Assalam..
Alhamdulillah, selesai sudah majlis2 penting keluarga kami pada Jumaat dan semalam. Jumaat, 12 April, rumah kecil kami penuh sesak dengan saudara mara dan sahabat handai yang meraikan majlis pertunangan adik perempuan bongsu saya. Sebelum tu, ada majlis tahlil untuk arwah Atok saudara,pun penuh rumah. Nasib baik tak runtuh rumah mak ayah i'ollz. haha. Malam pulak ada sesi potong kek untuk sambut Ulang Tahun Perkahwinan my parent yang ke 29. Dah 29 tahun tu. Tahun depan kalau panjang umur, kita buat besar2 sikit, untuk yang ke 30 tahun.:) Owh, anakanda pun genap masuk 6 bulan pada hari tersebut. Semua jatuh pada tarikh 12 April.:)
Mak su Amani dengan tunang
Mini pelamin. Tirai belakang tu sewa, murah je dalam RM 180. Yang bantal2 kecik tu DIY, my mom punya kerja. Platform yg merah tu pun DIY by my ayah. Hias2 atas pelamin ni, i'ollz punya kerja. Santek tak? muahaha.
After 29 years, Alhamdulillah, masih diberi rezeki oleh Allah Taala untuk hidup bersama. Sehati sejiwa gitu. haha. Masih lagi pasangan romantik. Alhamdulillah, di kurniakan anak2 yang menjadi 'orang', seorang cucu yang menceriakan suasana, dan dua orang menantu. Tahun depan InsyaAllah bertambah2 lagi ahli keluarga. Tak boleh cakap lama2 pasal mak ayah, nanti meleleh air hidung kiteww. huhu.
Dan semalam, 13 April, selamat sudah adik lelaki saya menjadi suami orang. Sekali lafaz je tu. huhu. Dengan rasminya, mak ayah saya dapat menantu kedua. Semalam majlis kat rumah pengantin perempuan, Khamis ni 18 April kat rumah kami pulak. Harap2 cuaca elok lah. Sekarang ni kejap panas terik, sekejap hujan. Kan takut ada yang makan nasi minyak kuah air hujan.kihkihkih.
Tinggal lagi tunggu hari khamis ni untuk meng-sibuk-kan diri. Mesti penat nak pengsan. haha. Biasalah, kalau majlis2 kahwin ni memang penat kan. Tak apa, bukan selalu kot kan. Lepas yang ni, boleh lah lega sikit. Yang lagi 2 orang tu mungkin lambat lagi, InsyaAllah tahun depan. Amani pun dah besar masa tu. kot2 nak dapat adik dah. eh??
No comments:
Post a Comment