tekan jangan tak tekan!

Monday, June 9, 2014

9 Jun 2014. Yang ke 3.

Assalam..

Yeay! 9 Jun sudah tiba! Maknanya 1st Give away by Mieyza Roslan berakhir hari ini. Alhamdulillah, tak sangka sambutan sangat menggalakkan. Sungguh tak sangka. InsyaAllah esok kita akan cabut undi 5 orang pemenang bertuah. huhuhu. Siapa insan terpilih? Tungguuuuu. 

Hari ini juga sangat bermakna kerana 9 Jun merupakan tarikh keramat, hari di mana saya dan suami selamat di ijab kabul. Secara rasminya menjadi suami isteri. 3 tahun dah berlalu. InsyaAllah, jika jodoh panjang, macam2 lagi kisah yang mungkin terukir antara kami. Mohon agar lebih banyak kisah manis yang bakal kami lalui bersama. Amin. Tak sambut beria2 pun, sebab semua masih keletihan lepas majlis sambut menantu adik, sabtu lepas. hanya keluar makan ramai2 tadi. Teringin nak buat kek sendiri, tapi masih belum berkesempatan. Teringin sangat nak buat kek Choc Indulgence, barang2 dah beli, tapi tak terbuat2 lagi. huhuhu.

Hadiah tahun ni, Alhamdulillah, cukup buat kami tersenyum lebar. Terima kasih Allah atas kurniaan ini.:) Hadiah dari suami pulak, Lenovo A850. Suka? Sudah tentu lah, walaupun sebenarnya tak minat sangat smart phone ni. Rumit dan susah nak guna. Tapi dah suami desak dan paksa, terpaksa lah terima. Hahahakktuii. konon kan. Kita tengok, mampu bertahan ke tidak dengan smart phone ni. Kot lah berpaling semula kat telepon rm80 sebutir. kahkahkah.



Dear husband, arjuna beta, panjang lagi perjalanan kita. Sentiasa lah menjaga dan mempertahankan rumahtangga kita. Moga2 kita mampu menjadi daddy mummy yang terbaik buat anak2. Moga2 rumahtangga dan keluarga kita diberkati dan diredhai Allah. Amin. 

3 comments:

Unknown said...

salam ukhuwah..anda ditag http://aspireangel.blogspot.com/2014/06/ga-by-farahdeena-fisal.html

KarimahZulkafali said...

semoga kekal hingga kesyurga! Ameen ;]

shahiraazmy said...

Waaahhh. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan. Bestnya dapat smart phone. Hehe

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati