Kebanyakkan orang tak boleh hidup tanpa jam tangan. Pentingkan jam tangan ni, untuk memudahkan kita mengatur masa. Tapi saya pula antara manusia yang tak suka pakai wristwatch ni. Jarangkan jumpa manusia pelik ni. haha. Entah mengapa, saya sangat tak menggemari pemakaian aksesori atau apa2 lah pada wrist. Macam rimas dan tak selesa. Bukan lah tak pernah memiliki. Pernah beli jam tangan ni, tapi tak pernah lekat lah. Pakai 2,3 kali hilang lah, tak tau letak kat mana lah, macam2 lah alasan. Last kali saya beli jam rasanya 3 tahun lepas sebab sangat berkenan dengan jam Mickey Mouse yang berharga RM 25. HAHA. Umur dah lanjut pun pakai jam fancy2 gitu. huhu. Dan saya juga tak boleh pakai apa2 kat left wrist. Rasa sangat geli dan rimas. Rasa macam ada something kat wrist sampai tegak2 bulu roma. haha. So sebab itu dari dulu lagi kalu 'dipaksa' oleh mak untuk pakai gelang or pakai jam tangan, memang saya pakai belah kanan je. Orang selalu pelik tengok saya pakai jam belah kanan. Nak buat macam mana, belah kanan je yang buat bulu roma tak naik tegak tiba2. kihkihkih.
Tapi yang pasti saya tak ada masalah langsung kalau tak ada wristwatch ni. Nak tengok jam, guna handphone all the time. buruk betul, dah tua2 macam ni pun tak ada wristwatch lagi. Orang lain bukan main bangga pakai jam mahal2, haku pulak langsung tak teruja dengan jam. haha.
TAPI, sempena hari itu, tiba2 hati terbuka nak berjam tangan pulak. Rasa nak gelakkan diri sendiri saja. Alasan nak berjam tangan ni sebab nak ada satu barang yang boleh dimiliki secara berduet. haha. Galak sungguh diri ini. Sanggup berdepan dengan perkara yang merimaskan. Dan yang bestnya, hari pertama dapat jam, saya langsung gagal buka kancing jam tu. Ketat semacam, sampai cungkil2 dengan besi. Aikk, tak terbuka juga. Macam mana nak pakai ni? Terus rasa nak marah. Malam tu juga saya ke kedai tu balik nak minta tukar. Lepas tu, orang kat kedai tu pun ambil jam tu dan dalam masa sesaat je, TAP..terus je terbuka kancing tu. Alamak. Apasal saya buat tak dapat buka? Malu semalu malunya. KAHKAHKAH. Bukti kejakunan saya yang tak pernah pakai jam tangan. Agaknya pasti orang itu gelakkan saya sepuas hati. Malu dowhh.huhuhu.
Harapnya lepas ni melekat lah jam ini di tangan saya. Mungkin lekat kot. Azam baru ni, demi menjaga hati ehem2. Boleh kah begitu?? Entah, Tunggu dan lihat saja sampai bila boleh bertahan ni. Hehe.:D
No comments:
Post a Comment