Kalau bercerita tentang makanan, memang saya selalu teruja. hehe. Dan sepanjang minggu ni, memang minggu makan2, semua benda nak makan. Macam orang mengidam. Haippp, jangan fikir bukan2 ek. Perut muncit berisi lemak je, bukan benda lain. hahaha. Hari tu untuk hari di luar kebiasaan, kami makan di First Station. Tiba2 mengidam Chicken Chop. Emm, not bad lah, cuma macam kurang something je. Tapi makanan2 kat sini memang best lah. Mohd ehem2 order nasi goreng apa ntah, sedap juga.
Si kurus yang kuat makan teramat. |
Lepas tu 2 hari lepas tu outing dengan schoolmate zaman muda mudi, Shikin kat Pizza Hut. Favorite ni. Pesan set untuk 2 orang. Si Shikin tiba2 tak nak minum pepsi, then dia mintak Teh O panas. Siap sekali dia bagi susu segar dan gula. Boleh tu dia suggest saya campurkan susu segar tu dengan pepsi. Saya pun dengan bongoknya mencuba, sebab macam menarek je idea tu, walaupun dalam hati berkira2 juga takut2 mabuk ke apa ke. Hasilnya? Sedap okey..!Cuba bayangkan, Pepsi yang lemak berkrim, yummy! Terus rasa bergas tu kurang sikit. Baru senang nak minum. Siapa yang berani, cuba lah. Saya gerenti tak mabuk. hehehe
ni bukan Three Layer Tea ye. Ni Pepsi Susu. hehe |
Then semalam balik kerja Mohd minta teman dia makan. Owh, sangat lah tidak melepaskan peluang untuk tumpang 2 kaki untuk makan. haha. Pusing2, akhirnya berhenti kat food court Batu Buruk. Saya order Kuew Teow Kantonis. Tapi kenapa entah rasa dia agak pelik. Rasa halia yang sangat kuat. Selama ni makan kat mana2 kedai tak pernah pulak makan makanan ni rasa halia macam ni. Owhh, tak sedapnya. Tapi makan juga lah slow sampai habis. Tak nak dah makan kat kedai ni. huhu.
Sila tukar nama menu kepada Kuew Teow Halia! |
Kesimpulannya, Saya suka makan! Sekian.
No comments:
Post a Comment