tekan jangan tak tekan!

Wednesday, April 14, 2010

12 April 2010..Happy 26th Anniversary!!

HAPPY 26th ANNIVERSARY TO MY MOM AND DAD!

Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, 2 hari lepas genaplah 26 tahun usia perkahwinan ibu bapa saya. Satu perjalanan yang cukup panjang untuk sebuah perkahwinan. Namun masa terasa begitu pantas berlalu bagi mereka. 26 tahun melayari suka duka berumah tangga bukan lah satu cabaran kecil. Terlalu banyak pahit manis yang dilalui oleh ibu bapa saya. Sebagai anak yang sulong, saya menyaksikan jatuh bangun, suka duka dan pahit manis perjalanan kehidupan mereka. Lebih-lebih lagi, saya hadir dalam kehidupan mereka tidak sampai setahun pun usia perkahwinan mereka. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Selama 26 tahun, mereka berjaya mengharungi segala cabaran dan dugaan. Masih erat memegang janji. Masih utuh kasih sayang antara keduanya. Dan selama itu juga, ahli keluarga kami masih dalam jumlah yang sama, 6 orang. Belum bertambah. dalam usaha untuk menambah. Menambah di sini bukan beerti menambah anak a.k.a mendapat adik baru, tapi lebih kepada menambah ahli baru dalam bentuk menantu. apakah? adakah menantu itu sesuatu yang berbentuk? kahkahkah! abaikan.

Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan kali ini agak istimewa. Istimewa kerana kali ini saya masak sendiri hidangan makan malam kami khas untuk sambutan ini. Memang menjadi satu kewajiban bagi keluarga saya untuk celebrate Birthday setiap ahli keluarga dan Anniversary setiap tahun. Biasanya kami hanya beli Fast food dan makan bersama-sama dirumah. Tapi kali ni saya cuba buat aksi berani mati. Masak Chicken Chop. Wallahhh..Sungguh berani mati sebab tak pernah masak chop chop cam gini. haduhhh..Kalu tak jadi, mampus. Dah lah masak banyak. Tapi tetap jugak saya berkobar nak masak. Alhamdulillah, selepas 2,3 jam tung tang tung tang kat dapur, akhirnya siap lah hidangan berani mati tersebut. Respon si pemakan? Ayah kata sedap. Mak kata lagi sedap dari kedai. Adik-adik tak cakap apa, tapi makan sampai jilat jari kaki. ok tipu. jilat garfu je. aku? apa lagi. kembang semangkuk. hahaha.


Ni lah Chicken Chop Berani Mati saya

kek ini sangat sedap..yummy!

see..mak ayah saya makan dengan bersungguh. haha:D

acara potong kek kecik.


pasangan romantik..kihkihkih

anak-anak yang sungguh mengada..ahaks!

Dalam-dalam happy tu, ada jugak part yang sedih sentap jantung. Masa dah start nak ngap the food, ayah tiba-tiba bertanya, mana Mohd Fauzi? kenapa tak datang? ishh. Saya memang tak ajak dia sebab awal-awal lagi dia cakap dia penat. Malas nak datang. Dah ayah tanya macam tu, saya pun call lah dia bagitau ayah suruh datang. Dia pun dengan berat hati datang walaupun mendakwa kepala sedikit pusing. Sampai je kat rumah saya, tengok-tengok seluar koyak, kaki berdarah, lengan berdarah. Rupa-rupanya dia accident sebelum sampai kat rumah saya tadi. Ya Allah. kecut perut jantung pankrease saya. Sungguh rasa bersalah yang teramat. Sebab saya dia jadi macam ni. Sedih weii. Tak pasal-pasal dia dapat cuti seminggu. :)



1 comment:

Unknown said...

ololooo..
siannyer die!!!

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati