tekan jangan tak tekan!

Sunday, May 5, 2013

PRU 2013

Assalam..

Agak lewat nak ulas hal2 PRU kali ni. Lagi sejam dua dapat lah result full siapa yang menang. PRU kali ni adalah kali kedua untuk saya. Alhamdulillah, dah tunaikan tanggungjawap pada negara. Tak nak ulas panjang2, karang jadi kontrobesi. huhu. Banyak sangat kalau nak cerita, tapi ku simpan aje, takut mengguris hati kawan2 yang tak sealiran, sependapat. Sokong lain2, kawan tetap kawan. This time, keadaan agak aman berbanding yang lepas. Tiada adegan2 yang menyakitkan mata. hehehe. 

Jujurnya, saya tak ambil kisah pun siapa yang menang. Baik Parti Kerajaan mahupun pembangkang. Masing2 dah bentang menifesto, siapa pilihan kita, terpulang. Jangan sampai putus saudara, putus kawan sudah. Yang penting, HORMAT pilihan masing2. 

Sekejap lagi tahu lah siapa yang bakal pegang tampuk pemerintahan kali ni. Kalah menang, terima lah dengan hati terbuka. Jangan pulak sebab kalah, ada yang mengamuk buat demonstrasi lah apa lah. Respek lah pihak yang menang. Ingat satu je, kalau Allah tak izin, boleh menang ke dia? 

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati