tekan jangan tak tekan!

Friday, June 3, 2011

6 Hari lagi!!

MasyaAllah, 6 hari lagi. Bukan setakat perut je yang kecut, hati, jantung, pankreares, buah pinggang semua lah kecut sekali.T______T. Tahap kegementaran mencanak je naik, tak turun2. Haiiihh.

Sepanjang minggu ni, memang bertungkus lumus lah siap kan doorgift. Beli gula2, lipat kotak2, cop sana cop sini. Ramai yang tolong siapkan. Mak2 sedara, pak sedara, sampai ayah saya sekali tolong lipat kotak. Sampai satu ketika tu, sama2 tergelak sebab kat tangan masing2 semua gigih duk lipat kotak. Memang kelakar tengok semua bersungguh2 siapkan doorgift saya. *terharu*. 






Hantaran saya 80% belum beres. huhuhu. Sangatlah menggigil takut tak sempat. Tapi tak tahu lah kenapa saya belum lagi bereskan. InsyaAllah sempat kot. huhuhu. Sedapkan hati sendiri je ni. Baik lah, malam ni saya cuba bereskan. 

Owhh, bilik saya sudah beres sepenuhnya. Sangat suka.:D. First time tadi balik sana nak pasang cadar. Masuk je bilik terus tersengih sorang. Hilang stress sekejap. SHilang sekejap rasa takut nak kahwin. haha. Sebab memang exactly seperti yang saya mahu. Set bilik tidur putih, dinding shocking pink campur putih. It's just perfect. Perfect for me lah. Saya kan bukan seorang yang 'high-taste'. Dapat yang macam ni pun syukur Alhamdulillah. Tapi memang sangat happy lah sebab apa yang saya idam kan muncul di depan mata. Pastu kat dinding saya letak korean wall paper yang ringkas but sweet sangat pada pandangan saya. Murah saja sticker wall paper tu. Saya minta adik belikan kat Mid Valley. Kat Terengganu tak tahu nak cari kat mana. Langsir pulak belum beli lagi. Tengok lah tingkap yang togel tu. huhu.




Tapi ini bukan bilik pengantin ye. Ni bilik kat rumah yang kami akan duduk nanti. Bilik pengantin tak nampak rupa pun lagi. huhu. Banyak lagi yang perlu dikemaskan kat rumah ni, dapur lagi, bilik stor lagi. Tapi tak apa lah, nak tumpu untuk majlis dulu. Seribu benda lagi belum beres. Pengsan!! Semoga Allah permudahkan segalnya. Amin.

4 comments:

eda said...

cik ! sticker decoration yg kt blkg 2 mcm eda punye..hahaha so sweet..

mieyza said...

ye ke? hahaha..

mrs chenta said...

hai dear... ape pun i wish all da best ya ^^

mieyza said...

mrs chenta..tq!

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati