Assalam..
Minggu lepas, 23 hb, selamat dah adik lelaki yang ke 3 menikah. Yang ni sorang dengan orang jauh, orang Jengka. yang lain semua berjodoh dengan orang dekat. InsyaAllah, kalau jodoh masing2 panjang, ini merupakan majlis nikah terakhir adik beradik kami. Yang bongsu dah selamat januari lepas. Tak ada peluang lah anak2 saudara nak tengok mak saudara dan pak saudara kahwin. hehe.
Jumaat lepas, berkonvoi ramai2 ke Jengka. seronok sekali sekala berjalan jauh ni. Walaupun sesat barat kena tinggal sebab masing2 drive macam tengah race kat Sepang. T___________T. First time saya drive sejauh tu. Selama ni, suami je yang bawa kalau travel jauh2. Tapi sebab tak cukup driver, kami suami isteri terpisah. Suami drive kereta lain, saya drive kereta kami.Alhamdulillah, selamat sampai selamat balik. Homestay yang pihak perempuan sediakan pun sangat selesa. Luas dan nyaman. Seronok berkumpul ramai2 macam ni. Bukan senang nak himpunkan saudara mara belah mak dan ayah dalam serumah macam ni. huhu. Meriah!
Kenduri sambut menantu belah kami pulak minggu depan, 7 hb ni. Macam kenduri adik bongsu lepas, yang ni pun mak ayah buat kecik2 je. Tak besar macam kenduri saya dulu. Pulak tu 7hb tu memang ramai sangat orang buat majlis kahwin. Dah nama pun cuti sekolah, memang kenduri sakan lah. Jemputan kenduri pada tarikh sama ada 7 jemputan yang mak saya terima. So, mak ayah buat kecik je, majlis kesyukuran je. ukur baju di badan sendiri, senang cakap.
Alhamdulillah, tak banyak berhabis pun untuk majlis kali ni. banyak guna yang recycled je. muahaha. Tahun ni paling ramai sepupu sepapat kahwin dan tunang. Jadi guna je mana yang ada terutamanya untuk hiasan hantaran. banyak sangat jimatnya. hehehe. Pelamin pun nanti kan buat sendiri, tak tempah mana2. Pun guna yang cousin punya, kahwin bulan 3 baru2 ni. Adik saya ni pun bukan berduit sangat, baru bekerja. Duit tak sempat nak kumpul banyak lagi. So tak payah lah nak grand2 sangat. Ikut kemampuan sudah. Yang penting, utamakan yang wajib..:)
To my baby brother, selamat menjalani kehidupan berumah tangga. Moga bahagia hingga ke syurga. Banyak2 bertolak ansur dengan isteri dan moga2 cepat bagi aku anak saudara lagi..kikiikiki.. aminnn.
No comments:
Post a Comment