Mohon aku diberi petunjuk. Bila rasa sudah tak kuat lagi untuk berpaut.
Mohon aku diberi petunjuk. Bila ruang kiri kanan semakin menghimpit.
Mohon aku diberi petunjuk. Bila jalan itu semakin sempit.
Mohon aku diberi petunjuk.Bila lautan itu umpama tak bertepi.
Mohon aku diberi petunjuk. Bila rusuh melanda hati.
Mohon aku diberi petunjuk. Bila jiwa membungakan keraguan.
Mohon aku diberi petunjuk. Kerana aku hambaMu yang hina, penuh debu dosa dan nista. Gelap hati dan mata, mentafsir isyarat dariMu yang Maha Bijaksana. Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Berkuasa, aku serah hidup mati untung nasib baik buruk padaMu. Kerana aku hamba, aku mohon takdirkan aku pada tempat selayaknya aku berada. Kerana aku hamba, aku terima apa pun yang selayaknya aku terima. Yakin aku tetap padaMu, kerana Kau tak pernah menzalimi hamba.
1 comment:
sis,sy telah mengetag kamu..=)
Post a Comment