(saya tidak pasti jika title entri kali ini sesuai atau tidak. tapi memandangkan ini blog saya, maka suka hati saya lah nak bagi title apa..ngehngehngeh.)
Bercakap tentang keMARAHan, saya mungkin antara manusia yang paling sesuai di bawa ketengah untuk mengutara kan sebarang bentuk olahan yang berkaitan dengan marah. Sebagai seorang yang secara genetiknya membawa gen-gen kebekengan, yang saya warisi daripada keluarga sebelah ayah saya, erkk..i never blamed them on this..:), saya tersangat lah boleh dikatogerikan sebagai Panas Baran. Garang. Bekeng. dan perkataan yang seerti dengannya. Cari sendiri, saya tiada idea. haha:D.
saya sendiri tidak dan kurang mengerti kenapa saya begitu mudah sentap. cepat mendidih darah. Dan sedari kecil lagi saya sudah menunjukkan sifat mudah marah, dan semakin ketara mengikut perkembangan usia, kaki, tangan dan sewaktu dengannya lah. Namun marah saya mungkin bertempat kot. Cepat marah, namun cepat sejuknya. Tidak lah tahap kronik sampai muka macam cuka 24 jam, yang kasi penumbuk siapa berani kacau barang saya..Cuma saya jenis yang tidak pandai berhipokrit. Segala yang membuat hati saya tidak berada pada kondisi normal, mudah saja saya zahirkan pada wajah. Mudah saja manusia disekitar saya mengesan sebarang perubahan yang berlaku pada saya. Saya bukan lah jenis yang mampu tersenyum-simpul-sambil-hati-menyumpah. Bila mana saya dalam keadaan marah, jangan harap lah saya akan tersenyum. Malah kadang kala, mulut ini lebih laju daripada akal, lantas seringkali terkeluar perkataan yang tidak sewajarnya disebut. Tapi seiring peningkatan usia yang semakin MUDA, saya sudah berjaya mengawal sedikit sebanyak panas baran itu. Kebanyakan teman yang mengenali saya dewasa ini mungkin melihat saya sebagai seorang yang ceria dan dan happy sentiasa. Sedangkan pada sudut yang lain, saya seorang yang sangat PEMARAH a.k.a BEKENG. Tanya lah keluarga saya. Tanya la Mohd Fauzi. mereka-mereka ini sangat arif pada tahap manakah saya mampu bertindakbalas pada sesuatu yang bikin hati saya panas berasap.
Dan akhir-akhir ini, saya seperti tidak mampu lagi mengawal kemarahan saya. sekecil-kecil perkara pun mampu membuat darah saya menyirap ke muka. Entah mengapa macam tiada ketenangan jiwa. Semua yang dibuat seperti ada yang tak kena. Dan pastinya ia tidak memberi kesan yang baik untuk kehidupan saya. Kerana ada insan yang terkena tempias sikap gila saya. ada insan yang menjadi mangsa percikan api kemarahan saya. Kesian. Ye, insan malang tersebut adalah mohd fauzi. Cinta Hati saya yang sungguh penyabar. haha:D..si penyabar itu sering menjadi tempat saya melepaskan haba hati yang panas. tiba-tiba saya merasakan semua yang dilakukannya tidak kena pada mata saya. dan setiap kali itu juga dia bertanya, teruk sangatkah salah dia sampai saya marah macam gajah naik minyak?..Entah. tiada jawapan. Buntu pun ya.
Banyak perkara yang berlaku pada kebelakangan ini seolah-olah mengaktifkan sisi gelap saya. yang cuba saya sembunyikan. owhh..sembunyikan mungkin tak sesuai digunakan. yang cuba saya minimakan keterserlahannya.Tekanan yang saya hadapi membuat saya seperti hilang pertimbangan. marah tak tentu pasal. haha. Saya ni asyik tertekan saja kan. Lembik sungguh. Terlalu sukar rupanya bagi seorang yang baran seperti saya cuba berubah menjadi 'cool'. terlalu payah rupanya untuk menahan marah dari meletus.
saya cuba memujuk hati. ini dugaan kecil buat saya. hidupkan penuh dugaan dan cabaran. Anggap saja semua yang dilalui sebagai pengalaman berharga. Mungkin juga ini isyarat dari Allah S.W.T, yang mahu saya lebih mengingati-Nya. Sebagai hambaNya yang hina, saya kadang-kadang lupa bersyukur dengan segala rahmat yang telah diberi. Sedar atau pun tidak, mungkin terlalu banyak dosa dah dikumpulkan. Ibadat pun cuma sekadar memenuhi tuntutan yang wajib. tiada ruang lagi untuk tuntutan sunat. Alasan kesibukan kerja yang sangat klise. Saya mengaji setiap hari, namun sering kali cuba menghabiskan bacaan dengan cepat. Malah terkadang seperti terpaksa membaca Al-Quran, sebagai memenuhi rutin sehari. Jadi, saya sangat bersyukur kepada Allah S.W.T, kerana masih menyayangi saya. Masih memberi ruang kepada saya untuk sedar dari mimpi. Sesungguhnya Allah S.W.T tidak pernah melupakan hambanya, tapi hambanya sering kali melupakan-Nya. Jika semua dugaan ini dapat membasuh semua dosa yang saya lakukan setiap hari, dalam sedar atau tidak, saya rela dan redha diuji seperti ini.
aku mahu sentiasa dalam rahmat-Mu ya Allah..Janganlah Kau memalingkan aku dari rahmat-Mu. Hilangkan lah gundah dan ringankan lah bebanan ku..Lapangkan lah dada ku..Jadikan lah aku hambamu yang sentiasa bersyukur dan sentiasa di jalan Mu.. Aku redha dengan semua ketentuan Mu ya Allah...
SALAM MAULIDUR RASUL..CINTAILAH RASULULLAH S.A.W

No comments:
Post a Comment