tekan jangan tak tekan!

Monday, April 12, 2010

Kembali Kepada Alam..

ecehh..title skema tetap menjadi poojaan.

Okeh. Ni cerita dah basi jugak. Yang baru di-entrikan. Minggu lepas, entah apa yang merasuk jiwa menusuk kalbu, saya telah berjaya di hasut ziana hahaha untuk meriadahkan diri kat taman Awam Batu Buruk. Sudah berkurun lama tak buat aktiviti terlampau berfaedah ni. Seingat saya, kali terakhir saya berjoging moging ni sebelum kerja tahun lepas. Dah lebih kurang 10 bulan yang lalu. Gilak lama kau. Memang dah berkarat semua sendi. Tiba-tiba kembali melibatkan diri dalam arena riadah, tubuh yang sentiasa di belai manja dengan lemak dan kolesterol ni pasti lah terkejut terperanjat. ahaks.

Untuk mengelakkan tubuh saya yang manja ni terperanjak beruks, makanya saya tidak lah berjoging sakan penuh semangat berkobar-kobar. saya cuma jalan-jalan dua round bersama Ziana kat taman tu. Huh, langsung tak mencabar. Hey.. Tu pun dah penat okey. Dah berpeluh-peluh. Langsung tak ada stamina saya ni. haha:D..Last-last, saya biarkan Ziana joging seorang diri, sebab dia tengah bersemangat membakar lemak di badan. Saya tak rela lemak yang bertahun-tahun di bela ni akhirnya terurai begitu saja..haha:D..Gilak! So, apa yang saya buat?? ha..walau pun saya tak joging, walaupun tiada lemak yang mencair bak mentega di panaskan pada suhu 100 degree C, saya tetap buat aktiviti yang seronok. PIJAK BATU a.k.a REFLEKSOLOGI. Owh. nikmat tak terkata. hampir menitis air mata terharu. eh bukan, air mata nikmat kesakitan. Sakit siot!! Tapi walaupun sakit gila nak menjerit, saya berjaya pusing 2 kali atas batu-batu kecik tu.

ini kaki saya tengah pijak batu kecik itu.

ini batu kecik yang menyakitkan kaki saya

gilak panjang trak si batu sakit ni

Ziana yang bersemangat waja joging sorang-sorang

Taman Awam Batu Buruk yang Jelita

Selesai sudah beraktiviti yang mendatangkan faedah untuk diri sendiri dan orang-orang sekeliling. Sekarang kita panjangkan langkah ke seberang jalan. Mata dan Otak pula mau beriadah. Jom ke tepi pantai. Main-main tepi pantai sambil berangan nak buat wedding photoshoot sambil berlari di gigi air berpimpin tangan. kahkahkah.






No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati