Assalam...
Seminggu dua ni merupakan hari tersibuk buat saya dan rakan2 sekerja. Sebabnya, hujung minggu ni akan ada internal audit untuk school kami. Lepas tu kena stand by untuk MY QUEST pulak. Audit untuk Universiti dan Kolej2 kat Malaysia ni. Makanya, ramailah yang berkampung berumah tangga kat office ni sampai tengah2 malam untuk siapkan fail2 yang berkenaan. Mak buyong ni pun tak terkecuali lah, bekerja 7 hari seminggu. Cuma saya tak larat je nak stay back hari2 macam orang lain. Dah nak masuk 9 bulan ni, kaki dah mula naik sembab, cepat penat dan mengah. So saya cuma stay back semalam je, struggled siap kan semua benda. Tapi tak siap2 juga pun. T_____________T. Ingat2 balik, timing untuk audit2 ni selalu tak kena masa untuk saya. Masa last My Quest kat sini, waktu saya sibuk nak kahwin. Bayang lah, sehari sebelum kahwin, tengah2 cuti tu rakan office masih call berpuluh2 kali untuk minta email kan itu ini. Kesian pulak. Nak pergi tolong, kita ni pun sibuk berulang alik siapkan macam2 benda. Memang stress masa tu. Sekarang ni pulak tengah sarat membawa budak bertuah ni. Nak kerja lebih2 memang tak larat. Semalam balik lambat sikit pun ayah dah bising2. Suami dah sound2 baik punya. Serba salah. Tapi kena lah utamakan juga kerja, kan tak pasal2 audit gagal sebab mak buyong sorang ni. Tak ke parah.T____T.
Busy punya pasal, tak sempat nak belek dan explore pun lagi si Canon 600d yang dibeli minggu lepas. Balik2 kje terus siapkan kerja yang macam tak habis2 tu. Fuhh. Pasal baby pun tak fikir sangat. Nasib baik dah beli sikit2 hari tu. Beli yang online pun ada. Cuma baby cot belum cari lagi ni. Bila tengok2 tarikh, alahai tak lama dah. Beberapa minggu je lagi ni. Tak perasan. huihuhuhu. Harap2 lepas ni sempat lah. Kan kesian anak tak ada tempat tidur. Ok, mummy nak sambung buat kerja. Baby sila duk baik2 ye kat dalam.:)
No comments:
Post a Comment