tekan jangan tak tekan!

Thursday, February 25, 2010

ANGER MANAGEMENT!!!

(saya tidak pasti jika title entri kali ini sesuai atau tidak. tapi memandangkan ini blog saya, maka suka hati saya lah nak bagi title apa..ngehngehngeh.)

Bercakap tentang keMARAHan, saya mungkin antara manusia yang paling sesuai di bawa ketengah untuk mengutara kan sebarang bentuk olahan yang berkaitan dengan marah. Sebagai seorang yang secara genetiknya membawa gen-gen kebekengan, yang saya warisi daripada keluarga sebelah ayah saya, erkk..
i never blamed them on this..:), saya tersangat lah boleh dikatogerikan sebagai Panas Baran. Garang. Bekeng. dan perkataan yang seerti dengannya. Cari sendiri, saya tiada idea. haha:D.

saya sendiri tidak dan kurang mengerti kenapa saya begitu mudah sentap. cepat mendidih darah. Dan sedari kecil lagi saya sudah menunjukkan sifat mudah marah, dan semakin ketara mengikut perkembangan usia, kaki, tangan dan sewaktu dengannya lah. Namun marah saya mungkin bertempat kot. Cepat marah, namun cepat sejuknya. Tidak lah tahap kronik sampai muka macam cuka 24 jam, yang kasi penumbuk siapa berani kacau barang saya..Cuma saya jenis yang tidak pandai berhipokrit. Segala yang membuat hati saya tidak berada pada kondisi normal, mudah saja saya zahirkan pada wajah. Mudah saja manusia disekitar saya mengesan sebarang perubahan yang berlaku pada saya. Saya bukan lah jenis yang mampu tersenyum-simpul-sambil-hati-menyumpah. Bila mana saya dalam keadaan marah, jangan harap lah saya akan tersenyum. Malah kadang kala, mulut ini lebih laju daripada akal, lantas seringkali terkeluar perkataan yang tidak sewajarnya disebut. Tapi seiring peningkatan usia yang semakin MUDA, saya sudah berjaya mengawal sedikit sebanyak panas baran itu. Kebanyakan teman yang mengenali saya dewasa ini mungkin melihat saya sebagai seorang yang ceria dan dan happy sentiasa. Sedangkan pada sudut yang lain, saya seorang yang sangat PEMARAH a.k.a BEKENG. Tanya lah keluarga saya. Tanya la Mohd Fauzi. mereka-mereka ini sangat arif pada tahap manakah saya mampu bertindakbalas pada sesuatu yang bikin hati saya panas berasap.

Dan akhir-akhir ini, saya seperti tidak mampu lagi mengawal kemarahan saya. sekecil-kecil perkara pun mampu membuat darah saya menyirap ke muka. Entah mengapa macam tiada ketenangan jiwa. Semua yang dibuat seperti ada yang tak kena. Dan pastinya ia tidak memberi kesan yang baik untuk kehidupan saya. Kerana ada insan yang terkena tempias sikap gila saya. ada insan yang menjadi mangsa percikan api kemarahan saya. Kesian. Ye, insan malang tersebut adalah mohd fauzi. Cinta Hati saya yang sungguh penyabar. haha:D..si penyabar itu sering menjadi tempat saya melepaskan haba hati yang panas. tiba-tiba saya merasakan semua yang dilakukannya tidak kena pada mata saya. dan setiap kali itu juga dia bertanya, teruk sangatkah salah dia sampai saya marah macam gajah naik minyak?..Entah. tiada jawapan. Buntu pun ya.

Banyak perkara yang berlaku pada kebelakangan ini seolah-olah mengaktifkan sisi gelap saya. yang cuba saya sembunyikan. owhh..sembunyikan mungkin tak sesuai digunakan. yang cuba saya minimakan keterserlahannya.Tekanan yang saya hadapi membuat saya seperti hilang pertimbangan. marah tak tentu pasal. haha. Saya ni asyik tertekan saja kan. Lembik sungguh. Terlalu sukar rupanya bagi seorang yang baran seperti saya cuba berubah menjadi 'cool'. terlalu payah rupanya untuk menahan marah dari meletus.


saya cuba memujuk hati. ini dugaan kecil buat saya. hidupkan penuh dugaan dan cabaran. Anggap saja semua yang dilalui sebagai pengalaman berharga. Mungkin juga ini isyarat dari Allah S.W.T, yang mahu saya lebih mengingati-Nya. Sebagai hambaNya yang hina, saya kadang-kadang lupa bersyukur dengan segala rahmat yang telah diberi. Sedar atau pun tidak, mungkin terlalu banyak dosa dah dikumpulkan. Ibadat pun cuma sekadar memenuhi tuntutan yang wajib. tiada ruang lagi untuk tuntutan sunat. Alasan kesibukan kerja yang sangat klise. Saya mengaji setiap hari, namun sering kali cuba menghabiskan bacaan dengan cepat. Malah terkadang seperti terpaksa membaca Al-Quran, sebagai memenuhi rutin sehari. Jadi, saya sangat bersyukur kepada Allah S.W.T, kerana masih menyayangi saya. Masih memberi ruang kepada saya untuk sedar dari mimpi. Sesungguhnya Allah S.W.T tidak pernah melupakan hambanya, tapi hambanya sering kali melupakan-Nya. Jika semua dugaan ini dapat membasuh semua dosa yang saya lakukan setiap hari, dalam sedar atau tidak, saya rela dan redha diuji seperti ini.

aku mahu sentiasa dalam rahmat-Mu ya Allah..Janganlah Kau memalingkan aku dari rahmat-Mu. Hilangkan lah gundah dan ringankan lah bebanan ku..Lapangkan lah dada ku..Jadikan lah aku hambamu yang sentiasa bersyukur dan sentiasa di jalan Mu.. Aku redha dengan semua ketentuan Mu ya Allah...

SALAM MAULIDUR RASUL..CINTAILAH RASULULLAH S.A.W

Friday, February 19, 2010

bila keMALASan mula melanda

Entah kenapa, semenjak dua menjak ni, saya diserang penyakit malas. Ye. Sungguh malas. Serious malas. Bapak segala Malas. Graph of motivation menurun dengan merundum. and it's continously dropped. Tiba-tiba tiada motivasi untuk bekerja, untuk bersuka ria, untuk berkasih -sayang. kerja melambak hanya di pandang sepi. rasa mahu lari saja seketika dari semua ini. tiba-tiba sangat merindui zaman penanam anggur, zaman makan-tidur-tengok tv, zaman berh00haa-hoohaa dengan teman-teman sengal saya. owhh..kenapakah? mungkin saya ada masalah hormon tak stabil?? ada kaitan kah dengan ini cerita?? atau mungkin saya mengalami pre-monopouse syndrome??owhhh. pasti tidak. untuk makluman, saya baru..ehemm, 25 tahun. masih muda. masih ehemm jelita. dan ehemm lagi..masih bergetah..auwww!

Jadi apakah kenapakah mengapakah saya jadi sungguh malas ni? saya malas nak tanda coursework yang menggunung tu..saya malas nak mengajar. saya malas nak mengemas. saya malas nak masak. saya malas buat air. tapi sungguh lah bernasib baik saya tidak malas untuk makan..kalu tidak, pasti saja lemak-lemak yang sudah lama saya 'bela' ini akan terhurai menjadi tenaga, terbakar dan remove out from the body..owhhh..nanti jadi kurus...owhh..pasti saya tidak sejelita hari ini..owhh pasti saya tidak disayangi seperti hari ini lagi...owhhh..*berenti merepek boleh??*

hahaha:D

mungkin my recent life membuatkan saya dalam aura negatif seperti ini. mungkin. beberapa siri kerja tanpa henti membuatkan saya sangat craving for cuti...kekacauan jiwa yang saya alami turut menyumbang ye..masa yang tak berapa nak lapang tu sempat saya selitkan dengan adegan melalak sorang-sorang sampai bengkak mata..tiba-tiba jadi sempit dunia ni, sesak je rasa nak bernafas. asap tebal menyelubungi..owhh..bukan-bukan..tu asap ubat nyamuk yang mak saya pasang tadi..tiada kaitan dengan ini entri..maaf!..haha:D..saya sudah gila! sangat lah heaven cuti yang seciput itu. dan ini jumaat pertama saya menikmati hari tak bekerja nan indah ini. waktu yang sesuai untuk memanjakan diri sendiri. haha:D..terperasan tengah berendam susu dalam spa nan menawan..:)..serious. saya sangat mendambakan cuti-duduk rumah-tengok tv-makan2..owhh..seronok..seronok..seronok..!!

saya perlukan motivasi untuk bergerak ke depan..saya perlu menaikkan semangat sendiri..ye. saya perlu menonton lebih banyak aksi sukan untuk menaikkan motivasi..erkk..perlu ke??.. saya perlu kan semangat untuk bekerja..ni baru bulan kedua tahun 2010..banyak lagi perkara yang perlu saya tempuhi lepas ni..sila ingat ye mieyza, banyak lagi cabaran wal dugaannya. sila tingkatkan semangat kamu..sudah menjadi wanita, be matured..*hey ladies..*bersedia atau tidak, kena juga hadapi..berpura-pura lah tabah..hahaha:D..jangan pandang belakang lagi.

chayyok mieyza!!! You can do it!!!

Monday, February 15, 2010

Pelamin Angan Ku.......

Semalam saya bercuti lagi. hari ini pun. sangat berterima kasih dengan CNY. walaupun cuti ini cuma secebis dan memang tak mampu memuaskan hati saya, saya tetap bersyukur..:) dan saya menerima hakikat esok saya perlu menghadap timbunan kerja di pejabat..owhh..

Semalam juga saya dengan mohd fauzi pergi ke Festival Pengantin *erkk..tak sure betul atau tidak, yang penting something like that..* di TTC..teruja sungguh si dia mengajak saya ke situ, lebih-lebih lagi semalam merupakan hari terakhir pameran tersebut..dari pagi lagi texted me ajak pergi ke situ after dia balik kerja..and i said ok..entah mengapa saya tidak terasa sangat mahu berkunjung mengunjung ke tempat-tempat macam tu pada waktu-waktu cuti ni. pasti lah sesak dan sendat dengan manusia..nama pun cuti. huuuhhh...tapi dah dia bersungguh sangat, pergi je lah..i love to make him happy..ikut saja kehendak dia, bukan susah pun..

then after dah sampai tu, lain lah pulak cerita..saya pulak yang excited terlebih..hohoho..harus lah saya excited terlonjak macam kura-kura..ehh..macam kera tengok pelamin-pelamin indah dipamer sana -sini..owhhh..sangat santeekk okey..santekk yang overdose..terpesona.terpegun.. haha:D..serius cantik..tu belum tengok lagi koleksi gambar pengantin kat setiap booth tu..superb!! outdoor photoshoot yang sangat menawan..owhh..saya tergoda!! tiba-tiba hati melonjak mahu kahwin sekarang..hahaha...saya singgah kat setiap booth ambil pamplete dan brochure sebagai persediaan..mahu kahwin cepatkan..hahahha *saya ketawakan diri sendiri*.. dalam-dalam saya terlompat kera tuh, en. mohd saya cool saja..tak beri komen apa-apa pun.. dia cuma sibuk snapping gambar-gambar pelamin santeek tak hengat je..masa saya sibuk tanya itu ini kat booth-booth kat situ, pun dia tak menyampuk apa..dia cuma mengangguk-angguk..huuh.. lantak lah, saya berkata dalam hati. tak mahu kongsi saya punya excited, sudehh...

contoh sahaja

But something that really kasi sentap me happened last nite, when we do our routine kiss-good-nite-chat before soundly sleep..He suddenly talked about how beauty the pelamins, how wonderful the wedding photos and talked about our future...owhh..tadi bukan main kau ignore, sekarang baru mahu ulas ye..haha:D...sibuk dia mengira berapa yang patut di bayar untuk pelamin dan photoshoot..sibuk dia mengira berapa ribu riban lagi harus disimpan untuk merealitikan semua harapan...

en. mohd:
ibu, lawa kan pelamin dengan gambar kahwin tadi. abah ingat nak ambil yang kita mula-mula tengok tu.

saya:
memang lah lawa, tapi mahal sangat. lepas tu jauh, kat Pahang dia punya syarikat tu.

en. mohd:
tak apa lah, kita simpan duit lebih lagi lah. abah simpan duit untuk kahwin dan masa depan kita.

saya:
ibu kan simpan juga duit, nanti kita share lah mana-mana yang patut.

en. mohd:
abah ingat tak nak beli lagi kereta, nak simpan beli rumah dulu. rumah lagi penting

saya:
................

en. mohd:
Ermm..kalu tak pun, nanti abah buat pinjaman kereta, ibu buat pinjaman untuk rumah. gaji ibu lebih pada abah kan. takut bank tak lulus kalau abah buat loan rumah.

saya:
...............

en. mohd:
abah rasa tak sempat nak kejar kalau abah kena bayar loan rumah. nanti nak bagi nafkah untuk ibu lagi, untuk anak-anak lagi. kalau pinjaman kereta tak banyak sangat.

saya:
...................

en. mohd:
ibu..dengar tak??

that was the conversation last nite..i am speechless..i just listened to him..jauh di sudut hati, saya sangat tersentuh. .bukan sebab di minta untuk membuat loan rumah, bukan sebab itu..tapi sebak rasa melihat si dia memikirkan sesuatu untuk masa depan kami..bukan tak pernah kami merancang perkara sebegini..sudah acap kali..tapi banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini yang membuatkan saya melihat masa depan kami dari sudut yang berbeza..saya melihat masa depan yang kian kabur..makin jauh walaupun kami berusaha keras untuk mengejar semua itu..dan ini sangat melukakan saya bila memikirkan kelamnya masa depan kami bukan lah disebabkan kami sendiri, tapi atas sebab orang lain yang tak ingin lihat kami bersama..sungguh saya tidak lagi berharap apa-apa. saya dalam keadaan 'bersedia menerima segalanya'..saya cuba untuk 'melonggarkan' ikatan kami, walau si dia tetap kuat menggenggam...

Mungkin saya ni terlalu lemah semangat. Cengeng tak bertempat. Terlalu mudah nak menyerah kalah. tak tahan dengan ujian. mungkin. sebab sepanjang hidup, saya selalu diberikan Allah jalan yang mudah. mudah untuk mendapatkan sesuatu, tak pernah rasa hidup susah. walaupun tidak mewah tapi cukup segala. selalu dapat apa yang di ingin..sekarang baru tau tinggi rendah langit..baru di uji sikit dah gelabah..*nah!!ambik kau..rasakan!*..berbeza sungguh dengan en. mohd..sungguh bermotivasi.sungguh bersemangat..ada tokoh jadi penceramah motibasi..haha:D..selalu bagi saya semangat. tak pernah sekali dia cuba melepaskan apa yang kami sudah bina, malah makin kuat dia pegang. Cuma kadang-kadang saya rasa dia terlalu yakin yang kami boleh melalui segalanya, sedangkan dalam hatinya saya tahu dia tidak sekuat apa yang saya lihat..Dia mahu kelihatan kuat di depan saya kerana saya sering menjatuhkan semangat dia..pernah beberapa kali air mata lelakinya jatuh disebabkan saya..di kala itu haruslah saya mengakui betapa teruk dan buruknya saya, melayan lelaki sebaik itu dengan sebegitu rupa..*jahat sungguh kamu mieyza!!*..saya sering bertanya, kenapa saya dipertemukan dengan dia..sama ada hubungan kami ini sekadar pertemuan semata atau pun lebih dari itu, saya tak mampu untuk menjawap..

Biarlah..apa pun yang terjadi selepas ini, saya berdoa agar saya cukup kuat untuk menerimanya..begitu juga yang saya harapkan dari si dia..andainya sudah tertulis hubungan kami sekadar pertemuan, saya redha..dan andai memang Allah sudah merencanakan dia lah yang memayungi saya hingga ke syurga, biarlah tiada yang terluka dengan kebahagiaan kami..

Pelamin angan saya dah musnah ke???owhhh..tidakkk!!

Saturday, February 13, 2010

MY LONGGG JOURNEY WITHIN 2 DAYS..

hari ini hari sabtu..ok..hari sabtu..erkk, so??kenapa dengan hari sabtu???owhh..saya cuti hari ni..owh..saya cuti...sungguh tak percaya...owhh,saya cuti di hari sabtu..owh...*woii!!sudah la tu..* ok-ok..terima lah hakikat ini..saya bercuti dihari sabtu....wahhh seronok!! *SUDAH!!*
hahahahah...
maaf saya ter-excited mengenangkan saya sedang bercuti di hari sabtu..seronok weyhh..huhuhu.. Haruslah saya begitu menghargai cuti hari ini sebab sudah lama saya tidak menikmati saat-saat indah ini..*ayat yang tak boleh blah*..tapi tak ada la best sangat cuti ni rupanya..sangat lah boring..dah la saya gagal melunaskan hasrat untuk bangun pukul 12 tengahari..saya hanya mampu beradu sampai 8.30 pagi sahaja, lepas tu terus mata ni segar bugar terang benderang tak mahu tidur...mata ini sungguh tak understanding..hukhukhuk...
selepas 4 minggu ber-CTS, minggu ni saya ber-travel menjelajah sebahagian semenanjung Malaysia membuat aktiviti berjalan-jalan disamping melawat pelajar di Hospital..*kahkahkah..ziana yang kata,bukan saya..* Harapnya ni minggu terakhir di bulan Februari saya ditugaskan "berjalan-jalan" ni..final dah dekat, kesian students saya nak ulangkaji...okeh, ke mana saya dah berjalan-jalan ni..? Bermula di depan rumah saya pada pukul 6.15 pagi, kak yana datang angkut saya, lepas tu ziana dan kak chik..subuh-subuh lagi kami meredah kegelapan menuju ke Hospital Tanah Merah..lepas tu terus ke Hospital..ermmm..lupa lah pulak...apa ye..tak apa..lupakan..lepas tu kami terus ke Ipoh....On the way ke Ipoh, kami singgah ke Cameron Highland..tersangat lah excited si Mieyza yang jakun ni..haha..umur sudah tua, tapi baru jejak kaki ke Tanah Tinggi Cameron..tapi excited saya tu hanya lah sementara..jalan nak ke atas itu rupanya telah berjaya membuat saya pening-hanyut-mahu muntah...berpusing-pusing..dengan keadaan bandarnya yang tidak lah seperti yang saya bayangkan...saya yang jakun ini membayangkan tumbuhan yang menghijau sepanjang jalan di penuhi bunga-bungaan yang berkembang mekar di kiri dan kanan..haha:D..rupanya penuh sesak dengan manusia berbagai bangsa,kenderaan kiri kanan dan pemandangan tak de lah indah..cuma cuaca je agak nyaman,sejuk...yang best gerai-gerai yang jual macam-macam benda..sangat lah terliur-meleleh-saliva bila tengok bunga-bunga segar yang sangat lah cantik..macam-macam color..tapi sayang nak beli sebab nnti hanya mampu menyaksikan kelayuannya saje..kihkihkih.. tu belum tengok lagi sayur-sayur yang segar bugar besar gedabak..strawberi merah ranum sungguh menggoda..tapi saya tak shopping pun..kalau terus balik terengganu mungkinlah saya sakan menghabiskan duit..tapi memandangkan lepas ni mahu ke Ipoh, terus saja saya batalkan niat..takut sayur dan strawberi buruk 2 hari dalam kereta..saya cuma beli teh dan cenderamata untuk mentee saja..diaorang-diaorang yang sakan bershopping sampai berat kereta..hehehhehehe...owhh..satu lagi..ni saya tak boleh lupa..ice-cream strawberi style kampung punye...dah la murah, RM 1 je sebatang..rasanya tersangat lah heaven..full of strawberi taste..masam manis..sedap!!
i
okey, cukup dengan ice-cream..air liur saya sudah menitis di key-board..srupppp...maaf...okey, lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Ipoh..huh..kena pusing-pusing lagi ni....adui...kepala saya sudah super pening..saya pejam mata je sepanjang jalan, kalu celik comfirm muntah ni..sedar-sedar dah sampai ipoh..cari-cari hotel, pastu check-in..lega...Alhamdulillah selamat sampai...pagi esoknya kami terus ke Hospital Ipoh dan ke Slim River...lepas tu terus ke KL, berhenti makan-sembahyang-lepak, ambil adik Kak Yana di UPM..then, time to back home!! tup-tup sampai depan rumah...hahaha...semua cerita telah diedit agar tidak membuang masa..penat dowh menaip ni..cukup lah dengan summary ni...yang pasti, perjalanan kami ini sangatlah memenatkan..sampaikan bontot saya sudah mengikut bentuk kusyen kereta kak yana...kahkahkah okey...saya mahu tidur...owhh..esok saya cuti lagi..sampai isnin...bahagianya.....selamat tahun baru Cina untuk sesiapa yang merasakan mereka berbangsa Cina..adios...


Tuesday, February 9, 2010

Mieyza yang Perasan BUSY..

muka susah hati kena gi CTS

saya perasan busy???ehh..saya betul-betul busy ye..bukan main-main punya busy..busy yang sungguh-sungguh..*hey..apa kamu merepek ni setan*..ok-ok, kamu memang busy mieyza..
ini cerita sudah basi..jangan buang masa baca..saya mahu cerita betapa saya berperasaan begitu dihambat waktu..lagaknya lari tak cukup tanah sambil mengangkat kain separas lutut tanpa memandang kiri kanan..ok, saya terhiperbola..abaikan..di mana bermulanya hari perasan saya ni??ye..pada 15 januari 2010..saya dan beberapa belas rakan sekerja yang kurang ilmu didada dalam hal ajar-mengajar ni telah dipaksa rela untuk menjalani CTS (CERTIFICATE IN TEACHING SKILLS)..maklum lah,tutor baru..apa kamu tahu..datang kolej huha huha mengajar..cukup bulan tersengih-sengih dapat gaji..banyak santikk punye muka..fail ada reti buat??..erkkk..jadi bermula tarikh itu, kami segerombolan ni berduyun-duyun lah menjadi musafir di bumi Kota Bharu, Kelantan dengan niat ikhlas menuntut ilmu agar dapat menurunkan ilmu yang benar dan tepat kepada pelajar-pelajar kami yang naif dan baik itu.. inilah bahagian paling sengal tak hengat..tiap-tiap minggu selama 4 minggu kena pergi KB...diulangi..tiap-tiap minggu...masa mula-mula diberitahu arahan kurang munasabah ni, saya sentap jugak...sempat lah saya memaki hamun bersumpah seranah dalam hati sambil berkata "hoi!!agak-agak lah..dah la kerja sebulan tak ada cuti, pastu kena travel sampai KB..ingat sejengkal je ke KB tu"..ehem..semua tu bergema kuat dalam hati ye..tak terluah di bibir comel saya..kihkihkih..makanya, setiap subuh hari jumaat atau pun khamis, bertolaklah kami dengan jayanya ke KB..ermm..tak lah seburuk yang disangka kursus ini..best la jugak..ialah, bermusafir bersama-sama member yang sama-sama gediks dan sekepala..lepas tu, yang paling penting pasti lah acara makan-makan dan shopping..owhh..saya sangat merindui aktiviti stimboat di ChimChum dan shopping-sampai-sesat di Wakaf Che Yeh..yang best jugak tempat penginapan..apartmen yang sangat selesa..jadi kesimpulannya, seronok lah juga..hehhehehe..

