tekan jangan tak tekan!

Wednesday, January 29, 2014

Kalau Dah Bukan Rezeki

Assalam..

Allah menguji umatNya dengan bermacam cara, berbagai bentuk, kan. Supaya kita bersabar dan redha dengan segala cabaran dan dugaanNya. Well, kami baru sahaja diduga, dengan kehilangan anakanda kedua, yang baru berusia hampir 3 bulan dalam kandungan. Yes, Miscarriage. Baru sahaja teruja, baru sahaja gembira dengan kehadiran lil' tiny bundle of joy. Tiba2 Allah ambil balik. Sebagai hamba, kami pasrah dan redha. Sedih dan luluh, tak usah cerita. Lagi pulak adek baby sudah hampir 3 bulan dalam perut mummy, lagi 2 bulan sepatutnya dah boleh rasa adek tendang2, gusti2 kat dalam kan.T_____________T.

Sejujurnya, selepas heavy bleeding masa 6 minggu tu, lepas tu denggi pulak, memang dah dapat rasa yang kandungan kali ni 'kurang menjadi'. Tapi bila scan, doctor kata masih ada, hati mula berbunga kembali. Cumanya, seminggu sebelum kejadian, saya perasan yang saya tidak mabuk dan mual macam biasa. Tiada pening, tiada rasa nak muntah. Macam pelik bila cepat sangat fasa mabuk2 hilang. Then, bila dah mencapai 11 minggu, dah ready nak buka buku pink, tiba2 bleeding lagi. Kali ni tidak seteruk yang dulu. Sikit je bleedingnya. Tapi hati rasa sangat tak sedap. Terus ajak daddy ke klinik untuk scan. Hasil scan? Sangat meluluhkan hati. Walalupun dah pujuk hati untuk terima apa pun hasilnya, tapi tetap panik dan tak tentu arah bila tengok monitor yang hanya terpapar kantung dan ketulan yang tidak berbentuk dan tiada degup jantung itu. Tiada rupa baby. Tiada bentuk kepala, tangan atau kaki. Tiada degupan jantung. Hancurnya hati, hanya Allah yang tahu. Doktor yang handle cuba memujuk, suruh dapatkan second opinion. Mungkin scanner klinik dia tak jelas, katanya. tapi naluri ibu yang ada berkata anak saya sudah tiada. Terus dirujuk ke General Hospital. Yakin yang adek sudah tiada, saya berdegil untuk tidak ke hospital. Biar dia keluar sendiri tanpa paksaan.

2 hari kemudian, Jumaat malam, lebih kurang 8.30 malam keluar seketul darah beku sebesar tapak tangan di lantai bilik air. Tidak pernah mengalami keadaan seperti itu buat saya terjerit2 memanggil suami dan emak. Masih berdegil tidak mahu ke hospital, saya biarkan dulu. Hampir pukul 12, perut mula rasa semacam. Tegang dan senak. Macam senggugut kot, senggugut yang kuat. i have no idea, sebab tak pernah mengalami senggugut. Sakit contraction pun bukan. Terus minta suami masukkan air panas dalam botol untuk di tuam di perut. Alhamdulillah, lega yang amat. Hilang rasa tegang tadi. Tapi beberapa saat kemudian, rasa sesuatu yang mengalir keluar tak berhenti dan rasa macam ada sesuatu yang mahu keluar down there. Terus ke bilik air, keluarlah berketul2 darah beku yang besar dan banyak, dengan darah yang mengalir2 di kaki. Sebijik macam dalam cerita2 kat TV. Dan berterusan sampai pukul 2.30 pagi. Tak larat nak ke bilik air, saya memaksa diri untuk tidur biarpun darah masih panas mengalir tak berhenti. Terjaga pukul 4.30 pagi, Basah kain batik dan selimut dengan darah. Bila bangun, telinga berdengung, sesak nafas dan tak mampu berdiri dah. And i knew, this is not good. Gagahkan diri untuk ke bilik air seorang diri untuk bersihkan diri. Hampir collapsed di tangga, saya terbaring seorang diri di lantai dapur. Bila rasa dah ok, saya bangun ke bilik. Alhamdulillah, tiba2 Amani bangun menangis, mengejutkan emak yang bergegas ke bilik. Daddy? terbongkang tidur tak sedar apa dah. Letih menolong menguruskan isteri degil ni sampai pagi kot. Tengok saya yang dah kuning tak berdarah ni, emak paksa ke hospital. dan pukul 5 pagi tu, seluruh isi rumah bangun panik tengok saya yang dah tak berdaya sebab hilang banyak darah. Akhirnya, ke hospital juga. 

Alhamdulillah, urusan di hospital cepat dan tidak menyakitkan. Dan semua diuruskan oleh doktor wanita. Hampir ke siang, doktor bertungkus lumus cuba keluarkan seketul daging yang tidak bernyawa itu. Tidak sakit, cuma tidak selesa bila dimasukkan alat dan VE berkali2. Scan lagi untuk kesekian kali, dah keluar semua, Alhamdulillah tak perlu DnC (cuci). Bleeding pun dah stop. Lega. Tapi menangis dalam hati mengenangkan tiada lagi nyawa dalam rahim ni. 

Biar pun cuma 3 bulan dipinjamkan, tapi adek baby sangat membahagiakan mummy daddy. Sempat sambut birthday daddy dan mummy. Sempat buat mummy mengidam makan itu ini. Sempat buat daddy merempit tengah2 malam cari makanan untuk mummy yang lapar 24 jam. Ye, perit bila anak dalam kandungan kini tiada. Dulu cuma dengar cerita orang, siapa sangka mengalami sendiri keadaan ini. Tak mengapa lah, ada hikmah tersembunyi, yakin dengan janji Allah. Hadirnya dia tanpa sebarang petanda, tanpa dirancang. Perginya jua tanpa dipinta. Pedih dan luluh, tapi redha itu mengatasi segala2. Bukan rezeki kami untuk mendakap anak ini dalam pelukan. Moga2 masih dikurniakan rezeki anak2 yang soleh dan solehah pada masa yang akan datang. Amin ya rabb.

2 comments:

Unknown said...

takziah yea kak.. *HUGS*

Chekgu Azrine said...

Sedihnya akk baca..inshaAllah ada hikmah disebaliknya..semoga dipermudahkan urusan dan semoga sis cpt sihat ye..

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati