tekan jangan tak tekan!

Monday, September 17, 2012

Cik Baby's Stuff...

Assalam..

Mummy sudah nak masuk 35 minggu dah. Berdebar? Takut? Masih belum terasa. Ecehhhh. Tunggu lah seminggu dua lagi, tengok lah menggeletar lutut ke tak. kihkihkih. Barang2 baby Alhamdulillah dah hampir complete kot. Kot? Sebab tak pasti complete ke tak. hehe. First time lah katakan, tak ada pengalaman. Asal nak beli barang je, blur. Tak tahu nak beli apa, tak tahu perlu ke tak, cukup ke tak. Maka gigih lah online blogwalk ke blog2 orang tengok checklist barang baby ni. Walla, memang pening. Lebih pening dari masa cari barang2 kahwin dulu. hehe. Hasil pembacaan dan tanya2 orang, beli lah sikit2 barang nya. Tapi dalam banyak2 barang, ni barang pertama saya beli..

 

Rocker Fisher-Price!! Ni saya beli online dengan blogger Malynn. Dah lama tengok benda alah ni, tapi tengok harga, terus telan air liur. hahaha. Mahal lah pulak. So biarkan je. Then bila Malynn ni buka order sebab dapat murah kalau beli banyak, terus lah saya order sekali. Tak ada lah murah sangat, tapi jauhlah lebih murah dari harga kat kedai2 biasa. Beli pun sebab benda ni boleh guna sampai umur budak 2 tahun. Kan berbaloi tu. huhu. Lama dah beli ni, dalam bulan 6 kalau tak silap. Suruh adik yang kerja kat KL tu tolong ambilkan dan bawak balik ke Terengganu. Kalau by pos memang mahal lah postage sebab benda ni sangat lah besar dan berat jugak. Adik text saya bagitahu semua orang pandang dia masa dalam LRT on the way balik ambik benda ni. huhuhu.

Then masa akhir bulan Jun hari tu, kami bermusafir ke Shah Alam. Saja jalan2 sambil2 melawat pakcik2 suami yang menetap kat sana. Dah alang2 ke sana, terus lah ke outlet One Baby World kat seksyen 13, Shah Alam. Sebelah kolej PTPL Shah Alam rupanya. Memang syok lah bila sampai sini. Macam2 ada! Sangat teruja. Beratus2 juga lah yang habis kat sini. Ni hasil pencarian di OBW.

 

Nampak benda warna-warni atas ni?? Ini lah Cloth Diaper a.k.a CD a.k.a lampin kain versi moden. Nampak tak tahap confident mummy baby begitu tinggi melangit tak nak pakaikan baby pampers biasa? Nampak? Hahaha. Walaupun tahap kemalasan mummy Nauzubillah memang sangat tinggi tapi tetap juga berangan nak guna CD ni. So masa ke OBW, kebetulan ada offer, terus lah rembat 6 helai. Sikit je, 6 helai. Nak test2 dulu. Apa yang jadi lepas ni belakang kira. Rajin ke nak membasuh? Pun belakang kira. Yang penting niat mummy nak ringan kan beban daddy. Karang botak kepala daddy labur duit beli pampers anak. haha. So memang sekarang semangat lah mummy nak pakaikan baby benda alah ni. Tapi tunggu baby besar sikit kot. Sebab benda ni agak bulky, kan tenggelam baby dalam CD. huhu. Jadinya, masa newborn mummy standby ini untuk baby..


Satu Kak Ogy bagi, satu mummy beli. Tak tahu cukup ke tak ni. Tak apa, kalau baby poopoo secara besar-besaran sampai habis lampin ni, suruh je siapa2 beli. Bukan jauh pun Mydin Mall or Giant. kehkehkeh. Botol susu pulak sangat lah tak tahu nak beli yang mana. Brand apa? Besar mana? Adoii. Last2 tak beli pun lagi untuk newborn punya. Tapi beli 1 set brand Avent. Beli online sebab macam murah, RM 53 sahaja untuk 2 botol saiz 9oz. Color pink lagi. huhu. Bila bagitahu nenek baby, terbeliak biji mata. Dah bising2 kenapa mahal sangat botol susu. Dulu2 dia bilang botol susu tak sampai RM10 pun, sihat je, besar gedabak je anak. hahaha. Biasa lah, zaman dah berubah, dunia dah maju. kehkehkeh.


So rasa2nya lengkap tak lagi ni? Sekarang asyik duk buka tutup almari tempat simpan barang2 baby ni, tengok apa lagi tak cukup. Mummy pandai beli je, bab simpan2 ni serah kat nenek. kehkehkeh. Benda2 kecik macam alat2 grooming baby dah beli kot. Kot lagi? haha. InsyaAllah cukup. Alah, kalau tak ada kita kerah je daddy or mak usu baby pergi beli, kan senang.


Benda lain yang dah dibeli termasuklah katil baby. Ni on the way, next entry kita cerita. Pump susu pun baru je sampai hari ni. Pun next entry. hehehe. Banyak modal mak ko dik nak bercerita kan. Almaklum, first timer lah katakan. Semua benda pun nak buat kenangan. Owhh, barang mummy apa cerita? Tak ada dik. Semua untuk kamu sahaja. hahaha. Mummy punya baru ada set berpantang. Yang ni ha...


Brand Amway punya. Asal2 beria nak set yang Tanamera. Sebab tak ada jamu, dan macam moden sikit. Tapi masa raya hari tu cousin promote set yang ni. Sebab dia ahli Amway. So lepas ditimbang tara, tengok harga pun lagi murah dari Tanamera tu, dan set dia pun lagi banyak kuantitinya, terus lah ambil yang ni. Lagipun banyak review yang ok juga bila tengok online pasal set ni. Tapi mampu ke mummy ni nak berpantang dengan hebat ni? Orang Terengganu biasa tak teruk sangat bab2 berpantang ni. Seingat saya lah, tak ada yang pakai2 pilis or param2 ni. Cuma jaga makan dan minum air akar kayu gitu2 je. Dan bersalai. Haha, macam daging salai gitu. Kena tidur atas katil yang ada bara api kat bawah. Tapi tu pun sekarang ramai dah tak amalkan bersalai2 ni. Serba moden dah sekarang. Cuma ayah memang pesan awal2 kat saya, mesti berpantang betul2 macam zaman2 dulu. Merasa lah kena salai nanti. Jangan sampai masak sudah. hehe. Harap2 berguna lah set berpantang ni. Takut2 tak terjejas pun duk dalam kotak. kehkehkeh.

Friday, September 14, 2012

Bila Mummy Mula Mendobi Baju Baby..

Assalam...

Minggu ni Alhamdulillah baru boleh bernafas. Internal audit dah lepas, Coursework pun dah selamat di-key in. So baru ada masa selongkar barang2 baby dan asing2 kan mana yang patut. Berani mati mak ko dik. Dah masuk 34 minggu baru terhegeh2 nak start mendobi baju baby. huhuhu. Ramai yang tanya beg baju baby dah simpan dalam kereta ke? Saya terus blur. Dah kena kemas ke? Tak siap apa pun lagi. hehehe. Dah ramai sangat bertanya, terus lah rasa panik. Pagi2 tadi terus kumpul2 baju dan start basuh. Rupa2 banyak jugak lah baju yang dah dibeli. Dengan barut lagi, tuala lagi. Nak patah pinggang mak anak oiii. Daddy baby tak sempat tolong sebab kena kerja. Tak apa, mummy redha. heeee. 





Sunday, September 9, 2012

Hari Busy Sedunia!!

Assalam...

Seminggu dua ni merupakan hari tersibuk buat saya dan rakan2 sekerja. Sebabnya, hujung minggu ni akan ada internal audit untuk school kami. Lepas tu kena stand by untuk MY QUEST pulak. Audit untuk Universiti dan Kolej2 kat Malaysia ni. Makanya, ramailah yang berkampung berumah tangga kat office ni sampai tengah2 malam untuk siapkan fail2 yang berkenaan. Mak buyong ni pun  tak terkecuali lah, bekerja 7 hari seminggu. Cuma saya tak larat je nak stay back hari2 macam orang lain. Dah nak masuk 9 bulan ni, kaki dah mula naik sembab, cepat penat dan mengah. So saya cuma stay back semalam je, struggled siap kan semua benda. Tapi tak siap2 juga pun. T_____________T. Ingat2 balik, timing untuk audit2 ni selalu tak kena masa untuk saya. Masa last My Quest kat sini, waktu saya sibuk nak kahwin. Bayang lah, sehari sebelum kahwin, tengah2 cuti tu rakan office masih call berpuluh2 kali untuk minta email kan itu ini. Kesian pulak. Nak pergi tolong, kita ni pun sibuk berulang alik siapkan macam2 benda. Memang stress masa tu. Sekarang ni pulak tengah sarat membawa budak bertuah ni. Nak kerja lebih2 memang tak larat. Semalam balik lambat sikit pun ayah dah bising2. Suami dah sound2 baik punya. Serba salah. Tapi kena lah utamakan juga kerja, kan tak pasal2 audit gagal sebab mak buyong sorang ni. Tak ke parah.T____T. 

Busy punya pasal, tak sempat nak belek dan explore pun lagi si Canon 600d yang dibeli minggu lepas. Balik2 kje terus siapkan kerja yang macam tak habis2 tu. Fuhh. Pasal baby pun tak fikir sangat. Nasib baik dah beli sikit2 hari tu. Beli yang online pun ada. Cuma baby cot belum cari lagi ni. Bila tengok2 tarikh, alahai tak lama dah. Beberapa minggu je lagi ni. Tak perasan. huihuhuhu. Harap2 lepas ni sempat lah. Kan kesian anak tak ada tempat tidur. Ok, mummy nak sambung buat kerja. Baby sila duk baik2 ye kat dalam.:)

Sunday, September 2, 2012

Bila Idaman Hati Kini Dalam Genggaman!

Assalam...

Hari ni tersangat lah happy! Sebabnya, apa yang diidamkan selama ni akhirnya dapat juga dimiliki. Alhamdulillah. Dah lama sangat mengidam benda alah nan satu ni. Dari sebelum kahwin lagi. Tapi mengenangkan harganya yang tak berapa nak murah, pulak tu bukan reti sangat nak guna, ku pendam kan dulu. hehe. Dah kumpul2 duit, sibuk pulak nak menikah. So tunda lagi keinginan tu. Lepas kahwin, sibuk beli kereta pula. Hahaha. Banyak cekadak betul kan. Asyik tunda2, asyik duk menitik air liur tengok orang pakai. Last2 akhirnya beli juga. hehehe. Apa bendanya yang diinginkan sangat ni?? Ni haaa...


CANON 650d

Ini lah idaman hati sekian lama! Tengah2 sibuk buat persiapan nak sambut orang baru, tengah nak guna duit, alih2 terrrbeli juga benda ni. huhuhu. Sebabnya, camera cikai yang duk guna selama ni tiba2 lah pulak rosak masa raya hari tu. Terpaksa ambil gambar raya guna Hp je. Sudah lah Hp pun cikai jugak, yang dah nak monopouse pun. haha. Terus lah terkenangkan budak dalam perut ni. Kesian pulak tak ada gambar cantik2 time dia keluar tengok dunia nanti. Takkan nak snap gambar anak guna Hp cikai mak dia ni, sudah lah tak cantik, gambar pulak blur semacam. hehehe. Mak dia ni tak ada smartphone yang ada camera canggih2. So, lepas bincang2 dengan suami, akhirnya terrrbeli juga. hehehe. 

Mula2 teragak2 juga nak beli, mengenangkan banyak lagi barang baby yang belum settle. Banyak lagi duit nak guna kan. Tapi itu lah, benda yang lama terpendam, tak boleh nak tahan2 dah. Untuk tidak lari budget, saya pun pinjam duit adik sikit, sebahagian lagi darling husband yang bayarkan. Bulan2 janji bayar kat adik sikit2. Makanya, duit untuk barang baby selamat lah. hehehe. Minta tolong rakan ofis a.k.a Bob a.k.a suami kak Na untuk belikan sebab dia ni partime photographer. Tadi bayar duit, petang ni juga dapat. Mana tak terujanya. Masa mula2 dapat tadi macam tak percaya je ni ha..hahaha. Asal2 nya nak beli yang basic je, yang RM 1000++ tu. Tapi ramai pula yang cakap tak berbaloi, alang2 beli amik la yang bagus terus. Tu yang ambil model ni. Boleh feeling2 ala Yuna balik beraya di kampung gitu. kihkihkih. 

InsyaAllah, baby keluar nanti mummy snap gambar banyak2. Buat kenangan di hari tua kan. Padahal mak dia ni yang menggatal nak bergambar. huhuhuhu. Sayang juga terlambat beberapa hari beli, kalau tak boleh guna masa adik bertunang hari tu. Tak ada rezeki lah tu. InsyaAllah lepas dah tak busy2 kerja ni, mummy belajar guna sampai pandai,nanti boleh tangkap gambar baby cantik2. Persoalannya, sempatkah? kan terberanak dulu kan. Hahahaha!

p/s: Nampaknya, bapak baby terlebih excited pulak dari mak ni. Dari tadi duk belek tak habis2 lagi tu. hahaha. Sampai terlentang tertonggeng duk ambil gambar. Perasan macam pro gitu. kahkahkah!



Saturday, September 1, 2012

Majlis Tunang Adik no 2.

Assalam..

2 hari lepas, 30 Ogos 2012, adik lelaki no 2 saya telah selamat bertunang dengan pilihan hati. Ini kiranya pengalaman pertama famili saya berhadapan dengan hal2 meminang macam ni. Dulu time saya bertunang sangat tak ada majlis yang proper. Biasa2 saja, ambil syarat je kata orang. So yang ni ada hantaran yang elok2 lah sikit. Kami hantar 5 dulang hantaran. Semua buat sendiri, kecuali kek. Kreatif lah sangat kan, hehehe. 





Tak ada tempah2 orang buat pun, saya dengan emak yang main letak2 je. Kebanyakkan material guna yang saya punya dulu. Bunga pun ambil yang lebihan hantaran saya dulu. Bantal silver yang lapik bakul pun saya punya, buat sendiri dengan kawan. Owhh, terkenang2 memori setahun yang lalu masa nak kahwin dulu. Bertungkus lumus buat benda2 ni. Memori tu penting, saya nak sampai bila2 pun kenangan manis tu ada dalam ingatan. Ceewahhh.

Lepas ni seorang lagi adik lelaki saya yang nombor 3 pun InsyaAllah akan menyusul. Ikut plan bulan 12 ni. Yang ini lawan dengan orang jauh sikit, orang Jengka. Mak dah bagitahu awal2 saya tak boleh ikut sebab baru lepas pantang kot masa tu. T_____T. Majlis kahwin pulak kalau boleh mak saya nak buat sekaligus dua beradik ni.Tengok lah macam mana nanti. InsyaAllah tahun depan majlis nikahnya. Jadinya emak ayah saya akan terima 2 menantu sekaligus tahun depan. InsyaAllah, meriah keluarga kami tahun depan. Tinggal seorang je lagi adik perempuan yang belum terikat tu. Tu pun mak saya dah bagi hint2 suruh kahwin dah. huhu. Adik beradik 4 orang je, rapat2 pulak tu. Lepas tahun depan, tak ada dah majlis kahwin dalam famili saya kot. Semua settle. Mak ayah pun dah boleh relax tak pening2 dah fikir hal kahwin anak2. 


Bakal adik ipar dengan my gorgeous emak..:)


Bakal laki bini..InsyaAllah.


© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati