Assalam..
Lama dah tak cerita pasal anak dara ai. hehe. Tu lah, sibuk sangat dengan majlis kahwin ayah ngah dia, plus mummy yang malas. kihkih. Anak perempuan saya itu sudah pun 6 bulan setengah. Lagi 6 bulan nak capai usia setahun. Dah boleh makan solid food. Eh, masa umur 5 bulan lagi dah introduced dia dengan solid food ni. hehehe. Tapi tak ada lah bersungguh2 masak macam2 kasi dia kenyang sampai menyandar. Nama pun introduction. Perkenalkan dulu. bagi dia rasa2 je, and tak hari2 pun bagi. Then bila masuk 6 bulan baru betul2 buat puree and bagi minum air masak. Sangat lah suka air masak, nampak je bekas air dia, terus nak terkam.hehe. Ingat lagi masa first time suap dia makan, buat muka pelik, lepas tu ternganga2 macam anak burung. hahaha.
Memandangkan Amani sangat lah suka nyonyot segala benda yang boleh dia capai, mummy pun excited cari foodfeeder. Boleh isi buah2 segar. Better than nyonyot entah apa2 benda.. Gigih lah mummy google, macam2 brand rupanya. Cari kat kedai2 baby kat sini macam tak jumpa. Last2 beli brand Cherub. Murah lah berbanding brand lain. Beli online kat Fabulous Mom. First time berurusan dengan FM ni. ermm, tak berapa nak puas hati lah. Sebabnya order saya hampir 2 minggu baru sampai. Bila call, tak sempat bagitahu apa2 lagi diaorang cakap akan call balik. Sampai ke sudah tak return call. huhu. Mungkin dengan saya je kot diorang punya service kureng. Biasalah, mummy yang excited ni memang tak reti nak sabar. kihkih. Sampai je food feeder ni, terus letak anggur. Si debab apa lagi, bersungguh2 hisap sampai lenjun baju. haha. Sekarang dah makin expert pegang benda alah tu.
makan pisang sampai lebam.haha.
Setakat ni, tak nampak lagi budak bersungguh nak makan. Suap 4,5 kali, terus tutup mulut dah. Lebih excited dengan botol air dia je. kalu boleh nak minum air masak tak berenti. hehe. Owh, dah pandai minum guna straw dah. hehe. Masa mula2 tu bagi minum dalam gelas and bekas air comel dia tu. Then try bagi guna straw air kotak, nak tengok reti ke tak guna straw. Mula2 dia buat main juga dengan lidah, lepas tu terus sedut. Haha. Seronok mummy tengok budak ni dah pandai macam2. terus malam tu jugak heret daddy gi cari botol yang ada straw tu. hehehe.
muka comot dengan puri labu.
Setakat ni belum pelbagaikan lagi makanan Amani. plus dia pun tak berapa bersungguh lagi nak makan, walaupun time orang makan terliur bukan main dia. hehe. InsyaAllah lepas ni mummy akan lebih rajin. Teringin nak buat puri buah dan sayur yang macam2. Mummy siap join group solid kat fb tau. hehe. kita tengok dan lihat, berjaya atau tidak mummy meneruskan cita2 murni beliau. srooootttttt.
No comments:
Post a Comment