tekan jangan tak tekan!

Thursday, April 11, 2013

Kita nak dapat Adik Ipar dah!

Assalam..

After almost 2 years, keluarga saya kembali sibuk menguruskan hal nikah kahwin. 2 tahun lepas, sibuk uruskan majlis kahwin saya. Masa tu, first timer. Gementar mak ayah uruskan majlis anak sulong. Gundah gulana si pengantin masih terasa sampai sekarang. ewahh. haha. Sekarang majlis kahwin anak kedua (ayah ngah Amani) pula. Nampaknya tak ada yang melangkah bendul, InsyaAllah semua ikut susunan. hehe. Majlis nikah adik no. 2 saya insyaAllah akan berlangsung hari sabtu ni, 13 April dan sambut menantu kat rumah kami pada 18 April, Khamis. Sebelum tu, esok 12 April buat majlis tunang adik perempuan bongsu, sekali dengan majlis tahlil. The best thing, sama tarikh ulang tahun perkahwinan mak ayah yang ke 29! Tahun depan InsyaAllah walimah adik yang ke 3 dan yang ke 4 pulak, sekali gus. Lepas tu tak ada lah majlis2 kahwin ni. Iya lah, kami ni 4 beradik je. huhu.




So, seminggu dua ni memang kelam kabut menguruskan rumah. Kalau dulu majlis saya, buat kat rumah pakcik, kali ni buat kat rumah sendiri. Sebabnya mak ayah dah bergolok gadai renovated dan besarkan rumah kami yang sekangkang kera tu. hahaha. Rumah tu pun baru di beli tahun lepas, rumah pusaka keluarga  arwah tokki. So faham2 lah, sikit lagi kot nak tumbang. Adjust sana sini, akhirnya dapat lah 5 buah bilik baru, termasuk bilik solat.Ye lah, ahli keluarga nak bertambah, haruslah besarkan mana2 yang patut. Alahai, tak sangka, dah makin bertambah ahli keluarga kami. Dulu kontang kanting 4 beradik ni. Kami beza umur cuma setahun. Rapat2. Saya umur 28, adik yang bongsu 25 tahun. Tak ada adik kecik dan tak ada adik beradik yang ramai yang banyak karenah. Tiba2 2,3 tahun ni, mengalami pertambahan ahli kelurga yang agak pesat. Bermula dengan kemasukan suami pada Jun 2011, kelahiran darling Amani Okt 2012, dan InsyaAllah bertambah seorang lagi esok lusa, April 2013, mak ngah Amani. Welcome to our family! Mak ayah saya jugak agak excited kali ni, sebab first time berbesan. Almaklum, masa saya kawen, suami sebatang kara tak ada keluarga. Semua hal nikah kawen pakcik  makcik yang uruskan. Bertuahlah keluarga adik ipar saya dapat berbesan dengan mak ayah saya yang baik hati dan sporting ittew. hehehe.

Semoga majlis tunang dan nikah kahwin keluarga kami ni mendapat rahmat dan barakah dari Allah S.W.T. Dan untuk adik saya dan bakal isteri, Selamat Pengantin Baru!

Amani yang suka menyembur dengan bakal pengantin

2 comments:

Izafiza said...

kak!!sangatlah sama muka..mcm potostat..hehe..

mieyza said...

kan..sume org kata Amani sebijik mcm ayah ngah dia..huhu

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati