tekan jangan tak tekan!

Monday, February 6, 2012

Hey, kau bila lagi nak mengandung??!

Assalam..

Semalam 12 Rabiulawal 1433H, Hari MaulidurRasul. Hari kelahiran junjungan besar kita Rasulullah S.A.W. Semoga kita mampu mempraktikkan kemuliaan sifat baginda Rasulullah dalam kehidupan kita. Amin. 

Beberapa hari lagi, genaplah 9 Bulan usia perkahwinan saya dengan suami. Sekejap je, dah nak setahun. Alhamdulillah, hari2 berdepan dengan kebahagiaan dan sometimes gaduh2 manja. hehe. Biasa lah, setiap rumah tangga pasti ada ups and downs kan. Namun, semakin panjang usia perkahwinan ini, semakin berat beban di hati. Bukan bermasalah dengan suami atau kewangan. Tapi masalah ANAK. Isu yang cukup sensitif sebenarnya tapi perlu juga diluahkan. Sebab dah sarat benar hati menanggung. Di awal perkahwinan pun, kami sering disogok dengan persoalan "bila nak dapat anak?" "dah berisi belum?" dan macam2 lagi. Dan sampai sekarang pun, persoalan itu makin lebat pula ditanya. Bulan2 pertama, saya macam tak kisah pun ditanya begitu. Walaupun tak pernah merancang dan memang kalau boleh nak anak cepat2, tapi saya tak pernah ambil hati or rasa apa2 bila orang mula bertanya macam tu. Anggap itu doa dan orang ambil berat. But after 6 months of married, mula ada satu rasa yang menyelinap dalam hati. Sedih. Hampa. Kecewa. Setiap kali menses, saya akan menangis di bahu suami. Bila menerima berita kawan2 yang kahwin hampir tarikh dengan saya sudah berjaya conceived, saya rasa sebak. Of course rasa gembira dengan berita itu, namun saya tak mampu nafi, ada sesuatu rasa yang menyentap di hati. Suami sudah mula faham kalau saya tiba2 menangis teresak2 dan dah tahu nak handle pujuk saya. Suami menjadi sumber kekuatan saya sebab dia sangat cool handle bini dia yang 'drama queen' ni.hehe. Baru saya tahu macam mana perasaan suami isteri yang susah nak dapat anak ni. Owhh, terus teringat saya pernah alami benda2 macam ni masa belum2 kahwin dulu. When people keep asking you "bila lagi nak kahwin ni?" sedangkan kita nak menjawap ni pun tak tahu nak bagi jawapan apa. Masa tu memang kaw2 menangis. And now, it happen again!


Paling sentap, bulan lepas. Seorang makcik suami saya bertanya " mu ni lama doh nikoh, dok beranak2 lagi. bila nak beranaknya" ( read : "Kau ni dah lama bernikah tak mengandung2 lagi, bila nak mengandung") walla! Tertusuk terus di kalbu you. Mahu nya nak menangis kat situ juga. Tapi saya cepat2 fikir positif, dia cuma nak ambil berat. Tak ada niat apa tu. Biasa lah orang tua, kadang terlepas cakap kan. Tapi pedih ulu hati tahu bila disergah macam tu. Sobsobsob. Dan semalam sekali lagi saya teresak2 depan TV. Kes nya pasal berita Buletin Utama TV3 semalam. Tengah gurau2 dengan suami cuit sana cuit sini, tiba2 ada berita pasal baby yang lahir semalam sempena MaulidurRasul. Mula2 saya ok lagi tengok baby2 comel dalam dukungan ibu masing2. Then tak semena2 rasa sebak yang amat, terus saya pusingkan badan membelakangkan suami. Macam air terjun air mata turun tak henti, spontan. Suami pula ingat saya masih dalam mood nak bergurau sibuk duk cuit2, tegur2 kenapa bahu saya bergegar. Bila tengok saya dah basah2 bantal teresak2 terus dia diam dan peluk ketat2. Macam biasa, mula lah dia keluarkan ayat berbisa dia memujuk si isteri ni. Sweet tahu suami saya. Tapi semalam dia cakap apa pun memang tak jalan. Sampai bengkak mata, serak suara. T______T


Bukan tak redha, bukan tak pasrah. Tapi sebagai manusia yang lemah, kadang2 perasaan terusik. Usaha sudah, berdoa sudah, tawakkal pun sudah. Namun apa yang dinanti tetap masih dalam mimpi. Lalu selalu rasa sedih dan kecewa itu bertandang. Padahal saya sedia upaya untuk redha atas semua ujian ini. Hari2 saya pujuk hati untuk bersabar. Saya faham dan mengerti, ada sebab kenapa Allah belum mengurniakan rezeki nan satu itu. Itu semua rahsia Allah yang kadang2 kita tak mengerti, lalu mula bermacam rasa yang tak enak mengusai hati. Kerja syaitan je semua ni kan. Melihat kembali segala nikmat yang Allah kurniakan, tiada sebab untuk saya bersedih atas kekurangan itu. Rumah tangga yang saya bina dengan suami adalah rahmat dari Allah. Hari2 dapat bersama dan menjaga suami pun rahmat dari Allah. Punya ibu bapa yang tersangat mulia juga rahmat dari Allah. Kenapa perlu bersedih? Saya tetap yakin, rezeki itu tetap ada. Cuma ia akan hadir pada waktu yang telah ditetapkan. Sebagaimana Allah uji kami dengan bermacam onak dan duri sebelum DIA membuka seluas2nya jalan untuk kami berumah tangga, begitu juga DIA menguji kami menunggu kehadiran cahaya mata penyeri rumah tangga. InsyaAllah, setiap yang berlaku ada hikmah. Sabar, sabar dan sabar. Semoga kami suami isteri lebih tabah nak menjawap pertanyaan orang lepas ni. hehe.

11 comments:

Hannah Johary said...

Sedihnya, Mieyza. I tak pernah go through, dan ini adalah satu kisah yang I tak pernah tahu, tak pernah bayangkan. And you pula yang menghadapinya, my good friend. Sedih sangat.

Whatever it is, harapnya awak terus tabah dan sabar. We have plans, tetapi plan Allah itu juga yang terbaik, kan. Kita takkan pernah tahu rahsiaNya. Until the happiest day itu nanti, teruskan berusaha and make everyday a happy one for you and husband.

InsyaAllah hari itu akan tiba juga nanti. I doakan you, Mieyza. *hugs!*

Izafiza said...

huhu..drama queen same goes too me sis..biasalah.mulut org mmg xleh tutup.kang dah bertiga tnya pulak bila nak berempat.huhu..jawab jer..

'Bila-bila tu sy tak tahu, hanya Tuhan yg tahu mok cik'

=)

mieyza said...

izaFiza : haha. kejam pulak nk jawap gitu. kamu sila persiapkan diri awal2 yek dah2 nak kawen ni..:)

Sis HJ: Thanks atas doa tu. mmg kalu boleh nak semua org tolong doakan hari2. hehe

shaYazz said...

Kdang2 k.sya ade trpikir, bile org tu dh prgnt n nk komen isu2 cmni, tdetik kat ati yg org akn ckap ' dia xpe la. dh prgnt, boleh la ckap cmtu'.......tp, jauh dilubuk ati k.sya, hny mdoakan kwan2 k,sya pon akan ade rezeki dari Allah...Walaupun k.sya hmpr 6 bulan kawen, bru de rzeki..6 bulan tu bukan skejap kan miza...tp k.sya bukan nk cite psal k.sya kat cni, cuma k,sya doakan miza n suami trus tabah..sbb k.sya sgt paham..mana2 ppuan pon akn pham situasi ni miza..mult org xleh nk ttup miza.Ni rezeki dr Allah...Allah nk bg rzeki dlm mcm2 bntuk kan.wang, anak, keje, rumah.sume tu rzeki.rezeki masing2 kan.cumma miza harus kuat, tabah,usaha,doa, byk solat hjat, bgun mlm, mnderma.ni antra nasiht org pd k,sya dulu.yg pnting, jgn stress.lntak org nk ckap pe.dorg x rs pe yg miza rs..org ckap:xleh stress klu nk wat ank...(^_^)...Ya Allah, semoga Miza n suami mendapat ape yang dihajati.Permudahkanlah dan bukakanlah rezeki utk mereka.Ameen

mieraaj said...

miza jangan tensyen2 k...tp usaha mcm2 jgn givap...ko try biodex ke pegi urut bg rahim naik ke try minum NH collegen drink ke...mcm2 ada yg penting jgn tensyen+usaha k ;)

a.R.e.I.d said...

watsthematterofallthepeopleaskingthequestion????walaupunnsayapunpernahbertanyasoalanyangsamatapisayatiadamaksuduntumenyinggungpersaankamu. harapkamutabahmenghadapidugaan. urusanrezekisemuakattanganTuhan. berdoasemogadianugerahkanyangterbaikdariNya.Alldabest4u

Anonymous said...

saya faham perasan awk... saya pun penah alaminya... penah menangis bila suami sampai di muka pintu sebalik dr keja... dia tanya... kenapa nangis.." jiran sebelah dh mengandung"....... yang paling dasyat mak mertua kata kat mak saya yg saya ni mandul.... dalam usia perkahwinan baru saja 10bulan tika itu...

lebih menyakitkan akak ipar yang berkahwin selepas saya jarak cuma 3 bulan.. mangandung mabuk depan mata dah 2bulan katanya... nak dijadikan cerita: kawan mak mertua dtg saya ada berdepan... dialog mak mertua saya dengan spontan " menantu saya yang penang dh 2bulan.... ini xtau laaa... liat sangat...." tika tu mmg hati lunyai..... macam kain buruk.. Allah swt maha besar saya di sahkan mengandung keesokkan harinya.... AMIN...

Kini anak saya berusia 3 tahun.. pengalaman mmg xdapat dilupakan kata2 kesat utk diri ini terima kasih..... :)... be strong... klu nak syer lebih panjang add fb saya.. masrifah asrul ... ada rahsia saya nak kasi tau... usaha ok.......

Anonymous said...

sedih baca kisah ni sbb sy pun mengalami benda yg sama. sy kawin baru nk masuk 4 bulan. tp org sekeliling dh sibuk tanya pasal anak sbb umur sy dh masuk 30 tahun.. sgt2 sedih dgn soalan2 bkaitan anak.. tp tetap redha dgn ketentuanNya.

sarah said...

Slm.nk ajak join whtsapp ttc group. Do contact me. 0122193870. Sarah.

Anonymous said...

Sedihnyer...teringat akan diri saya sendiri. hati ni baru terguris dengan result darah hari ni -ve...sobsobsob sedihnyer. sama2 kita bersabar dan berdoa. esok2 rezeki kita pula.

Anonymous said...

Sy faham...tu....sy pon dtnye soklan same bkali2...nk lg asben ank sulung..lg sentap..risaw..sume ade...

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati