Assalam..
Seminggu dah Ramadhan. Alhamdulillah, masih di beri kesempatan menikmati ramadhan. So, apa cerita? Tak ada cerita. heeee. Puasa2 ni malas nak update blog. kihkihkih. Setakat seminggu berpuasa ni, dengan bangganya nak bagitahu, belum sekali pun mummy gorgeous ni MASAK. haha. Pasal apa? Pasal hari2 pun berbuka puasa kat rumah mak. lalalalala. Eh, bukan saje2 tau. Begini ceritanya. I kan dah jadi cikgu sekarang. *ehemmm*. Kebetulan sekolah tu memang dekat sangat dengan rumah (Padang Midin), dalam 8 minit gitu dah boleh sampai. Masalahnya, babysitter si intan payong adalah dekat dengan rumah mak di kampung Losong. Jadinya kalau turun dari rumah yang jauh nun di bukit payong, dah makan banyak masa nak naik semula ke tempat kerja. Karang dari Bukit payong dah elok2 lalu Padang Midin, kena turun ke Losong, Pastu naik balik ke Padang Midin? Kan panjang cerita tu. So discussed dengan husband, jom lah kita bermastautin di rumah emak dulu untuk seketika. hehehe. I is suka gila gila. wakakaka.Macam tu lah ceritanya.
famili pulak dah bertambah tahun ni, tak muat dah meja makan. My 2nd adik dah ada bini. So meriah lah sikit time berbuka kalau dia balik. eh, baru sekali kot dia balik setakat ni. hehe. Adik yang no 3 pun dah balik minggu lepas. Tapi masih belum berkesempatan lagi berkumpul lengkap semua, InsyaAllah akhir Ramadhan nanti lepas semua balik. Tambah2 meriah lah gamaknya. Si debab pun mesti lah suka sebab ramai yang duk melayan dia. Owh, cakap pasal Amani, sepanjang puasa ni Alhamdulillah sangat behaved. Time orang berbuka biasanya dia terbongkang tidur. Time sahur pun sama. Tapi pagi tadi boleh time sahur dia bangun sengih2 dengan penuh ceria tengok orang ramai kat meja makan. Salah tengok jam ye dik? hahaha. Lauk pauk pulak macam biasa je, tak adalah special sangat. Cuma yang wajib ada masa puasa, iaitu bubur lambuk mak baru sekali buat. See, mak yang buat. kihkihkih. Eh, saya ada satu keinginan yang tiada pada bulan lain kecuali bulan puasa, POPIA GORENG. Padahal tiap2 hari je kot ada popia ni kan. Tapi tak tahu lah kenapa, time bulan puasa, memang teringin membuak2 kat popia ni. hehehe. Tahun2 lepas, hari2 beli tak pernah miss 30 hari. Tahun ni je macam terkawal sikit.huhu.
kuih raya macam mana? Sebenarnya teringin nak buat sendiri. Nak2 dah ada oven baru, hadiah suami masa birthday aritu. Pulak tu, kitew kan dah perasan jadi surirumah. kehkehkeh. Tapi masalahnya, dah selamat 4 jenis kuih daku beli. heeeeee. Pantang orang tunjuk sampel, cepat je berkenan. Pada hal tiap2 tahun kuih raya terbazir duk dalam balang sampai nak masuk raya tahun lain dah. hahaha. Tengok lah, kalau rajin kitew nak jugak buat cornflakes madu ke, apa ke. Kalau rajin ye. kalau malas, kuih tunjuk2 aje la. T____T. Baju raya? Yang ni tak settle lagi. Belum ada semangat nak shopping raya lagi. Orang kata, dah ada anak ni, excited terlebih sebab nak beraya dengan anak. Tapi setakat ni, belum sampai seru nak bersiap2 untuk raya. Awal lagi kot. Tapi baju cik debab kite tok wan dia dah janji nak jahitkan baju kurung. Terus mummy beli kain 2 meter kasi tokwan buat baju kurung 2 pasang. Sedondon dengan mummy nanti.
Last but not list, anak dara ku yang sudah menginjak 9 bulan. Besar dah intan payung mummy ni!
No comments:
Post a Comment