saya sedang berlagak berstimboat di ChimChum

dan sebab nak tunjuk perasaan sebab kerja sebulan tak cuti, saya pun dengan bangga bercuti pada ahad lepas..konon-konon mahu berehat..kerja banyak tak hengat pun boleh buat-buat tak nampak..kebetulan pula kawan saya yang sudah lama tak jumpa ada di terengganu..owh..*akhirnya balik kampung juga kamu...*..jadi ambil peluang ni berdating melepas rindu dendam..opss, saya terhiperbola lagi..kawan saya itu perempuan juga ye..kihkihkih..lepas berjalan-jalan, bermesra-mesra snap gambar sana-sini, berpizza-pizza makan sampai muntah,masing-masing pulang ke rumah, selepas berpeluk mesra berjanji setia menghitung hari bila lagi mahu berdating..
teman terlebih mesra

lepas tu saya sambung aktiviti dating saya dengan encik Mohd..owh..dia juga merindui saya selepas di abaikan begitu lama..hikhikhik...ye..walaupun dia pencetus kegerhanaan-jiwa-sengsara-merana saya, seperti diceritakan pada entri lepas, dia tetap menjadi salah satu keutamaan saya..ermm..no more sedih-sedih story mieyza...saya mahu happy untuk entri ini, please...

ok...saya menghabis kan petang saya bercumbu-rayu-asmaradana-suap menyuap dengan encik mohd..ok-ok..saya tipu..hanya rekaan semata-mata untuk memanjangkan entri kali ini..adik-adik dibawah umur dilarang meniru aksi tersebut, haram di sisi Islam bagi yang belum sah diijab kabul..

adegan sebenar...
kami cuma makan-makan, berbual panjang diselangi beberapa siri pergaduhan manja, diikuti pergaduhan kasar beserta tumbuk-menumbuk sampai patah tulang hidung..*ok..tipu lagi*, dan akhirnya kembali bermaafan tunduk cium tangan penuh mesra macam isteri solehah hantar suami kat depan pintu nak pergi kerja pagi-pagi *tak habis-habis merepek lagi setan*..kesimpulannya, saya langsung tak berehat ye walaupun saya sedang bercuti..penat teramat, tapi gumbira pun teramat..ringan kepala disertai sengih sampai teling...huhuhuhu..

owh..minggu ni saya travel lagi..hukhukhuk..kali ini lebih jauh..ke kelantan
again dan Perak..Visit budak-budak tengah praktikal kat Hospital..jadi, ini minggu ke-5 saya korbankan hari minggu saya..sungguh sedih..saya berazam mahu bercuti dengan bersungguh-sungguh selepas semua ini berakhir..kawan-kawan, doakan saya dapat cuti yang bersungguh-sungguh ini..

SAYA MAHU CUTI!!!!

Monday, February 1, 2010

TEKANAN TAHAP TINGGI

cam best je title...

okey..Pengakuan telus dari dalam hati..from the bottom of my broken heart...saya memang benar-benar dalam keadaan sangat tertekan-berduka lara-hati hancur berderai what so ever...serius....sungguh tertekan...keliru pun mungkin...saya keliru dengan apa yang sedang saya lalui...saya tidak berpijak di bumi yang nyata...saya di uji dengan ujian yang cukup besar..cukup besar sampaikan saya di tahap sudah berhenti berdoa...saya cuma mahu berserah dan terima segalanya...

Dari awal saya sudah berniat untuk melakukan itu kerana ALLAH...jadi haruslah saya menerima ketentuan ini dengan hati yang redha...sejahat mana pun saya, saya tetap percaya dan berserah pada ketentuan ALLAH Taala..saya sudah berdoa..saya sudah berusaha..jadi bila masih lagi tiada jalan yang terbuka untuk saya lalui, haruslah saya menganggap ujian itu sebagai petunjuk yang saya harus berhenti berusaha untuk perkara yang sia-sia itu...petunjuk yang saya harus terima bahawa perjalanan saya ke arah itu sudah tamat..saya sudah patut berhenti dari berharap jalan itu masih ada...saya harus meletakkan titik nokhtah yang besar..supaya semua mengerti saya sudah menyerah kalah....

ye..saya menyerah kalah..sila lah bergembira wahai pihak yang berkenaan..memang saya sudah menyerah kalah..saya tidak kuat untuk bertahan lagi...saya terlalu lemah untuk bertahan dengan tentangan kamu...saya tidak tegar untuk membina kebahagian atas kebencian kamu..saya tidak tegar hidup dalam umpat-keji kamu..hina lah saya..maki lah saya..benci lah saya..saya terima sepenuh hati..saya manusia biasa yang diciptakan ALLAH dengan sempurna namun penuh kekurangan..dengan penuh kekhilafan..saya gagal mencari kesempurnaan diri saya..saya sering buat silap..malah mungkin keburukan saya lebih jelas terlihat berbanding kebaikan saya...jadi saya seikhlas hati menerima cemuhan dan kebencian kamu terhadap saya....saya tidak mampu untuk mempertahan kan diri..saya tidak mampu untuk menghalang kamu membenci saya... teruskan usaha kamu memcemuh, menghina dan membenci saya...saya memaafkan setiap dosa kamu dengan saya walaupun sampai ke saat ini, saya tidak pernah mengerti kenapa kamu tegar membenci saya sedangkan kamu tidak pernah bercakap sepatah pun dengan saya...saya juga mohon kemaafan atas segala dosa saya walaupun sekecil zarah...sila lah kita bermaafan walaupun belum tiba hari raya..kerana saya tahu kamu bencikan saya dan tentulah kamu tidak ingin mencari saya di padang mahsyar bila tiba masanya nanti...saya tidak mahu menjadi penyebab terpospond-nya kamu menjejakkan kaki ke SYurga Allah...

saya ingin sekali mengakhiri kesengsaraan ini..serius..saya sangat sengsara sekarang..terima kasih atas usaha keras kamu mengsengsarakan hidup saya..saya dah belajar untuk jadi lebih kuat sekarang..saya mohon bantulah saya mengakhiri semua ini...saya berserah sepenuhnya kepada ALLAH Taala..saya redha seredha redhanya..jika ini yang Allah rencanakan untuk saya, Alhamdulillah.. saya terima..saya tidak menganggap kemusnahan rancangan saya ini sebagai berakhirnya hidup saya.. saya percaya Allah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk saya mahu pun dia..

semoga tekanan ini akhirnya membawa kebaikan untuk saya kerana saya tetap berpegang pada janji Allah..setiap yang berlaku akan ada hikmahnya...saya akan tetap setia menanti hikmah itu...dan saya berjanji akan mengembalikan kegembiraan kamu semua wahai MIEYZA'S HATER FUN CLUB...saya berkorban untuk kepentingan hati-hati kamu..saya akan lepaskan dia untuk puaskan hati-hati kamu semua..wish me luck..doakan kejayaan saya...semoga kita tiada urusan lagi di dunia dan akhirat..
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati