tekan jangan tak tekan!

Thursday, November 10, 2011

9 November 2011..Pergi mu Tak Kembali

Assalam..

Hari ini, 9 November 2011, 13 Dzulhijjah 1432H, nenek yang di kasihi kembali ke PenciptaNya, beberapa minit sebelum azan maghrib tadi, di Hospital Besar. Allah, terdiam seketika. Berat sungguh nak terima khabar sebegini rupa. Walaupun sudah dijangka, beliau akan pergi dalam tempoh terdekat, namun khabar ini sukar sekali untuk dihadam. Bertahun2 menderita sakit, bertahun2 keluar masuk hospital, akhirnya beliau meninggalkan kami. 

Sering kali emak saya menceritakan kisah nenek sewaktu dulu2. Menjadi balu di usia yang sangat muda, dan tak pernah lagi menerima lelaki dalam hidupnya selepas itu, gigih membesarkan anak2 seramai 11 orang dengan hanya berniaga kuih - muih. Seringkali juga emak adik beradik mengkagumi kudrat nenek yang begitu kuat menyiapkan pelbagai jenis kuih untuk di jual. Banyak, bukan sedikit kuantitinya. Kuat bekerja, itu sahaja yang mampu diungkapkan. 

 bersama anak kesayangan, emak. Aidilfitri 1342H

Seingat saya juga, ketika sihat, nenek sangat suka berjalan sekeliling kampung, ke rumah2 jiran bertandang. Masa kecik2 saya pernah ikut nenek berjalan ke sana sini. Pernah tengok dia buat kuih jala emas, emas sejemput dan kuih tahi itik. Memori manis saya dengan nenek. Namun, tahun berganti tahun, akhirnya kalah juga dengan kudrat dan usia. Saya tak pasti bila nenek jatuh sakit, tapi yang pasti sudah bertahun2 yang lalu. Daripada seorang yang sihat, nenek mula keluar masuk hospital. Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang rosak.Dah mula tak mampu urus diri. Namun dia beruntung punya anak yang semuanya sanggup menjaga dan menguruskan dirinya. Emak dan adik beradik sangat banyak membantu. Dan setelah bertahun2 dijaga dan di beri perhatian sepenuhnya, akhirnya dia pergi juga meninggalkan kami. 

Ayah. Nenek. Emak

Syukur nenek sempat menikmati Ramadhan tahun ini dengan berpuasa penuh. Syukur dia sempat beraya dan sempat beraya haji. Syukur dia sempat menyaksikan perkahwinan saya, perkahwinan terakhir cucu yang sempat dia saksi kan. Malah, hari ini juga genap 5 bulan usia perkahwinan saya. Ya, dia sudah pergi. Redha lah. Sukar mana pun nak terima, kena redha juga. Saya sudah tidak lagi mempunyai nenek.

kami

Esok, tiada lagi wajah tua yang sentiasa dekat di hati ini. Esok, tiada lagi tangan berkedut seribu untuk di salami. esok, tiada lagi pipi labuh untuk dikucupi. Tok, semoga tenang menemui yang Maha Esa.
Al-fatihah.

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati