tekan jangan tak tekan!

Thursday, June 9, 2011

Today is the Day!!



MasyaAllah..Dah hampir sampai masanya. Beberapa jam sahaja lagi. Menikmati detik2 terakhir zaman anak dara, zaman bujang. Debaran? Tuhan saja yang tahu. Kalut ributnya hari ni, Tuhan saja yang tahu. Memang Tuhan saja yang tahu segala2nya. Perit jerih sepanjang 2,3 hari ni sangat indah di rasa, biar pun lelahnya tak terhingga. 

Betapa sepanjang minggu ini, segala benda pun di hitung sebagai 'terakhir sebagai perempuan bujang'. Khamis terakhir, solat maghrib terakhir, menstrual terakhir, dan macam2 benda lah yang terakhir. Subuh nanti InsyaAllah menjadi solat subuh terakhir sebagai anak dara. Lepas tu, InsyaAllah akan solat Zohor sebagai seorang Isteri. Dan setiap kali mengingati benda2 macam ni lah buat dada rasa sebak. Entah apa yang difikirkan. Ketakutan apa yang tak mahu sangat dihadapi. Entah lah. Semoga lepas ini segalanya berjalan lancar. 

Entry ini entri terakhir seorang wanita bujang. InsyaAllah, Entri seterusnya, saya Isteri Orang.

2 comments:

Bicara IMG said...

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT MIEYZA & FAUZI..
semoga berkekalan ke akhir hayat dan dikurniakan anak yg soleh & solehah..

p/s:Terima kasih buat Mieyza & Fauzi sekeluarga ^_^

a.R.e.I.d said...

I like......

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati