tekan jangan tak tekan!

Thursday, November 27, 2014

Kawan Baik Ibu Mengandung.

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita pasal pregnant mom's best friends!Hahh, mentang2 dia pregnant kan, asyik nak cerita pasal mengandung aje. Of course lah. Benda baik, harus dikongsi, ye dak? 

Apa benda yang best friend sangat ni? Supplement lah, sudah tentu. Kehamilan dan supplement haruslah berpisah tiada. Penting tahu untuk dapat nutrisi secukupnya sepanjang kehamilan. Dah segala benda yang dimakan harus dikongsi berdua dengan baby, makanya mak2 yang memboyot ni sangat penting untuk pastikan anda mendapat apa yang di perlukan dengan secukupnya.

Sesetengah orang mungkin kata tak payah nak ber-supplement bagai, makan je makanan berkhasiat, dah cukup. Kalau itu yang di pegang, silakan, kita hormat aje. Tapi bukan semua mak2 lalu nak makan segala mak nenek yang berkhasiat ni sepanjang hamil. Kadang tengok nasi pun meloya bagai, minum susu apatah lagi. Sayur pun kadang nak pandang pun tak hingin, kan.

Alternatifnya, supplement lah. Pastikan pilih supplement yang semulajadi, selamat dan berkesan. SHAKLEE lettew. huhuhu. Untuk kehamilan, Shaklee tawarkan 4 produk asas yang wajib diambil ibu hamil. Vitamin C, Vitamin B Complex, Ostematrix dan Vitalea. Khas untuk first trimester. Masuk trimester ke2 dan 3, boleh tambah Omegaguard. Kenapa? Mari kita tengok apa khasiatnya.

VITALEA
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

B COMPLEX
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

VITAMIN C

 Vitamin C  Shaklee melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

OSTEMATRIX
Ostematrix - Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

OMEGA GUARD
Omega Guard - Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

*sumber di SINI


Jangan segan2 WA/email/Pm kita ye. Free consultation lagi tahu..:)

Mieyza Roslan
019 998 9052
fb: mieyza roslan
email: hamizaroslan@yahoo.com

Wednesday, November 26, 2014

4th Pregnancy

Assalamualaikum..

Tenggelam timbul tenggelam timbul mummy amani ni kan. kikiki. Musim2 tengkujuh ni, memang kita berhibernasi je kerjanya. Sejuk la katakan. Mujur tak turun salji je hah. Eh tapi 2,3 hari ni hujan dah tak mahu turun. Panas terik je. Tu yang keluar sarang ni. lalalallalaa

Straight to the point, mummy Amani ni pregnant lagi untuk kesekian kalinya. huhuhu. Alhamdulillah dah masuk 12 minggu, kalau ikut kiraan period. Tapi ikut scan baru nak masuk 11 minggu. Scan hari tu dah nampak kaki tangan kecik tergodek2 sana sini. Syukur Alhamdulillah.

Pregnant kali ni memang diterima dengan hati yang tak berapa nak tenang. Almaklum baru sangat lagi keguguran sebelum raya hari tu. Tak sampai 3 bulan pun jaraknya. Jadi bila timbul 2 lines kat UPT, hati sedikit tidak keruan. Takut sangat tragedi kembali berulang. Dah menghadap 2 kali kehilangan, mahunya tak trauma. Tapi yakinkan diri, ini rezeki Allah taala yang kasi. Apa pun yang jadi, redha la. 

So bila tahu pregnant awal bulan 10 hari tu, memang diam je tak bagitahu siapa2. Bimbang bercampur cuak. Malu pun ada. Ye lah, tahun ni saja, 3 kali dah pregnant. Kau hadoo?? hahaha. Tu pun ada mulut yang bising cakap, wahhh aktifnya. Choii sangat mulut tu erkk. Ikutkan planning lepas gugur hari tu, tahun depan baru fikir pasal baby baru. Tapi dah Allah nak kasi awal, terima saja seadanya. Ada terbaca, bila hamil, maknanya memang badan kita memang dah sedia dan sembuh untuk kembali pregnant. Lagi pun, masa gugur yang lepas, dua2 tak perlu DnC. Jadi risiko tu agak kurang. Wallahualam.

Cuak punya pasal, sampai 3 kali dah scan sebab takut jadi macam yang lepas2 punya. Bab scan ni pun mendatangkan debar jugak. 2 kali scan tak nampak. Ada kantung je. Doktor kata maybe sebab awal lagi. Kali ketiga scan lagi minggu lepas, Alhamdulillah siap dapat dengar jantung, dapat tengok kaki tangan kepala baby. Berair2 mata mak tengok baby kat dalam. Walaupun still kecik lagi, fragile lagi, sekurang2nya lega hati. Baru tak ragu2 nak buka buku pink. 

Moga2 kali ni, berjalan lancar lah hendaknya. Panjang lagi perjalanan nak menuju due date. tak mahu terlalu berharap, tapi doakan2 moga ini rezeki kami. Baru nak masuk anak kedua, 4 kali dah pregnant.huhu.  Mummy pun excited kembali menggali ilmu pregnancy dan birthing. Tak sabar nak kembali memboyot!


Assalamualaikum, adekbaby!

Sunday, November 16, 2014

Manfaat OMEGA GUARD Shaklee.

Assalam..

Seperti yang dijanjikan, jom kita share mengenai manfaat dan kepentingan OMEGA GUARD Shaklee ni.

Antara manfaat yang boleh didapati daripada minyak ikan Omega Guard ini ialah:

Sangat bagus untuk perkembangan minda dan otak.
Khasiat DHA yang terkandung dalam Omega Guard dapat dinikmati oleh bayi sejak dalam kandungan lagi jika ibu-ibu mengambilnya sewaktu mengandung. Ia kemudian dapat diteruskan menerusi penyusuan susu ibu jika ibu menyusu mengambilnya. Apabila mencecah umur satu tahun, Omega Guard boleh dicampurkan ke dalam susu atau makanan kanak-kanak atau sekiranya dia pandai menguyah, dia boleh mengunyahnya.

Baik untuk perkembangan memori dan fokus
Omega Guard adalah supplement yang sangat sesuai untuk orang yang mudah lupa atau hilang fokus kerana ia membantu dalam meningkatkan daya ingatan kita.

Menyokong kesihatan kardiovaskular
Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan asid lemak yang penting dalam membantu memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat. Omega Guard membantu merendahkan paras trigliserida dalam badan lalu merendahkan risiko daripada terkena penyakit jantung ataupun stroke.

Mengawal paras kolestrol
Omega Guard juga bertindak untuk melawan kolestrol jahat (LDL). Ia akan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolestrol baik.

Mengurangkan sakit sendi. 
Salah satu manfaat Omega Guard ialah ia juga bersifat anti-radang. Banyak kajian menunjukkan supplemen minyak ikan (EPA+DHA) amat bermanfaat dalam mengurangkan kebas dan keradangan pada sendi dan seterusnya membantu dalam merawat rheumatoid arthritis.

Mengurangkan gejala asthma. 
Memandangkan Omega 3 amat baik untuk melawan radang, maka pengambilan minyak ikan Omega Guard dapat membantu mengurangkan gejala selsema, asthma ataupun radang paru-paru.

Menguraikan lemak
Omega Guard mencegah pengumpulan lemak pada badan dan seterusnya mengelakkan masalah obesiti.

Memelihara kesihatan kulit.
Omega Guard dapat membantu melicinkan kulit dan membantu memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis dan lain-lain

*SUMBER DI SINI

Tapi, siapa pula yang sesuai amalkan OMEGA GUARD ni?

Semua boleh amalkan, terutamanya IBU HAMIL, IBU MENYUSU, WARGA EMAS, YANG NAK TURUNKAN BERAT BADAN, YANG ADA MASALAH KESIHATAN JANTUNG, termasuk lah KANAK-KANAK.

Best tak? best tak? Promosi masih berlangsung ye. Beli 6 percuma 1, siap dapat free membership lagi! Eh, kalau beli 2 pun dapat 5% diskaun you.

Cepat2 hubungi saya. Konsultasi percuma disediakan tau!

Mieyza Roslan
SMS/WA : 019 998 9052
fb: mieyza roslan




Thursday, November 6, 2014

Promo Shaklee Nov 2014: OMEGA GUARD

Assalam..

Bulan ni promo Shaklee, OMEGAGUARD. Yeay! Saya suka! Saya Suka! Jom kita teroka kebaikan dan kepentingan omega guard ni ye.




Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.  Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh. Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik. Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee 

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair      sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies) 

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.  

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari      ketumpatan minyak hati ikan. 

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-     satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3      semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. 

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA. 

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal      berteknologi terkini 

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask      omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,      merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB. 

*sumber dari sini.

Bestkan OmegaGuard ni. Nanti kita share tentang kepentingan dan siapa yang patut ambil OMEGAGUARD ni ye.

Untuk pertanyaan dan consultation percuma, hubungi saya:

Facebook: Mieyza Roslan
SMS/WA : 019 998 9052


Saturday, October 11, 2014

Kisah Ramadhan, Syawal dan 3rd Pregnancy

Assalam..

Sesi meng-update kisah yang sudah diketegorikan sebagai BASI. Kihkih. Siapa suruh bertapa dalam gua lama sangat kan.

Seperti diceritakan sebelum ni, tahun ini berpuasa dengan badan berdua. Mengandung kali ke 3 untuk anak kedua. Kali ini punya pregnancy adalah sangat dirancang dan terancang. Tepat pada waktu dan memang boleh di agak. Eh, apa yang cuba di beritahu ni? kekeke. Pendek kata memang well planning lah. Ingat lagi, 2 hari sebelum majlis kahwin adik, ke Giant beli UPT sebab dah delay hampir seminggu. Nak balik, tiba2 rasa nak terkucil. Alang dah nak terkucil, moh le kita buat test terus. Dasar tak reti nak sabar. Tengah hari buta buat UPT. Ko rasa timbul terang benderang lah result nya? Nehiiii. Yillek. Satu line je wei. Dengan kecewa dan muka tak berapa nak seposen, simpan balik stick tu dalam kotak. Terus pulang ke rumah. Ehh, tiba2 dalam hiba, rasa nak tenung balik UPT. Sekali, muncul lah line yang di tunggu2. 2 Lines. Yeay!! Walau pun sedia maklum result tak valid after 5 minutes, tetap ku yakin POSITIVE! Giteewww cerita dia.

Bermula lah perjalanan hidup seorang ibu bakal beranak 2 ni. Seminggu lepas tu, sakit tak boleh bangun. Yang ni dah cerita dulu. Lepas tu, masuk Ramadhan pulak. Puasa penuh ke? Nehiii Yillekk. Puasa selang sehari okeh. Macam yang sebelum2 ni, tak ada muntah, tak ada alahan teruk. Cuma mabuk2 laut gitu. Pening memanjang. Melepek aje tidurnya. 2 minggu kot puasa selang sehari. Masak lah nak puasa ganti nanti. kikiki. Pregnancy paling sihat lah kali ini. Langsung tak bleeding. Paling banyak bed rest.

After 2 weeks melalui hari2 yang pening2 mabuk itu, tiba2 ku gagah perkasa. Berjaya puasa penuh pada minggu 3 dan 4 ramadhan. Hilang segala mabuk pening. Terdetik di hati, eh masa miscarriage yang ke dua hari tu pun macam ni juga, Dah la waktu pun hampir sama, 11 minggu. Tak sedap hati. Dah fikir bukan2. 

4 hari sebelum raya, rasa nak pergi scan kat klinik. Kononnya lepas raya nak buat buku. Emak temankan sebab suami kerja. Sekali scan, KANTUNG KOSONG. Tiada baby, tiada heartbeat. Kosong sekosong kosongnya. Hanya ada kantung. Terpinga2 sekejap. Terdiam. Tapi masa tu dengan mak, cool lagi. Doktor kata maybe kecik lagi, tak nampak. Eh, 11 minggu dah kot. Tengahari suami pulang, tak tahan. Terus lah menangis teresak2 di bahu suami. Dah dapat rasa, memang bukan rezeki lagi.

Google pasal kantung kehamilan kosong ni, eh rupanya ramai yang senasib. Malas nak  terang, google sendiri ek. kiki. Alhamdulillah, lepas sejam dua mampu menenangkan diri. Mampu terima hakikat, Mampu kembali bergelak ketawa. Semua ini pinjaman. Dah tertulis bukan rezeki, apa yang nak dipersoalkan. Mungkin ini bukan yang terbaik. Keesokkan hari, terus bleeding. Hairan sungguh, selama ini langsung tak pernah bleeding, elok2 je dapat tahu, terus haaa berdarah2.

Yakin lambat lagi keluar, esoknya, siap ke Besut rumah makcik sebab nak kutip durian. hahaha. Masa ni dah bleeding sikit2. Bangun pagi Jumaat tu, di kala orang duk sibuk kutip durian, turun darah dengan agak banyak. Terus siap2 cepat pulang ke Kuala Terengganu. Dari besut, terus ke Hospital besar K. Trg dengan durian penuh se bonet. kahkahkah. Sebab tak tahan sakit dengan bleeding yang mencurah2 bak air terjun.

Sampai hospital, sesi korek mengkorek pulak dengan muncung mulut itik tu. Kali ni sakit sebab doktor agak kasar. Nasib baik ko tak makan penyepak aku wahai doktor. Sila berlembut sikit ye lain kali. Alhamdulillah, kali ni pun tak perlu DnC. Sebab dah keluar habis. Sempat lah bermalam 1 malam di wad. 



Syukur lah tak beraya di wad kan. hehehehe. Persiapan raya? Kosong. Tak sempat buat apa2 pun, sebab konon nak shopping last minit. Padan muka. Raya dalam pantang kita tahun ni. ehh berpantang keww? kihkih. Kesimpulannya, raya tetap raya, tapi pakai baju lama. Bolehh la. 

muka orang tengah pantang tu. gegegegege

Yang menariknya, Allah ambil balik pinjaman Dia genap 6 bulan lepas Dia ambil yang kedua tu. 25 Jan-25 Julai. Usia kehamilan pun sama, 11 minggu 5 hari. Dan pada waktu sepatutnya due date 2nd pregnancy itu, adalah waktu saya hilang yang 3rd pregnancy. Hebat percaturan Allah. Sebagai hambaNya, saya yakin dan redha, ada hikmah tersembunyi. 

Senyummmm

Begitu lah cerita rangkuman 3 serangkai. Kesimpulannya, tiada rezeki lagi nak bergelar mummy ber-anak dua. Panjang dan lebar ni. Ni pun banyak short cut dah. kan cerita habis, 3 hari baru siap. kohhh kohh kohhh. Macamlah ada yang nak baca kan. 

ok. bai.
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati