Assalam.
Entry ini khas untuk Aishah Rahim. Contest sebenarnya, tapi saya tak mengharapkan apa2 pun sebab bab2 contest ni saya memang selalu tak bernasib baik. haha. So anggap saja entry penghargaan untuk Aishah yang selalu 'make my day' dengan entri2 bernas beliau. :)
Ini lah Aishah. Dengan anakanda tercinta, Anas Nashriq.
Saya mula mengenali http://myaishah.blogspot.com some where around 2009, waktu yang sama saya terrjumpa blog Hannah Johary. hehe. Masa tu tak ber-blog lagi, tapi aktif lah duk mengusha blog2 orang ni. Ingat lagi waktu tu sibuk duk google blog2 B2B. Gatal kan masa tu, pada hal tak nak kahwin pun lagi masa tu. kihkihkih. So, ter-link blog Aishah yang pasal persiapan kahwin tu, 14 March 2009. Time tu memang gigih lah hari2 baca sampai khatam. Dari mula persiapan kahwin, kad yang di cetak sendiri tu, kisah cari kasut kahwin. Macam2 lah. Sangat teruja okeh baca blog itu. Then baru saya ke blog Aishah sekarang. Waktu tu Aishah dah pun pregnant kan puteri syurga, Anis Nashrah. Kat sini hari2 pun saya singgah baca. Tapi tak pernah lah kot komen ke apa ke. Lagi pun masa tu takde blog pun lagi. Sampai lah masa kisah sedih pasal kehilangan puteri syurga tu, memang kehilangan kata2 lah. Sambil baca sambil teresak2. Siapa2 yang baca mesti sebak kot kan. T___T. Tapi Aishah memang seorang yang tabah!
First time saya tegur Aishah rasanya awal tahun ni kot, masa wished birthday dia kat FB. Kelakar bila Aishah membahasakan dirinya akak dengan saya. hahaha. Terus i bajet muda belia. hahaha. Padahal kami sebaya, malah Aishah cuma 2 hari je tua dari saya, Aishah 9 Januari, saya 11 Januari. Sama baya rupanya kan. hehe. Lepas tu baru saya komen2 blog dia tanpa segan silu. teehheee.
Hai Nashriq!!
Satu yang saya suka pasal blog ni ialah entri2 yang panjang, bernas dan tak puas baca. Saya memang suka baca entri yang panjang lebar. Baru seronok baca kan. Lepas tu sukaa sangat masa blog Aishah guna header yang bear 2 ekor pakai baju pengantin tu. Cute! Sekarang pun suka juga sebab bear2 tu dah beranak pinak. haha. Sekarang lagi seronok kot baca blog Aishah. Yang bab susunan ayat dan kata2 bernas memang serah kat Aishah lah. Superb! Aishah, sila tulis novel ye. Pasti dah kaya raya dapat komisyen ni. hahaha. Satu lagi pasal dah ada Anas Nashriq dan bakal adik Nashriq!! Memang seronok baca pasal perkembangan budak 2 orang tu. Macam baru je lagi baca entri pasal kelahiran Anas Nashriq, sekarang dah nak ada adik dah. Owhh, tak sabar okeh nak tengok adik Nashriq. Harap Aishah akan selamat bersalin yang bakal menjelma lagi beberapa minggu ni. Untuk Aisyah, semoga terus menyumbangkan entri2 superb yang membuat kan kami2 pembaca tegar blog kamu ini sentiasa tersenyum dan tak berkelip mata tika membacanya. hehe.
1 comment:
Thanks sebab sudi join Mieyza. :))
Terharu kita baca. Nanti kita umumkan pemenang ye? Tungguuuuuu. :D
Post a Comment