunggu lagi 2 jam. After 2 jam, bukaan masih lagi 5cm, tak berganjak. Memandangkan dah hampir 10 jam, doktor pun terus cakap kena c-zer. Sebab air ketuban dah lama dipecahkan. Masa ni memang pasrah dan menyerah je. Bayanglah, saya menahan contraction 2 kali seminit tu dari pukul 9 malam sampai 1.30 pagi.
12/10/12, pukul 1.45 pagi, saya ditolak ke dewan bedah untuk di c-zer. Perasaan? Tak tahu dah rasa apa. Seingat saya, cuma pasrah je. Masa dicucuk epidural kat tulang belakang, terpaksa stop beberapa kali sebab contraction yang tak henti2 datang. Dah masuk je epidural, terus hilang rasa sakit. gila magic masa tu. hahaha. Lupa terus sakit contraction tadi macam mana. Sampai sekarang pun saya lupa, serius! Tepat 2.45 pagi, Jumaat penuh barakah, selamat lah lahir Faathimah Safiyyah Amani ke dunia. C-zer punya pasal, saya tak perasan pun bila anak keluar dari perut. Tahu2 je dengar suara baby yang maha kuat tengah melalak kat bilik sebelah. Ingatkan anak orang lain, pastu nurse kat sebelah bagitahu, dengar tak anak awak menangis tu? La, anak saya ke? hahaha. Boleh tak perasan anak sendiri. Lepas tu dia datang tunjuk jantina anak. Allahuakbar, sampai bila2 pun saya tak akan lupa moment itu. Indah yang terlalu indah. Rasa mahu bangun buat sujud syukur kat situ juga. Rasa berbaloi segala kesakitan dan kepayahan sewaktu mengandung dan bersalinkan anakanda tersayang ni.
Keluar dari OT yang sejuk gila sampai mengigil2 tu, terus nampak mak dan ayah saya kat luar tengah tunggu. Ya Allah, tak sangka mak ayah saya sanggup meredah malam ke hospital pagi2 buta untuk menunggu saya. Paling mengharukan, Amani diazankan oleh ayah saya, atuk Amani sebaik sahaja dilahirkan. Allah sahaja yang akan balas segala jasa mak dan ayah saya. Daddy Amani dah kehabisan tenaga sebab berjam2 teman mummy bertarung nyawa dalam labor room. Disebabkan saya GDM, anak terpaksa ditahan di wad sementara. So hampir seharian baru dapat jumpa anak balik.
Kalau diikutkan, memang bukan ini yang saya mahu dan saya rancang dalam proses kelahiran ini. Namun saya tetap pasrah perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Saya tidak direzekikan untuk bersalin mudah macam orang lain, tapi segala yang saya lalui cukup indah untuk saya kenang. Ada hikmah disebalik kejadian ini. Saya mahu bersalin secara normal, last2 terpaksa juga dibedah. Namun Allah bagi juga saya rasa nikmat sakit bersalin, Alhamdulillah, walaupun dah ingat2 lupa macam mana sakitnya. Satu yang saya tak lupa, Allah makbulkan hajat saya untuk melahirkan anak pada hari Jumaat, 12 Okt 2012. Memang dari awal lagi saya berharap anak akan lahir pada tarikh ini. Tu lah kot yang jalan tak terbuka lebih dari 10 jam. hehehe. Jujurnya, saya langsung tidak merasa serik dengan kesakitan itu. Tak tahu lah mungkin sakit yang saya alami itu belum betul2 sakit nak bersalin. Tapi lepas sahaja bersalin dan pandang wajah suci anak, rasa sangat berbaloi melalui segala kesakitan itu. Untuk pengalaman yang indah itu, saya sanggup melalui lagi segala kesakitan melahirkan anugerah Allah ini. Patutlah ada ibu yang beranak ramai sampai 10 orang. Rupanya segala kesakitan itu Allah ganti dengan satu perasaan yang memang tak ada satu perkataan pun boleh digambarkan betapa indahnya bergelar ibu.
Antara saat terindah dalam hidup. Memangku anak sendiri yang 9 bulan dalam kandungan.
No comments:
Post a Comment