Seminggu yang lalu, khamis yang penuh berkat, terikat lah saya secara rasmi sebagai seorang isteri kepada Mohd Fauzi Mohd Yusof. Seminggu yang lalu, terlerai sudah segala resah gelisah. Alhamdulillah, hari ni genaplah seminggu usia perkahwinan kami. Sudah terlewat mungkin untuk meng-post entry tentang itu. Tapi ini kenangan terindah saya, yang harus saya abadikan di sini.
Seminggu yang lalu, pagi khamis yang indah, buat kali pertamanya saya disolek cantik. Disolek sebagai pengantin. Setia menanti kedatangan bakal suami yang terlewat tiba kerana menunggu rombongan yang jauh. Hari yang penuh emosi barangkali. Usai solat subuh terakhir sebagai perempuan bujang, saya menangis. Bila dipanggil ayah untuk menantangani surat penyerahan wali pun saya sebak sampai tak boleh membaca lafaz penyerahan wali. Saat melihat bakal suami berada di tengah2 orang ramai, duduk depan juru nikah dan ayah, saya menangis. MasyaAllah, sampai mati pun saya tak akan lupa moment itu. Sampai bila2 pun saya tak akan lupa. Saat bakal suami menggenggam tangan ayah saat ijab kabul terlafaz, jantung bagai berhenti. Dengan sekali lafaz, sah lah kami menjadi suami isteri. Demi Allah, pada waktu itu,saat itu, saya berharap masa terhenti. Memang tak mampu nak menahan tangis, sampai ditegur orang sekeliling yang bimbang mekap saya rosak. Tapi masa tu betul2 dah tak peduli apa berlaku pada mekap. Ya Allah, ini rupanya 'hasil' segala 'kesakitan'yang pernah diberi. MasyaAllah, indah! Sangat indah!
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan meriah walaupun serba sederhana. Tetamu yang tak putus2 datang, walaupun pada hari bekerja, terima kasih. Kawan2 yang setia memberi sokongan, yang datang dari awal sampai ke akhir, Pelajar2 yang susah payah hadir, Terima kasih. Allah sahaja yang akan membalas. Rombongan pihak suami, yang bersusah payah membantu kami membina masjid, hanya syurga selayaknya saya doakan untuk semua. Terima kasih. Biar pun ada cacat celanya, rasa syukur itu mengatasi segalanya. Mana2 yang tak memuaskan hati, saya pejamkan mata saja, kerana rasa bahagia itu menyelinap di segenap sudut ruang hati, tiada tempat untuk menyimpan rasa ketidakpuasan itu. Rasa bahagia itu tak mampu diterjemahkan dengan kata2. Memang terlalu indah. Bahagia menerima doa dari semua yang hadir. Bahagia melihat mak dan ayah menerima ucapan tahniah dari semua tetamu. MasyaAllah, semoga Allah mengurniakan rasa ini untuk seribu kali lagi.
Walaupun serba sederhana, saya sukakan pelamin saya yang colorful. Saya sukakan mekap saya sederhana, tapi sweet. Saya sukakan menu makanan jamuan, walaupun saya tak sempat sentuh pun makanan sampai ke petang. Saya sukakan hadiah2 yang diterima, sangat banyak, Alhamdulillah, terima kasih semua.
Untuk ibu bapa yang sangat saya cintai, tiada kata yang mampu saya ungkapkan untuk menggambarkan betapa terima kasihnya saya atas segala pengorbanan dan penat lelah mereka. Semoga Allah kurniakan syurga untuk mak dan ayah kerana usaha mereka menggembirakan hati anak perempuan ini. Juga adik2 saya yang berpenat lelah menolong menjayakan majlis perkahwianan ini. Love u guys!
Sampai ke hari ini, saya belum mendapat gambar perkahwinan sepenuhnya. Saya dapat lihat gambar-gambar kahwin pun hanya pada hari ke-4 lepas kahwin. Itu pun dari kawan2 yang tagged di FB. Sangat suka. :) Harap2 lepas ni, saya akan dapat gambar kahwin sepenuhnya. Tak sabar dah mahu di-printkan di photobook.
Segala yang berlaku sepanjang tempoh yang membahagiakan ini, pada Allah lah saya syukur sesyukur syukurnya. Terima Kasih Tuhan.
No comments:
Post a Comment