tekan jangan tak tekan!

Monday, June 18, 2012

*________________*

Asal fikir pasal kerja, STRESS.
Asal datang kerja, STRESS.
Asal nak buat kerja, STRESS.
Anything related to kerja, STRESS. including the people around.

Saturday, June 9, 2012

365 Hari Sebagai Suami Isteri

Assalam..



9 Jun 2012 akhirnya tiba sudah. Dengan rasminya genap lah setahun kami bergelar suami isteri. Happy 1st Anniversary to us!!Aikk hari tu dah sambut, hari ni sambut lagi? Hari tu sempena bulan Rejab, hari ni sambut untuk bulan Jun pulak. kehkehkeh.Macamtak percaya je dah setahun. Sekejap je dah setahun. Macam terasa lagi segala macam perasaan masa majlis nikah tahun lepas. Segala penat lelah, suka duka, kemeriahan, emosi yang berasak, semua macam baru je minggu lepas berlaku. Rasa nak tampar pipi kuat2 nak bagi percaya. haha. Basah lagi lah dalam kepala segala hal yang berlaku setahun lalu. Start dari masa bangun subuh tu, solat subuh terakhir sebelum bergelar isteri, memang penuh emosi. Panjang sangat doa masa tu, minta semua berjalan lancar dan semoga kehidupan baru yang ditempuh akan diberkati dan dirahmati. Dan pada hari ini juga, setahun yang lalu, first time kami solat jemaah sama2 sebagai suami isteri. MasyaAllah, perasaan yang terlalu sukar untuk digambarkan. Alhamdulillah, majlis kami pada hari itu sangat meriah dan penuh barakah. Dengan kehadiran kawan2, sahabat handai yang turut merai, terasa sangat bersyukur. Alhamdulillah, majlis berjalan seperti apa yang saya inginkan. Simple, Sweet & Memorable. Tak banyak acara, tak ada benda2 remeh yang menyusahkan, tak ada aktiviti tukar2 persalinan yang banyak. Cukup simple. Menikah dan terus ke pelamin. Tukar pun sepasang baju je. Tak perlu pihak suami datang berulang kali untuk acara berasingan. Alhamdullilah, segalanya Allah permudahkan. Terasa segalanya sangat berbaloi untuk di lalui. Memang segala peristiwa 9 Jun 2011 akan kekal dalam ingatan sampai mati. Kalau nak tulis satu2 kenangan, memang sangat banyak untuk dikenang. Terlalu banyak. Kalau rajin, nanti buat kat entri lain. hehehe.



Untuk yang first anniversary ni, tak ada lah nak sambut beria2 sangat. Timing tak kena. Suami bekerja, lepas tu tak banyak tenaga nak arrange itu ini. Last2 suami cakap beli kek je lah malam ni. hehe. Lagi pun 7 Rejab baru2 ni dah sambut dengan Pulut Kuning bagai. Mak buat sampai 5 kg beras pulut lagi. Sedap! So malam ni makan kek sudah. Beli KFC sikit. Done! Nak sambut lebih2 pun tak best juga sebab tak cukup korum, adik2 tak balik kampung lagi. Plan nak bercuti pun belum berjalan, pun sebab timing tak kena. Dah masuk Jun ni, semester baru dah bermula. Budak2 dah masuk untuk belajar, so tak boleh lah nak bercuti sakan sangat. Tapi suami dah pesan awal2 akhir bulan sila bercuti sebab dia mahu ke KL untuk bercuti. Huhuhu, Mampu ke nak cuti ni? Tengok lah sayang macam mana nanti. Best juga pergi KL, boleh beli barang2 baby sekali kan. hehehe. 

Apapun, semoga rumahtangga kami sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. Untuk suami, terima kasih atas segala susah payah dan pengorbanan selama setahun ini. Banyak yang kita dah belajarkan. Semoga kita tak akan pernah jemu untuk terus belajar menyintai antara satu sama lain. Semoga sayang akan menjadi bapa yang baik untuk anak-anak kita nanti, InsyaAllah.

Tuesday, June 5, 2012

20 weeks...^________^

Assalam...

 Alhamdulillah, baby sudah berusia 20 minggu a.k.a 5 bulan dalam perut bulat mummy!InsyaAllah, kurang dari 20 minggu lagi kita akan jumpa. InsyaAllah kalau Allah izinkan. Kenapa less than 20 weeks? Sebab doktor dah bagitahu awal2, kalau kamu tak masih lagi tak mahu keluar on 38 weeks, wajib kena induce! Walla! Seram nya. Last week mummy sepatutnya dah dapat tengok rupa kamu sebab ada appointment dengan specialist untuk detail scan. Tapi belum ada rezeki, sebab silap tarikh. Lepas berjam2 tunggu, akhirnya buat scan biasa je yang macam kita buat kat klinik tu. Tak apa lah, at least daddy mummy dapat tengok kamu yang makin membesar, makin lincah dan makin aktif ni. Biarpun tak jelas, tengok jantung kamu yang kecil cenonet berdegup kencang tu pun dah buat mummy happy. Tulang belakang pun dah makin jelas dan terbentuk cantik. And guess what, doktor dah macam nampak gender kamu, tapi sebab tak jelas, so dia tak berani nak comfirm. Dia cakap macam _________. Hehehe. Tak kisah lah, kamu ni boy ke girl ke, mummy terima seadanya. Daddy lagi lah tak kisah. Asalkan kamu sihat dan sempurna. InsyaAllah. 

Dan yang paling mummy suka, mummy sudah mula merasai kehadiran kamu. Actually, beberapa minggu lepas pun mummy dah mula rasa something yang pelik dalam perut ni. Ada denyutan2 halus, rasa semut2 dalam perut, or sometimes rasa sengal2 gitu. Tapi mummy confuse, tu gerakan si kecil mummy atau tindakbalas rahim yang makin mengembang? Sekarang mummy yakin, kamu dah mula bergerak2 dalam perut mummy. What a wonderful feeling! And now mummy always miss the geli2 movement dalam perut ni!Bangun pagi2 mesti perut rasa keras dan berat. hehehe. You're growing up darling! Daddy dah tak sabar nak rasa tendangan kamu sebab sekarang hanya mummy je yang boleh rasa kehadiran kamu. Poor daddy. hahaha.

InsyaAllah 20 Jun ni kita akan jumpa lagi di screen scanner. Another appointment for detail scan. Harap masa tu jangan malu2 nak tunjuk jantina. Senang mummy daddy choose your color. hehe. Owhh, you already have name tahu. Boy or girl, mummy daddy dah sediakan nama untuk kamu. Jangan berangan nak nama panjang, pelik2 dan modern kebabooom. Tak ada maknanya. Your name gonna be the classic, simple with beautiful meaning. Mummy tak minat ye nak bagi nama pelik2 kat kamu. Hahaha. So accept it.Kihkihkih. Dah besar esok2 jangan pandai2 nak tukar nama bagi glamor pulak.

Monday, June 4, 2012

Demotivated.

Assalam..

Huhuhu, Haru sungguh preggy mummy ni. Semenjak dua menjak ni datang rasa yang sangat tak best. Rasa yang tak tahu lah nak cakap macam mana. Tiba2 rasa down, tiada semangat dan malas teramat2. Dan rasa tu datang everytime nak datang kerja! Haru ke tak haru tu. Asal datang kerja je rasa penat, tak larat, malas, down dan macam2 lagi lah. T_________T. Tak tahu lah kenapa, rasa tu asyik je datang bertandang. Rasa macam nak duduk rumah jadi surirumah goyang kaki tengok TV tunggu suami pulang kerja. Tak payah fikir apa pasal kerja. Wahh, kuat berangan. Cukup bulan makan pasir, nak?? haha. Kalau lah suami bergaji rm10K sebulan, alangkah seronoknya. Sekarang, hari2 tengok kalendar bila boleh bercuti. Hari Ahad pun dah sibuk menghitung hari untuk sampai ke hujung minggu. Datang kerja pun hari2 dengan perasaan yang sangat malas. Bayang lah, dulu2 pukul 8.15 pagi dah bergegas ke tempat kerja, walaupun office hour start pukul 9, dan perjalanan dari rumah mak tak sampai 10 minit pun. Sekarang pukul 8.30 pagi masih terkebil2 atas kerusi sambil menatap jam dinding, sambil paksa diri untuk ke tempat kerja. Kronik gila dah ni. hahaha.Tibanya hari Jumaat, saya lah insan paling gembira di dunia. Walaupun tak buat apa, tak ada perancangan apa, hujung minggu menjadi sangat heaven. Tak sakit kepala, tak lenguh bahu. Elok je sihat segar bugar. Kalau hari bekerja, siap lah lenguh sana sini, sakit belakang lah sakit bahu lah. Macam2 kan.



Lebih menambah rasa tak bersemangat, minggu lepas tiba2 laptop buat hal. Tak ada ribut, tak ada hujan hard disc rosak teruk. Langsung tak boleh buka. Faham2 lah laptop dah tua, dah berusia 6 tahun. Dah lah tak ada backup, habis hilang segala gambar2 kenangan, kerja2, segala2 lah. Paling yang buat nak terduduk tu bila mengenangkan gambar2 kenangan dari zaman tok nenek yang ada kat dalam tu. Gambar2 raya dulu2, gambar time bercinta *cough*, gambar2 persiapan kahwin, semua hilang. Kenangan tu semua, dah tak terganti. Sobsobsob. Nasib baik lah yang bahagian kerja ada juga backup sikit2. Tapi sangat stress dan tension bila mengenangkan soalan2 exam, dan hal2 yang berkaitan fail yang terkubur sama tu. Jawapnya kenalah taip balik satu per satu. Tension weeiii!! Salah satu musibah ni, banyak dosa lah ni kot.

Tapi harapnya perasaan ini hanya sementara. Pembawaan budak barangkali. I love my job. Biasa lah ada beberapa ketika dalam hidup, kita akan mengalami naik turun. Tak kira lah dalam pekerjaan ke, dalam rumah tangga ke, persahabatan ke. Ye, semoga ini hanya sementara. Jangan lah terbawa2 sampai bila2. Parah lah nanti, dah lah minggu ni sesi kelas sudah bermula. Moga2 dengan start Semester baru ni, semangat pun akan menyala kembali. Aminnn.

Tuesday, May 29, 2012

7 Rejab 1432H - 7 Rejab 1433H

Assalam..

Semalam 7 Rejab. Tarikh yang sangat bermakna bagi saya. Tarikh yang sangat memberi erti pada saya setahun yang lalu. Pada tarikh ini lah segala kemuncak debaran, tangisan dan bebanan yang maha besar terlerai. Hari yang cukup indah, cukup beremosi, cukup menyesakkan jiwa, dan cukup membahagiakan. Pada hari ini lah saya terikat dengan rasmi dan halalnya, menjadi sebahagian dari hidup seorang lelaki bernama Mohd Fauzi Mohd Yusof. Tanpa disedari, sudah setahun kami bergelar suami isteri. Baru setahun jagung. Masih bertatih, masih baru mengenal dunia perkahwinan. Jujurnya, masih belajar dan belajar untuk saling memahami. Masih belum mampu mencapai tahap isteri mithali. Masih pincang sana sini. Masih bergaduh bermasam muka. Masih mencari titik persamaan dan persefahaman. Namun haruman bahagia yang kami hidu di hari pertama pernikahan masih lagi sama wanginya. Alhamdulillah. Adatlah dalam rumahtangga yang masih muda ini, tergigit sana sini, terluka kanan kiri, tercalar depan belakang. Adatlah. Terlalu awal untuk di nilai tahap bahagia itu dengan usia yang setahun ini.




Setahun ini banyak benar mengajar suami isteri ini tentang kehidupan berumahtangga. Tentang keluarga yang sedang di bina. Betapa hanya dengan tinggal serumah, berkongsi tilam dan bantal, berkongsi rasa susah dan senang, baru lah kita mengenal siapa orang yang kita nikahi. Lain benar waktu bercinta. Terbongkar segala baik buruk yang menuntut kepada tolak ansur dan terkadang memendam rasa yang tidak sedikit. Pengalaman sendiri, awal2 bulan perkahwinan, memang terlalu banyak konflik yang harus ditangani. Berlainan pendapat, berlainan cara, berlainan prinsip yang membawa kepada pertengkaran, masam muka dan tangisan yang berlarutan. Pernah sampai ke tahap ayah memujuk saya bagai anak kecil yang menangis teresak2 untuk pulang dan berbaik dengan suami. Mujur suami banyak mengalah, banyak bertolak ansur, banyak memberi ruang. Dan mujur atas dasar 'baru kahwin', pergaduhan yang panjang berlalu bagai angin. Mood pengantin baru sangat membantu. Dan masa yang mula pantas berlari memberi ruang dan peluang untuk suami isteri ini mengadaptasi cara masing2, bertolak ansur, cuba menyintai dan menerima kelemahan masing2. Peringatan tentang betapa berliku dan berdurinya jalan yang kami lalui untuk bersatu menjadi senjata untuk melemahkan rasa marah dan sakit hati yang meruap2 dikala saat2 genting melanda. Ye, kami tidak direzekikan untuk melalui jalan yang mudah dan senang untuk bernikah. Menoleh ke belakang, sakit dan perit itu masih berbekas, masih terasa. Sampai ke hari ini, terlalu dalam jurang dan terlalu tinggi tembok yang saya bina antara mereka dan saya. Biarlah saya kekal 'invisible' dalam kehidupan mereka, kerana mereka tak pernah saya anggap wujud dalam hidup saya.


 
 
Alhamdulillah, untuk setahun ini kami masih survive. Masih bahagia, masih bergelak ketawa walau sekali sekala tercuit, tercalar dan terluka jiwa. Setiap hari pun masih belajar untuk bertolak ansur. Masih belajar menerima sisi 'gelap' si suami, kerana suami begitu terbuka menerima sisi 'gelap' si isteri. Esok lusa, itu rahsia Allah. Apa pun yang terjadi esok lusa, tetap rahsia Allah. Cuma mampu berdoa semoga rasa cinta, rasa bahagia, rasa segala macam ini berterusan sampai bila2. Semoga hidup kami terus dilimpahi rahmat, terus mekar dengan gelak ketawa yang bahagia. Syukur juga dengan rezeki yang semakin membesar dalam rahim ini. Penyumbang utama bahagia suami isteri ini, untuk masa ini. Semoga rezeki ini milik kami. Amanah dari Allah untuk kami. 



p/s: sengaja sambut anniversary ikut bulan Islam, nak muliakan bulan Islam. Kalau ikut masihi, 9 jun ni baru genap setahun. Motif?Boleh sambut anniversary 2 kali. haha.
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati