tekan jangan tak tekan!

Wednesday, July 10, 2013

Hajat Hati yang Tak Kesampaian..

Assalam..

Alhamdulillah, esok dah 1 Ramadhan. Ramadhan kareem to all. Moga2 dipanjangkan umur supaya dapat menikmati rahmat bulan mulia ni. Dan semoga diberi kesempatan untuk melipatgandakan amal ibadah pada ramadhan kali ini. Amin. Last year, saya menyambut ramadhan dengan perut nan memboyot. Lil' Amani 7 bulan dalam perut masa tu. Sempat tinggal puasa 3 hari sebab heartburn dan muntah2. Lepas tu setiap kali lepas berbuka. comfirm tercungap2 macam baru lepas marathon. haha. Akibatnya, lepas solat maghrib, memang terbongkang je atas katil sambil tunggu Isya'. Terawih memang ke laut la time tu. harap2 tahun ni dapat lah berterawih acap sikit. hehe

Nak sambung cerita entry lepas sebenarnya. Kan saya cerita mahu jadi surirumah. Mahu golek2 dengan anak, mahu masak macam. Tak ada maknanya hoiii. Sehari je saya berpeluang jaga anak kat rumah. hari kedua dah bekerja balik. hahahaha. eh, bukan kerja kat tempat lama, kerja kat tempat lain pulop. Kisahnya begini. Seminggu sebelum resigned, saya ber-chatting dengan kawan sekerja lama yang dah berhenti sebab jadi cikgu. Borak punya borak, dia bagitau kat sekolah dia tu nak pakai cikgu ganti sebab ada cikgu cuti bersalin. Then dia suruh saya hantar resume. Saya tak ambil kisah sangat mula2 tu, sekadar ok kan saja. Tambah pula masa tu tengah mood excited nak berhenti, nak jadi housewife. So saya tak bersungguh sangat.  Berhari2 dia SMS reminded suruh email resume, saya pula dah hilang softcopy resume. Nak buat balik sangat lah malas. So saya tangguhkan, sampailah dah kerap sangat dia SMS, sampai dah selamat beranak pun masih dia SMS, baru terhegeh2 saya buat resume dan emailkan pada dia. Dah email, rupanya tak sampai pun kat dia. pun makan masa 2 hari nak email balik. haha. Punya lah panjang ceritanya. Then, masuk 1 Julai, my first day jadi surirumah, petang tu dia SMS bagitahu esok kena ke sekolah tu untuk jumpa dengan Timbalan Pengarah. Ingatkan nak temuduga je, saya pun tak adalah berharap sangat. Tinggalkan budak Amani kat mak sekejap. Rupa2, sampai tu, tanpa temuduga, terus kena lapor diri. on the dot. Tanjak boboi mak nak! hahaha. Nak pengsan terus rasa. Kena ajar sains budak tingkatan 4 dan 5. Sesak nafas ku. hahaaa. Tak pernah ada experience mengajar budak sekolah ni, mau tak pengsan kan. Sebabkan terkejut dan terpinga2, terus saya minta balik awal. Tak ready wehhh!kihkihkih.

Esoknya, dalam keadaan yang tak berapa nak redha lagi, sebab tak sangka2, bermula lah tugas saya sebagai cikgu ganti. Punah sudah cita2 ku. huhu. Tapi suami dan mak ayah suruh pandang positif. Allah nak bagi rezeki lagi, jangan tolak rezeki. baik lah. baik lah. Ku redha. InsyaAllah ada hikmahnya. Owh, lupa nak cakap, sekolah tu bukan sekolah biasa, tapi sekolah budak2 tahfiz. Institut Al-Quran. Sejuk mata memandang budak2 kat situ. Nak2 pelajar perempuan. Bertudung labuh, baik budi pekerti, Al-quran sentiasa di tangan. Terus pasang angan2 nak Amani jadi student kat sini nanti, jadi hafizah. Sejuk perut mummy nanti. Aminnn. Dalam2 ketar lutut, ketar segala, saya berjaya juga masuk kelas mengajar budak2 tu. And guess what, i'm love it! Seronok rupanya jadi cikgu. hahaha. Dulu bukan main kan tak nak jadi cikgu, sekali Allah bagi peluang juga merasa jadi cikgu. Alhamdulillah, tercampak kat sekolah baik2 macam ni, budak2 pun sangatlah behaved. Cumanya kena mengajar budak yang nak SPM, seram sejuk lah jugak. Besar tanggungjawap tu. 

Begitu lah kisahnya. So, untuk 3 bulan ni saya akan terus bekerja. Alhamdulillah, rezeki masih ada. Walaupun gaji tak sebanyak dulu, at least ada lah jugak pendapatan sementara. Boleh lah simpan sikit, beli baju raya sikit. Simpan2 untuk bercuti sikit. Ohhoooii, tiket Airasia murah gila nung, 5 sen aje. Sila lah booking untuk bercuti. Yadayadayada!

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati