tekan jangan tak tekan!

Saturday, November 20, 2010

LUKA

Terus terang, saya bukan dalam kondisi yang baik untuk berkata2 dengan berhemah dan berlembut. Dalam hati dan kepala cuma mahu memaki hamun sepuas hati. Dan terasa mahu menunjal2 kepala dua ekor manusia. Tegarnya merobek hati saya. Apa salah saya pada kamu berdua? 

Dan perempuan, saya mahu bertanya, apa kamu rasa kalau kamu di tempat saya? Apa yang kamu lakukan kalau kamu di tempat saya? Kamu pernah SMS saya minta maaf atas 'ketidaksengajaan' kamu, dan sekarang tanpa rasa bersalah kamu ulangi balik? WHAT THE HELL. Ok, saya faham, tepuk sebelah tangan, takkan berbunyi. Takkan berbunyi.

Ikutkan hati, saya tak nak maaf kamu berdua sampai mati. Sampai MATI! Sebab saya dah korbankan segala semata2 janji yang dah di tabur. Bukan sedikit air mata yang gugur. Dan sekarang kerana kamu, saya bazirkan airmata saya lagi sekali. Allah tahu betapa sakitnya saya rasa sekarang. 

 Dan selepas saya tarik nafas panjang2, fikir masak2, ini semua adalah jawapan pada doa yang saya pohon selama ini. Ini rupanya jalan keluar bagi semua masalah saya. JAdi saya berhenti dari menyalahkan kamu berdua. Semua salah saya. Saya terlalu bodoh untuk perasan apa yang dah berlaku sebenarnya. 

Dan dengan seikhlas hati, saya MAAFkan kamu berdua. Saya MAAFkan. Sebab saya yakin, setiap apa pun yang kita buat, benar atau salah, akan di balas dengan setimpalnya oleh Allah Taala. Saya halalkan setiap kesusahan, penghinaan dan penderitaan yang pernah saya terima demi dia. Jadi perempuan, jangan lagi bermain api. Dan jangan bimbang, saya tak akan sekali2 menyerang kamu, atas semua perbuatan kamu. Malah saya dengan rela hati MENGUNDUR DIRI. Saya takkan mempertahankan sesuatu yang sia2. Cuma saya nak ingatkan APA YANG KAMU BAGI, ITU YANG KAMU AKAN DAPAT SUATU HARI NANTI.

Tuesday, November 16, 2010

'Happy 53th Birthday, Ayah' in my 100th Entry.

Oooyeaah! HAppy 100th Entry to my Blog. Bangga okeh, entri ke-100. Sebab masa mula2 ber-blog dulu rasa saya cuma mampu buat paling banyak 30 entri setahun. Muahaha. So 100 itu sudah cukup banyak, tak sampai setahun pun lagi. Makanya, sempena entri ke 100, yang secara KEBETULANnya jatuh pada Hari Jadi ke-53 Ayahanda tercinta, Entri ini di dedikasikan sepenuhnya untuk ayahanda, ROSLAN bin OMAR.


Ini lah ayah saya. Sangat tegas, tapi penyayang. Tahun ini sudah 53 tahun. Separuh abad dah, tapi masih belum bermenantu dan bercucu. haha. Secara ringkasnya, ayah saya seorang yang agak panas baran dan sangat tegas. Dulu masa kecik2 mana ada kami adek beradek suka2 hati nakal tak tentu pasal. Sebab salah sikit je, alamak kena rotan lah. Tapi Alhamdulillah, sebab kegarangan itu lah buat kami jadi manusia. Sebab kebekengan itu lah kami tak pernah ada rekod buruk pun kat sekolah zaman2 kanak2 rebina dulu. Dan sebagai anak sulung, saya mewarisi hampir 90% kebekengan ayah saya. HAHA. BEtul, serius. Tak percaya tanya mak saya. kihkihkih.

Malam ni sempena sambutan hari tua ayah saya, macam biasalah, si kek ini wajib ada. Main menu pula adalah black pepper burger. Homemade ye, bukan beli. Sebab dah tak tahu nak masak apa, buat burger je lah. Tambah kentang goreng dan root beer float. Yummy!




Jadi saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI UNTUK AYAH, SEMOGA HIDUP AYAH SENTIASA DI RAHMATI ALLAH TAALA, DAN TERUS DIPANJANGKAN UMUR, DI MURAHKAN REZEKI SAMPAI BILA2. Kak Ja sayang Ayah sentiasa.

Monday, November 15, 2010

Tak boleh hidup tanpa Wristwatch?

Kebanyakkan orang tak boleh hidup tanpa jam tangan. Pentingkan jam tangan ni, untuk memudahkan kita mengatur masa. Tapi saya pula antara manusia yang tak suka pakai wristwatch ni. Jarangkan jumpa manusia pelik ni. haha. Entah mengapa, saya sangat tak menggemari pemakaian aksesori atau apa2 lah pada wrist. Macam rimas dan tak selesa. Bukan lah tak pernah memiliki. Pernah beli jam tangan ni, tapi tak pernah lekat lah. Pakai 2,3 kali hilang lah, tak tau letak kat mana lah, macam2 lah alasan. Last kali saya beli jam rasanya 3 tahun lepas sebab sangat berkenan dengan jam Mickey Mouse yang berharga RM 25. HAHA. Umur dah lanjut pun pakai jam fancy2 gitu. huhu. Dan saya juga tak boleh pakai apa2 kat left wrist. Rasa sangat geli dan rimas. Rasa macam ada something kat wrist sampai tegak2 bulu roma. haha. So sebab itu dari dulu lagi kalu 'dipaksa' oleh mak untuk pakai gelang or pakai jam tangan, memang saya pakai belah kanan je. Orang selalu pelik tengok saya pakai jam belah kanan. Nak buat macam mana, belah kanan je yang buat bulu roma tak naik tegak tiba2. kihkihkih.

Tapi yang pasti saya tak ada masalah langsung kalau tak ada wristwatch ni. Nak tengok jam, guna handphone all the time. buruk betul, dah tua2 macam ni pun tak ada wristwatch lagi. Orang lain bukan main bangga pakai jam mahal2, haku pulak langsung tak teruja dengan jam. haha.

TAPI, sempena hari itu, tiba2 hati terbuka nak berjam tangan pulak. Rasa nak gelakkan diri sendiri saja. Alasan nak berjam tangan ni sebab nak ada satu barang yang boleh dimiliki secara berduet. haha. Galak sungguh diri ini. Sanggup berdepan dengan perkara yang merimaskan. Dan yang bestnya, hari pertama dapat jam, saya langsung gagal buka kancing jam tu. Ketat semacam, sampai cungkil2 dengan besi. Aikk, tak terbuka juga. Macam mana nak pakai ni? Terus rasa nak marah. Malam tu juga saya ke kedai tu balik nak minta tukar. Lepas tu, orang kat kedai tu pun ambil jam tu dan dalam masa sesaat je, TAP..terus je terbuka kancing tu. Alamak. Apasal saya buat tak dapat buka? Malu semalu malunya. KAHKAHKAH. Bukti kejakunan saya yang tak pernah pakai jam tangan. Agaknya pasti orang itu gelakkan saya sepuas hati. Malu dowhh.huhuhu.
Harapnya lepas ni melekat lah jam ini di tangan saya. Mungkin lekat kot. Azam baru ni, demi menjaga hati ehem2. Boleh kah begitu?? Entah, Tunggu dan lihat saja sampai bila boleh bertahan ni. Hehe.:D

Suka Makan??

Kalau bercerita tentang makanan, memang saya selalu teruja. hehe. Dan sepanjang minggu ni, memang minggu makan2, semua benda nak makan. Macam orang mengidam. Haippp, jangan fikir bukan2 ek. Perut muncit berisi lemak je, bukan benda lain. hahaha. Hari tu untuk hari di luar kebiasaan, kami makan di First Station. Tiba2 mengidam Chicken Chop. Emm, not bad lah, cuma macam kurang something je. Tapi makanan2 kat sini memang best lah. Mohd ehem2 order nasi goreng apa ntah, sedap juga.



Si kurus yang kuat makan teramat.
Lepas tu 2 hari lepas tu outing dengan schoolmate zaman muda mudi, Shikin kat Pizza Hut. Favorite ni. Pesan set untuk 2 orang. Si Shikin tiba2 tak nak minum pepsi, then dia mintak Teh O panas. Siap sekali dia bagi susu segar dan gula. Boleh tu dia suggest saya campurkan susu segar tu dengan pepsi. Saya pun dengan bongoknya mencuba, sebab macam menarek je idea tu, walaupun dalam hati berkira2 juga takut2 mabuk ke apa ke. Hasilnya? Sedap okey..!Cuba bayangkan, Pepsi yang lemak berkrim, yummy! Terus rasa bergas tu kurang sikit. Baru senang nak minum. Siapa yang berani, cuba lah. Saya gerenti tak mabuk. hehehe

ni bukan Three Layer Tea ye. Ni Pepsi Susu. hehe
Then semalam balik kerja Mohd minta teman dia makan. Owh, sangat lah tidak melepaskan peluang untuk tumpang 2 kaki untuk makan. haha. Pusing2, akhirnya berhenti kat food court Batu Buruk. Saya order Kuew Teow Kantonis. Tapi kenapa entah rasa dia agak pelik. Rasa halia yang sangat kuat. Selama ni makan kat mana2 kedai tak pernah pulak makan makanan ni rasa halia macam ni. Owhh, tak sedapnya. Tapi makan juga lah slow sampai habis. Tak nak dah makan kat kedai ni. huhu.

Sila tukar nama menu kepada Kuew Teow Halia!

Kesimpulannya, Saya suka makan! Sekian.

Saturday, November 13, 2010

Al-Fatihah

Petang tadi, terima panggilan dari Kak Yana. Dia bagitahu, seorang student yang dah lama sakit sebab ketumbuhan dalam perut sudah kembali ke Rahmatullah petang tadi. Ya Allah..Terkejut yang amat sangat. Baru sebelum raya hari tu pergi melawat dia kat rumah untuk beri zakat dari Dato'. Dan dia pernah belajar dengan saya, kalau tak silap dua subjek saya ajar dia. Sempat lah kenal dia yang pendiam dan baik ni. Plus, dia seorang pelajar yang bijak pandai. Saya tak sempat nak ziarah dia sebab ada temujanji dengan kawan sekolah, yang dah OTW ke rumah saya. Tak dapat lagi cerita sebenar tentang sebab pemergian Arwah. Ya Allah, rasa sedih sangat, sebab kenal dengan arwah. Rasa macam baru lagi bercakap2 dengan dia. Macam terasa satu kehilangan. Tapi tu lah, dah ajal dia. Cepat atau lambat, ajal tetap akan datang menjemput. Siapa yang dapat halang kan. Semoga Allahyarham LILI FARHANA akan di tempatkan di kalangan orang beriman dan di kurniakan syurga untuk arwah. Amin.
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati