Assalam..
Lama tak menjenguk blog. Straight to the point, tuan rumah adalah sangat tidak sihat. Sakit kena buatan orang. Haha. okeh, tak kelakar. Sebenarnya tidak kepastian, sakit sebab morning sickness atau sebab apa. Yang pasti, sakit yang tak boleh bangun berjalan2 bergurau senda bermanja2. Sakit yang membawa bed rest hampir seminggu sampai terpisah dengan dunia luar. Sakit yang berdenyut2 yang kalau kau bawak bergurau time tu, aku kasi penampar sampai bisu. Erkk.
Sebab sakit ni jugak, hampir 2 papan panadol di telan. Nangisssss. Tak tahan sakit punya pasal. Padahal bukan main nak mengelak makan ubat, nak2 time berbadan dua macam sekarang. Masa pregnantkan Amani dulu, sebutir ubat pun tak pernah telan, walau demam macam mana pun. Ni time adek baby, terpaksa jugak. Mohon mengerti ye adek baby. Mummy terpaksa.
Lepas dipaksa oleh daddy, tok wan dan tokki, mummy membawa diri ke klinik juga. Paling menterkejutkan, doktor diagnose mummy ada RESDUNG. Haaa! Pelik lagi hairan. Berdasarkan kawasan yang sakit berdenyut2 tu, doktor cakap mungkin resdung. Bukan yang jenis bersin, yang jenis gatal2 hidung mata bagai tu. Tapi jenis yang sakit. Tak percaya doktor, balik terus google gejala resdung. Nahhh, sekali memang betul. Katanya, disebabkan selsema, hingus2 yang bertakung di dalam menyebabkan jangkitan di kawasan sekitar muka. Owhh, baru teringat, memang demam selesema baru2 ni.T______________T. tak pasti ini cuma sementara atau selamanya. Sebab selama ini tak pernah alahan kalau makan seafood atau makanan yang bisa buat pesakit resdung.
Berjuta kemaafan buat pemenang2 GA baru2 ni. Satu pun belum settle pasal sehari selepas umum pemenang, terus penyakit datang menyerang. Bukan berpantun, tapi kebenaran. InsyaAllah, janji tetap janji. Hari ni baru jenguk blog. Mohon memahami dan sabar menanti ye kawan2.
Moga sakit yang datang ini menghapuskan dosa2 yang bertimbung2, bergunung2 ni. Sakit itukan penghapus dosa. Maka redha dan berlapang dada. InsyaAllah, moga diganti Allah dengan perkara yang lebih baik. Dan moga adek baby membesar dengan jayanya kat dalam. Doa2kan ya!