tekan jangan tak tekan!

Monday, June 2, 2014

Promo Shaklee Jun 2014 : Awesome Vitamin E Complex!

Assalam..

Bulan Jun dah tiba, apalagi, teruja tunggu apa promosi shaklee bulan ni. Bulan ni promo Vitamin E Complex! Beli 6 percuma 1. Menarikkan. Tapi apa pentingnya vitamin E ni? Perlu ke ambil vitamin E? Okeh, jom berkenalan dengan vitamin E. Vitamin E adalah sekumpulan sebatian larut lemak dengan sifat antioksidan yang kuat. Antioksidan adalah bahan yang mengurangkan kerosakan oksidatif, kerosakan yang disebabkan oleh oksigen yang boleh membahayakan tisu manusia, sel-sel dan organ-organ. Dalam erti kata lain, memperlahankan proses kemusnahan sel. 

Vitamin E boleh didapati secara semulajadi dalam pemakanan harian seperti minyak sayur, telur, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran. Dan jangan lupa, vitamin E boleh didapati juga dalam bentuk supplemen seperti vitamin E Complex SHAKLEE. huhu. Ini yang best, sebab dalam kehidupan kita yang sibuk terkejar ke sana ke mari, kadang2 makan tak menentu, kadang2 makan pun belum tentu dapat nutrisi yang mencukupi. Apa kata ambil vitamin E dalam bentuk makanan tambahan? InsyaAllah, bermanfaat untuk tubuh badan. 

Dan tahukah kita, vitamin E ni digunakan untuk merawat dan mencegah penyakit berkaitan jantung dan arteri, untuk cegah diabetes, cegah kanser, untuk otak, untuk sistem saraf, untuk PMS, untuk darah tinggi, untuk keremajaan kulit, untuk parut dan macam-macam lagi (sumber di sini). Banyakkan. Opss tak lupa, bagus untuk lelaki juga sebagai pengganti tongkat ali..:)


Jadi jangan segan2, jangan malu2 untuk hubungi saya untuk pertanyaan dan pembelian. Kita borak panjang2. hehe.

Your SID
Mieyza Roslan
SMS: 019-9989052
email: hamizaroslan@yahoo.com


No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati