saya perasan busy???ehh..saya betul-betul busy ye..bukan main-main punya busy..busy yang sungguh-sungguh..*hey..apa kamu merepek ni setan*..ok-ok, kamu memang busy mieyza..
ini cerita sudah basi..jangan buang masa baca..saya mahu cerita betapa saya berperasaan begitu dihambat waktu..lagaknya lari tak cukup tanah sambil mengangkat kain separas lutut tanpa memandang kiri kanan..ok, saya terhiperbola..abaikan..di mana bermulanya hari perasan saya ni??ye..pada 15 januari 2010..saya dan beberapa belas rakan sekerja yang kurang ilmu didada dalam hal ajar-mengajar ni telah dipaksa rela untuk menjalani CTS (CERTIFICATE IN TEACHING SKILLS)..maklum lah,tutor baru..apa kamu tahu..datang kolej huha huha mengajar..cukup bulan tersengih-sengih dapat gaji..banyak santikk punye muka..fail ada reti buat??..erkkk..jadi bermula tarikh itu, kami segerombolan ni berduyun-duyun lah menjadi musafir di bumi Kota Bharu, Kelantan dengan niat ikhlas menuntut ilmu agar dapat menurunkan ilmu yang benar dan tepat kepada pelajar-pelajar kami yang naif dan baik itu.. inilah bahagian paling sengal tak hengat..tiap-tiap minggu selama 4 minggu kena pergi KB...diulangi..tiap-tiap minggu...masa mula-mula diberitahu arahan kurang munasabah ni, saya sentap jugak...sempat lah saya memaki hamun bersumpah seranah dalam hati sambil berkata "hoi!!agak-agak lah..dah la kerja sebulan tak ada cuti, pastu kena travel sampai KB..ingat sejengkal je ke KB tu"..ehem..semua tu bergema kuat dalam hati ye..tak terluah di bibir comel saya..kihkihkih..makanya, setiap subuh hari jumaat atau pun khamis, bertolaklah kami dengan jayanya ke KB..ermm..tak lah seburuk yang disangka kursus ini..best la jugak..ialah, bermusafir bersama-sama member yang sama-sama gediks dan sekepala..lepas tu, yang paling penting pasti lah acara makan-makan dan shopping..owhh..saya sangat merindui aktiviti stimboat di ChimChum dan shopping-sampai-sesat di Wakaf Che Yeh..yang best jugak tempat penginapan..apartmen yang sangat selesa..jadi kesimpulannya, seronok lah juga..hehhehehe..
saya sedang berlagak berstimboat di ChimChum
saya sedang berlagak berstimboat di ChimChum
dan sebab nak tunjuk perasaan sebab kerja sebulan tak cuti, saya pun dengan bangga bercuti pada ahad lepas..konon-konon mahu berehat..kerja banyak tak hengat pun boleh buat-buat tak nampak..kebetulan pula kawan saya yang sudah lama tak jumpa ada di terengganu..owh..*akhirnya balik kampung juga kamu...*..jadi ambil peluang ni berdating melepas rindu dendam..opss, saya terhiperbola lagi..kawan saya itu perempuan juga ye..kihkihkih..lepas berjalan-jalan, bermesra-mesra snap gambar sana-sini, berpizza-pizza makan sampai muntah,masing-masing pulang ke rumah, selepas berpeluk mesra berjanji setia menghitung hari bila lagi mahu berdating..
teman terlebih mesra
lepas tu saya sambung aktiviti dating saya dengan encik Mohd..owh..dia juga merindui saya selepas di abaikan begitu lama..hikhikhik...ye..walaupun dia pencetus kegerhanaan-jiwa-sengsara-merana saya, seperti diceritakan pada entri lepas, dia tetap menjadi salah satu keutamaan saya..ermm..no more sedih-sedih story mieyza...saya mahu happy untuk entri ini, please...

ok...saya menghabis kan petang saya bercumbu-rayu-asmaradana-suap menyuap dengan encik mohd..ok-ok..saya tipu..hanya rekaan semata-mata untuk memanjangkan entri kali ini..adik-adik dibawah umur dilarang meniru aksi tersebut, haram di sisi Islam bagi yang belum sah diijab kabul..
adegan sebenar... kami cuma makan-makan, berbual panjang diselangi beberapa siri pergaduhan manja, diikuti pergaduhan kasar beserta tumbuk-menumbuk sampai patah tulang hidung..*ok..tipu lagi*, dan akhirnya kembali bermaafan tunduk cium tangan penuh mesra macam isteri solehah hantar suami kat depan pintu nak pergi kerja pagi-pagi *tak habis-habis merepek lagi setan*..kesimpulannya, saya langsung tak berehat ye walaupun saya sedang bercuti..penat teramat, tapi gumbira pun teramat..ringan kepala disertai sengih sampai teling...huhuhuhu..
owh..minggu ni saya travel lagi..hukhukhuk..kali ini lebih jauh..ke kelantan again dan Perak..Visit budak-budak tengah praktikal kat Hospital..jadi, ini minggu ke-5 saya korbankan hari minggu saya..sungguh sedih..saya berazam mahu bercuti dengan bersungguh-sungguh selepas semua ini berakhir..kawan-kawan, doakan saya dapat cuti yang bersungguh-sungguh ini..
SAYA MAHU CUTI!!!!

No comments:
Post a Comment