tekan jangan tak tekan!

Tuesday, February 26, 2013

Kisah Audit yang..

Assalam..

2,3 minggu ni, hidup adalah tak menentu. Kerja tanpa cuti walaupun sehari, including Jumaat Sabtu. Semua kerana AUDIT! huhuhu. Macam ni lah kan kalau bab2 audit ni. Mana2 Jabatan pun, kerajaan ke, swasta ke, akan melalui siri2 audit ni. Kami kat office ni memang ramai lah yang berumah tangga kat office kebelakangan ni. Balik rumah untuk tidur je. Pagi sampai tengah malam berkampung di office. Sangat STRESS. haha. Tapi saya yang beranak satu ni tak sanggup kot nak stay back lama2. Paling2 pun, maghrib terus cabut balik rumah. huhuhu. Asal siapkan fail sudah. huhu. Tabik springgg kat kawan2 yang sanggup berusaha sampai tengah2 malam. Hari2 you. Hebatkan..huhu. 




So semalam dan hari ini adalah harinya. Internal audit je dulu ni. yang betul2 bulan Mac nanti. Masa tu rasanya datang balik gila kami. hahaha. Hari ni telah pun dilalui dengan jayanya. hehehe. Suka je tengok meja dan persekitaran sangat bersih dan kemas. Adalah kisah disebalik segala hal kemas mengemas ni. Bayanglah kami terpaksa mengkosongkan banyak tempat dan almari buku. Yang banyak gila babas. yang bertimbun2. Sekali magic, hilang segala benda. yang tinggal cuma meja dan lantai yang bersih dan kemas. hehehehehe. ke mana hilang segala barang? Rahsia. kahkahkah. Tapi rasanya kali ni punya audit tak sedasyat yang lepas punya. Tu lagi lah mahu pengsan siapkan fail dan terpaksa bertapa kat office sampai 1 pagi. Yang ni punya relax sikit kot. 

Gini lah meja ai sebelum audit. hahahahaha

Tapi bila dah beranak ni, tetap lah terasa sikit bebanan, sebab sambil siapkan fail, kepala asyik duk fikir anak je memanjang. Kesian mummy tak dapat nak main2 dengan Amani. Balik rumah je si debab tu dah nyenyak. Nasib baik minah ni bangun pagi awal. Sempat lah gurau senda kejap pagi. huhuhu. Bila dah berakhir ni, alahai senyum sampai ke telinga. rasa macam hilang beban di bahu. Nak balik awal. Nak tidur dengan tenang. Nak gurau senda dengan anak. Nak manja2 dengan suami. eh? Macam2 lah dalam kepala ni. Yang penting nak balik rumah sendiri, kemas rumah, basuh baju, masak2. hehe. See, nampak tak betapa saya mengabaikan rumah tangga di situ. huhuhu. Seingat saya, bulan ni, baru 2 kali kot balik tidur rumah sendiri. Lain2 hari, memang berkampung kat rumah mak. huhu. Sebab bekerja tak henti, mummy ambil cuti panjang start khamis ni. Nanti kita berkurung dalam rumah jangan keluar2, boleh? kihkihkih.Tak sabar dah nak balik awal ni. hehe. Eh, boleh ke balik awal ni hari ni?? Harap2 lah kan. huhu. Yang penting dah rasa lega, walaupun untuk seketika. Seketika je, sebab nanti bulan 3 yang betul2 punya audit akan datang. Waaaaaaaaaaaaaaa!

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati