Bersesuaian dengan tajuk entri sendiri, makanya harus lah cerita ini berkisar dan berkenaan lawatan kami, warga-warga PTPL Terengganu ke Rumah Ehsan di Bandar Al-Muktafibillah, Dungun baru-baru ini, 4 April 2010.
Sebetulnya, sehari sebelum terperginya kami ke sana, saya baru sahaja mengetahui yang saya antara yang terpilih Terpilih??ahakss untuk menyertai program anjuran Kelab Sosial PTPL. Perkara pertama yang ada dalam kepala otak. MALASNYA! Sungguh. Tersangat lah malas nak pergi. Tertanya-tanya sendiri, tak boleh ke kecualikan saya dari menyertai program ni? Dah lah kerja boleh tahan kasi gegar otak. Students nak jumpa lagi. Nak siapkan itu ini. Huuuh. Tapi.ehh, ada tapi pulak. Bila difikir-fikir balik, okey apa kalau pergi. Boleh release tension. Boleh keluar dari lingkungan perkarangan office. Kau kan tak suka duk office.haha:D. Makanya saya cuba mengikhlaskan diri untuk turut sama ke sana. Lagi pun bukan pergi berjoli-joli sampai juling. Kan ini program khidmat masyarakat. Program amal. Bila lagi kau mau beramal? Terus saya insaf..:)
Saya ceritakan sedikit tentang Rumah Ehsan ni, setakat yang saya ingat. Rumah Ehsan ni terletak di Bandar Almuktafibillah di Dungun. Mula-mula ingat ini rumah kebajikan untuk orang-orang tua. Tapi sebenarnya ini merupakan rumah kebajikan untuk orang yang sakit melarat, tapi sudah tidak berwaris. Dalam erti kata lain, orang yang sakit tiada harapan nak sembuh dan tidak ada siapa nak uruskan. Dan penghuni-penghuni disini adalah berbilang kaum, dengan pelbagai peringkat umur dan dari seluruh Malaysia.
Lepas je di beri taklimat oleh pihak mereka, kami diberi peluang untuk melawat ward-ward yang menempatkan pesakit-pesakit ni. Masing-masing teruja nak jumpa warga-warga kat sini. Sampai di ward, mula lah perasaan teruja tadi bertukar menjadi sebak dan sedih. Siapa tak sedih tengok warga tua kurang upaya terlantar je di katil. Sampai ada yang menitiskan air mata. Mungkin terkenang ibu ayah sendiri. Sebak melihat ada yang di tinggalkan keluarga di sini. Ada yang begitu girang meyambut kedatangan kami. Namun ada yang yang hanya ignore dan buat kerja sendiri. Look at the bright side, ada bagusnya mereka di tempatkan di sini. Sekurang-kurangnya ada yang menjaga makan minum, sakit demam. Di ward ini, semua lengkap. Jika mereka di jaga dirumah masing-masing pun, belum tentu di layan sebaik ini. See. Kan setiap yang berlaku itu ada hikmah tersendiri.
Eh. Kami bukan sekadar melawat ye. Kami juga bersuka ria bergotong royong membersihkan kawasan sekitar. Tak banyak pun. Kawasan yang kami kerjakan tu rasanya lagi kecil dari kangkang kera..hehe:D. yang pasti, pengalaman ini agak memberi makna dan menyeronokkan. tak percaya? Tengok gambar..
2 comments:
hey kamu...saya terpandang gambar boss kamu di situ?kamu ada affair kah?harharhar...yg terpilih tu maknanya yang boss cayang.boley x...har har har lagi...
mana.........saya tak nampak pun....huhuhu
Post a Comment