tekan jangan tak tekan!

Saturday, February 16, 2013

Kawan2 mummy datang rumah Amani!

Assalam..

Update cepat2 sebab kerja banyak timbun2. eh, Kerja timbun2 sempat lagi post entri? hehehe. Last week, masa cuti CNY, sempat buat small gathering dengan kawan2 lama. Alhamdulillah, di beri kesempatan untuk berkumpul lagi. Dalam sibuk2 terkejar sana sini, sempat lah contact beberapa orang yang available. Tak rancang pun, cuma rasa lama dah tak jumpa member2, nak2 tahun lepas adalah tahun beranak sedunia! Masing2 tak berkesempatan nak ziarah, so buat gathering lah senang. huhu. Buat kat my house di Bukit Payong. Time2 cuti ni, Kuala Terengganu bertukar jadi KL. Semua ceruk jem dan sesak dengan manusia. Sangat tak sesuailah kalau nak buat outdoor gathering. Fikir2, buat kat rumah lah lagi proper. Boleh anak2 dan mak bapak golek2 depan TV. hehehe. Alhamdulillah, riuh rendah rumah dengan emak2 dan anak2 yang datang, walaupun tak ada lah ramai mana. Buat kerja on the spot, gitu lah jadi nya. Makanan pun simple je, Spagheti, sandwich dengan kek karemal. Dah beranak satu ni, payah sikit nak buat yang heavy2. huhu. 

Walaupun simple, tetap mendatangkan rasa yang sukar untuk diungkapkan. Saya mempunyai lingkungan sahabat handai yang ramai dan masih berhubung sampai sekarang. Dari kawan sekolah rendah, sekolah menengah, MRSM sampailah ke zaman U. Alhamdulillah, ikatan masih lagi terjalin dan utuh. Masih seperti dulu, walaupun usia dan kehidupan mula berubah mengikut perkembangan semasa. Usia bertambah, tapi bila berjumpa, alahai tetap riuh rendah macam dulu. haha. Berkongsi cerita, pengalaman dan macam2. Seronok tu, tuhan je yang tahu. Kalau 10 tahun lepas, masih keanak-anakan, masih tak matured. Berkongsi, cerita, perasaan dan apa saja. Kemudian, masing2 mula dewasa, berumah tangga, bersuami dan mula berkerjaya. Sekarang, tambah satu profile, bergelar ibu bapa. Topic perbualan pun dah berubah. hehehe. 

                                kaum2 bapak tengah layan anak bila emak2 sibuk makan.huhu

antara yang hadir..

                                                      kek karemal yang paling laku. huhu

A'aisyah Humaira..baby paling 'tua' dikalangan yang lain. Sebab umur dah setahun, kawan2 yang lain baru pandai meniarap. hehe

                     Anak2 2012. Moga2 boleh berkawan macam emak2 dia ni. huhu


Sayangnya, sibuk sangat berborak, lupa nak snap banyak gambar. ni je yang ada. huhu. Yang tak amik gambar langsung pun ada, sampai tecik ati katanya. muahahaha. Lain kali kita kita buat photography khas ye. Next time, harap2 boleh plan yang lebih besar. Lebih ramai, lebih meriah!

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati